Wednesday, May 7, 2008

Soal Hati...

Sedikit coretan dari kuliah subuh..mudah-mudahan jadi panduan & pedoman kita semua..

Ustaz bercerita tentang jenis2 hati. Ada 3 jenis hati..hati yg sejahtera, mati & sakit. Hati yg sejahtera adalah hati org2 mukmin..manakala hati yg sakit ialah hati org2 kafir & munafiq.

Utk kali ni, ustaz huraikan tentang hati yg sakit, yg mana keadaan hati kebanyakan umat Islam zaman sekarang.

Tanda2 hati yg sakit ada 3 :-

  • Tak rasa bersalah tatkala berbuat dosa
  • Sukar membezakan antara yg baik & buruk
  • Cenderung pada akidah2 yg songsang

Tambah ustaz lagi, hati SANGAT SENSITIF terhadap 2 perkara di bawah. Andai kita tidak berwaspada & membiarkannya tanpa tindakan susulan, kesannya sangat buruk. HATI AKAN MENJADI KERAS SEPERTI BATU. Nauzubillahi min zalik...

  1. Berterusan membuat dosa / maksiat (walaupun dosa2 kecil) - setiap dosa akan meninggalkan titik hitam pada hati. Jika kita berterusan melakukan dosa tersebut, titik2 hitam tersebut akan bertambah dari hari ke hari hingga menyebabkan hati menjadi gelap & sukar untuk dipulihkan.
  2. Tidak mengambil iktibar atas peristiwa besar yg berlaku terhadap kita / sekeliling - peristiwa yg dimaksudkan seperti kematian orang terdekat, sakit yg kronik, tsunami, banjir & sebagainya. Allah mendatangkan peristiwa2 tersebut sebagai peringatan kepada kita. Seandainya kita alpa & terus leka tanpa mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut, hati akan menjadi keras.

Ingatlah wahai teman, berusahalah utk tidak membiarkan 2 perkara di atas menyebabkan hati kita menjadi gelap & keras.

ISTIGFAR & TAUBAT UBAT PENYAKIT HATI
Bayangkan Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w yg ma'sum (terpelihara dari dosa) beristigfar 70 kali sehari (sebahagian riwayat 100 kali).

Tentunya kita yg sering terdedah dgn pelbagai dosa setiap detik memerlukan lebih dari itu utk membersihkan hati kita supaya sentiasa bersih.

Semoga Allah kurniakan kita kekuatan utk sentiasa berusaha memperbaiki diri, AMIN...

Wallahu a'lam..

No comments: