Friday, May 29, 2009

Tests of Life

Alhamdulillah, sudah 3 tahun kami bersama secara officialnya..
Kalo tahun lepas, kami ter'booking' di restoran yg sama, tahun ni tidak lagi berlaku perkara yg sama..hehehe..
Yang tersama hanyalah kami memposting lagu kat blog.. cuma lagunya tak le sama...

Buat mereka2 yg tak pasti lagu tu sape nyanyi, tu lagu Jay Jay ye...
Tidak kedengaran di radio IKIM mahupun Astro OASIS.. :-)
(Sinar.fm rajin bukak lagu ni)

Sesungguhnya, dlm kehidupan yg singkat ni, banyak sekali ujian2 yg menguji ketabahan & kesabaran..
Bukankah dlm Quran pun telah mengingatkan bahawa orang2 yg beriman itu akan sentiasa diuji??

Bagaimana kita menangani ujian2 itulah sebenarnya yang mengukur sejauh mana tahap keimanan & ketaqwaan seseorang..

Bile disebut tentang ujian, ramai beranggapan ianya berbentuk kesusahan, kesakitan, kepayahan, kedukaan et cetera...
Namun, ramai juga antara kite yg terlupa kekayaan, kenikmatan, keseronokan et cetera juga merupakan ujian..

Moga2 kita dipelihara & dipandu Allah sentiasa, agar selalu ingat tidak kira apa ujian yg menimpa..

Contoh2 besar baru2 ini tentang seorang ketua negeri yg diuji tentang perlembagaan yg mana baginda selalu menjadi bahan rujukan tentang perundangan. Mahupun kisah seorang pendakwah yg diuji dgn masalah rumahtangga.

Lagi hebat seseorang itu, maka hebat jugalah ujian yg dihadapkan..

Adakah wajar kite menempelak mereka2 yg diuji ini? Tidak..
Jangan sekali2, kerana mungkin ujian itu adaah kifarah Allah buat mereka.

Di kesempatan ini, ingin juga mengucapkan tahniah buat kawan2 yang bakal menempuh alam baru..
Shamsul Hadi@Balak, Najib Asri, Arif Izwan, Khairunnisa', Khairul Bariah, Chi, Farid@Penyu serta lain2 yg mungkin aku tertinggal..
Hope to see you all, insya-Allah..

Perkahwinan adalah suatu rahmat, setiap amalan bakal digandakan..
Namun, di dalamnya..penuh dgn segala macam ujian & dugaan.
Semoga sentiasa tabah menghadapinya...
Kepada Allah kita sandarkan segalanya. Insya-Allah, mudah-mudahan selamat dunia akhirat.

Till meet again. Wassalam...

Thursday, May 28, 2009

ChickyNud Turn 3

Permaisuriku

tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku

lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu

walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
oh kasih

oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh kernamu

lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu

ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu




Monday, May 25, 2009

It Wasn't Me!!

Sebulan yang lepas, wife aku call tanya bole attend dinner ke 22/5 nanti..
Bile check2 balik schedule, actually 23/5 tu kami nak blk Johor utk kenduri arwah Atuk Encik..
Tapi bile dipujuk & dirayu, aku pun setuju utk balik pagi 23/5 since kenduri pun nanti lepas Asar.

Maklum le, bile diberitahu dinner tu kat Palace of the Golden Horses, F.O.C serta dpt special rate utk stay satu malam kat situ..
maka aku pun agak 'goyang'...hehehe...
Konon2 merasa la duduk hotel yg self-imposedkan diri mereka 6 stars tu..

Tapi 2-3 hari sebelum dinner, baru le nak terhegeh2 mencari kostum yg sesuai.
Untuk rekod, aku selama hidup ni tak penah pakai baju ikut tema majlis makan malam..
Kalo dinner ofis aku tu, kene pakai koboi la, retro la, superstar la..
Pakai baju mandi je belum lagi..
Most of the time, either aku tak attend langsung or just pakai baju keje..
Nampak skt pekerja yg berdedikasi...ahaks...

Sebenarnya, table kami yg pada malam tu dibelanja oleh Y.A. Dato' Mary, antara bos2 kat KL Court tu.
Bagi menghormati host, kami rase tak syok la kalo tak pakai ikut tema..

Jadi, aku pun jelajah le Kompleks PKNS kat Shah Alam tu utk crk outfit2 yang sesuai..

Memula, Pyan Saujana bagi contact no. Miss Why, butik kat roof top..
Tapi bile dijengah, baju2nye amatlah top-rated, khas utk TV shows (Rabbani selalu amik kat sini)
Oleh kerana sewanya kami tak mampu, aku decide beli je la jubah yg cikai2..
At least dpt tambah koleksi nak gi masjid..
Last2 dapat le sepasang..
Belikan jubah wife aku kaler pinky & aku sambar jubah itam..
Pastu aku pusing lagi nak crk tarbus, tak jumpa2..
Ala, susah2 pakai kopiah je.. Full stop..

5 minit sebelum nak turun dinner


Tapi ari khamis wife aku call, ckp kat Kota Damansara ade kedai kostum, sewa satu set RM50..
Maka, kami pun bergegas ke situ, Costume World.. kot2 ade accessories lain yg bole menceriakan suasana...

************


Fast forward ...

Petang Jumaat aku cabut awal.
Lepas tumpangkan Amierah kat adik aku Yan (maap le Miyah,no kids allowed..
Abi 'mamamkan' ye...hehehe), aku pun bergegas meredah jem.
Oh Palace, here I come!!

Sampai2 je, dgn segala sifat kejakunan semulajadi yg ada, aku terus snap gambo2 ntah ape2..

Anak sapo la ni..Tak penah nengok kuda ke?!!


Shower foam punye bekas mcm buah catur da,
yg kuda tu org panggil ape ek, knight?


************


Ok, show time!!

Memula aku agak segan nak pakai kostum yg disewa tu..
Amat menjolok mata..

Setelah dibius & bilamana dlm keadaan separa sedar serta dijanjikan dgn makanan2 yang lazat & enak2,
aku pun dibawa turun ke Grand Ballroom..

Tolong!!Takmo turun!!!


Giler besar turban aku tu kan??
Kuat betul ubat bius tu, sampai aku tak sedo aku memakai sesuatu seperti itu!!

Serius, terasa mcm badut pun ade aku rase!!!
At least badut kat sarkis tak nampak muka sebenar..
Aku ni??? Aduyai, malu tak ingat... Nasib tak ramai yang kenal aku...hehe..

Sampai2 kat banquet hall tu, ramai dah pandang semacam je...
Pasal perut aku pun dah lapo, aku gagahi jua...

Tentang dinner, tak byk yg ingin aku ceritakan..
Bile dinner kat hotel, ape yg bole dijangka adalah performance silih berganti (mlm tu ade Yassin, Akbar & Salleh Brothers, selain performance2 lain dari para pegawai),
Makanan yang dtg silih berganti (sedap tak sedap itu subjektif) tapi kalo dah lapo tu, telan je semua kan..
Lucky draw yang mane seumur hidup aku blm penah menang.. (Orang sebelah aku ie. bos Dent menang, cit!!)
Syukurlah makan on time. Aku expect ade ucapan berjela dari VIPs...Lepas gimmick terus makan...
Chinese set.. Burrppppppppp.........


Agenda yang terakhir, King & Queen of the Night!!

"King of the Nite, Mohd Zairy bin Tamim..."- announced si emcee...

Eh, itu bukan nama aku!!Tapi sebab orang2 kat table aku suruh naik stage..aku naik je la..hehehe..

Dipakaikan tarbus oleh Chief Justice, Tan Sri Zaki...
Yea..yea..akhirnya dpt jugak aku tarbus!!!hehehe



Oleh kerana photographer aku khusyuk sgt amik gambo aku masa aku naik pentas, maka gambo Queen of the Night langsung tidak diambilnya..
Agak2 siapakah photographer itu?!!!

Alhamdulillah, selain dpt tarbus free, dpt jugak jam tangan Casio..



Eh, jap...sebenarnya hadiah2 ni Zairy Tamim yg punye..bukan aku...
Nama aku Mohd Zairy bin Mohd Tamam...
Sesiapa yang bernama seperti di atas, sila tuntut hadiah anda... Hehehe...

************


Sesi photography bersama fan club..ekekeke...
Terima kasih kepada semua yang melobi & mengundi serta mengafundi saya, kepada Dato' Mary yg sponsor table, serta teristimewa buat perunding imej merangkap Queen (yg tak menang Queen) kepada King..hehehe







************


Alhamdulillah... atas kesempatan yg diberikanNYA...
It was a wonderful nite...
Bermalam di Palace of the Golden Horses setelah 'ditabalkan' sebagai King..
What a nite!!Couldn't ask for more..




Just, it wasn't really 'me' that nite...truly...

Trivia:
Aku diberitahu oleh receptionist bahawa terdapat 8,888 ekor kuda di sekitar hotel itu...
Terdiri daripada lukisan2, arca2 serta monumen2 yg seumpamanya..
Tapi serius memang segalanye kuda...

Nota Penting:
Majlis makan malam itu adalah anjuran JALSOA bersempena AGM & Karnival Sukan pada siang harinya. Tahniah buat Dent & rakan2 Zon Tengah yang menang bola.. Malam tu emcee salah announced le Dent... Bole saman ooo...

Apapun, andai kalian mengingati posting yg ini, pohon dibacakan Al-Fatihah buat arwah.. Semoga kita sentiasa beringat di kala suka & duka..
Al-Fatihah...

Saturday, May 16, 2009

Kelahiran Yang Dinanti

Salam..

Akhir2 ini, ramai kenalan2 yg dianugerahkan cahayamata... Alhamdulillah..
Tahniah buat Adella & Nurman, Nori & Yassin, Asma' & John, serta yg agak belated, Sarah & Din, Imah & Ocha..
Maaf andai ada antara kalian yang tidak dapat kami kunjungi lantaran masa yang tidak mengizinkan.

Secara peribadi, aku tumpang gembira..
Nabi Muhammad turut gembira atas umatnya yang ramai...

Sebenarnya, kite selalu terlupa (termasuk diri ini) bahawa di samping perlunya kite bersyukur atas kurniaanNYA, seharusnya juga kita menginsafi & menyedari betapa anak itu juga adalah amanah & tanggungjawab yang amat besar.

Sering kita membeza2 aspek fizikal antara anak2, tetapi sebaiknya juga kite renung kembali, cukupkah didikan rohani yang telah kita berikan kepada anak2 kita?

Tulisan ini sebenarnya khusus buat diri ini yang kadangkala alpa..namun andai ada pengajarannya, moga dapat jadi panduan bersama.

Selain itu, ingin juga mengingatkan diri ini, di kala kite bergembira di samping anak2 yang sedang membesar, hormatilah juga mereka2 yang belum Allah kurniakan cahayamata. Hargailah & hormatilah perasaan mereka..

Buat mereka, ingin dikongsi sedikit ilmu buat amalan, mudah-mudahan Allah memakbulkan atas segala usaha..

Amalkan ayat2 di bawah.. Insya-Allah..

Surah Ibrahim 14:39, Surah Maryam 19:9, Surah Al-Anbiya' 21:90.

Tanpa kita sedari, persoalan cahayamata telahpun wujud sejak zaman para anbiya' lagi.
Sememangnya fitrah manusia berkehendakkan zuriat, hatta para nabi ada yang mengeluh.
Namun kita kene ingat, sesungguhnya perancangan Allah itu sempurna.. Ada banyak sebab & hikmah Allah tidak memberikan kita itu tetapi sebaliknya ini & begitulah sebaliknya.

Seandainya dengan adanya anak semakin menjauhkan kita dari rahmat & syurga Allah, bukankah di akhirat kelak kita akan mengharapkan pula sebaliknya??

Sekadar renungan bersama..

Wallahua'lam...

Monday, May 11, 2009

Jebat ~ Episode 3

Oh, the season has just begun!!
Bagi yang terlambat mengikuti brand-new season ni, anda bole buat revision Episode 1 & Episode 2.

Kalo episod yg lepas, aku kebetulan berada kat 'crime scene', namun hari ini aku tercegat kat ofis sambil menyiapkan keje2 yg tak sepenting kisah yg berlaku ptg tadi di KL Court, Jalan Duta.

Apapun, aku dpt information yg agak fresh memandangkan 'informer' aku berada di dalam court room (camne dia bole menyelinap masuk aku pun agak musykil pada dasarnya) di kala judge membacakan penghakiman yang bermukasurat kurang lebih 50 m/s..
Pergh..sejam lebih yg duduk dlm tu menunggu..Mau kebas punggung masing2!!
Apapun, yang ditunggu2 hanyalah ayat yang terakhir.. Takleh ke judge baca ayat yang terakhir dulu, pastu baru baca yang lain2??hehehe...

Bilamana aku mengkhabarkan kat seluruh bebudak ofis (maklum le, dpt info direct from the scene), semua seakan tak percaya..
Dah refresh byk2 kali The Star Online (ni je pun yg kami bole access kat ofis!!), pun lambat update..
Pastu aku pulak siap kene marah pasal membawakan berita yg tidak disahihkan oleh media tempatan..
(dlm hati aku, kalo The Star tak update langsung pun bole diterima akal..)

Apapun, keputusan hari ini, ikut pemerhatian aku hanyalah permulaan utk sebuah kisah yang panjang..
Tunggulah episod2 yang seterusnya.. Semoga kebenaran akan terserlah jua dan mudah-mudahan Allah melindungi orang2 yang benar..

Benarlah kata pujangga...hidup ibarat roda, sekejap di atas... kejap lagi kat bawah... pastu naik balik, pastu bawah, atas, bawah, atas, bawah... (dah macam berkawad la pulak!!)

Derhaka sudah, lelong sudah, kene heret keluo dewan pun dah. Ape la lagi drama seterusnya.. Nantikan episod2 seterusnya...
(Kalo buat filem sure box-office ni!!Kalo aku jdk director ade penerbit yg sanggup invest tak??ekekeke)

photo yg sempat di'snap' oleh informer aku ptg tadi, yang namanya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan


Yang aku risaukan satu je, Camry tu jdk ke tak jdk lelong??!!
Hehehe...asyik2 Camry!!! Sudah2 la tu Ciki!!!!

p/s: Aku bukan ape, kesian kat keta tu tersadai gitu aje.. Berkarat le enjin VVT-i tu!!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ummi

Terima kasih Ummi..

Kerana mengandungkan Miyah..
Bertarung nyawa melahirkan Miyah..
Menyusukan & menjaga Miyah tanpa jemu malam & siang, waktu Miyah sihat mahupun sakit..
Dan segala-galanya yang dikorbankan untuk Miyah..
Semoga Miyah akan jadi anak yang solehah, menggembirakan Ummi selalu..
Miyah doakan Allah sentiasa memberkati seluruh kehidupan Ummi...Amin..




Miyah sayang Ummi...muaaaAHHHHHHHH!!

(Gambar ihsan Auntie Kui)

Thursday, May 7, 2009

Reality Check



I think somebody should produce a Malaysian, Muslim version..
Am I up to that?

It touches heart...reality really bites..

Tuesday, May 5, 2009

Asyik2 Camry..

Entah mengapa badi Camry seringkali menghantui hidup aku..
Agaknye tulisan2 aku yang ini dan yang ini mahupun yang ini membuatkan 'roh' Camry sentiasa berlegar2 dlm blog ini..
Harap2 ini yg terakhir, setelah semuanye dilelong...hehehe...

Tuesday May 5, 2009
Poor response to Perak Camry auction

IPOH: Public response to the auction of 16 Toyota Camry 2.4-litre cars used by the previous Pakatan Rakyat state government has been poor.

When the period for receiving offers ended at noon yesterday, only seven tender forms, including one from former exco member A. Sivanesan, had been submitted to the State Secretariat.

Closer inspection: Potential buyers taking a close look
at the Toyota Camry cars being auctioned by the
Perak Government at the Perak State Secretariat building in Ipoh
before the closing date for bidding yesterday. — SAIFUL BAHRI / The Star

Baca selanjutnya [+].


********


Ah Long: I tendered oredi maa.. Sure got one!! Apa pasat itu olang Perak tatak mau beli? Tatak ada duit wa kasik pinjam lor... Interest manyak murah!! (Org Perak jgn marah ye, gurau2 aje maa...hehehe)

Muthusamy: Aiyyoo...Kalu itu lelong, itu harga banyak tinggi juga..RM148,000?Beli Exora dapat 2 bijik juga!!

Ali Khan: Kalo serpihan plak pokok reformasi saya nak beli. (Lihat Gambar). Aritu saya nak beli dah abis.


Total collection RM43,000
Mmmm...???????


********


Aritu aku melawak je, cakap diorg akan lelong.
Tak sangka plak betul2 diorg lelong..

Yang membuatkan aku interested, pasal ade satu statement ni..

“The registration numbers also cost a lot,” he said, adding that local distributor of Toyota vehicles, UMW Toyota Motor Sdn Bhd was willing to buy back the cars at RM135,000 but the state deemed the offer as too low.

Nasib baik le Toyota 'play safe'..
Kalo beli, nanti PR marah..kalo tak beli, BN lak marah...

Lagipun, dah namanye business, beli mesti la nak murah, tapi bile jual balik mark-up le tinggi2...hehehe...

Cuba korang trade-in keta korang kat 2nd hand dealer, tobat tak sanggup nak dengo berapa harga diorg letak..pastu kalo ade balance utang ngan bank lagi, mau nak meleleh air mata...
Tapi cuba korang check berapa diorg akan jual balik keta tu??
Kalo tak mark-up 4-5 ribu, bukan tokey kedai 2nd hand le tu!!!

Lagipun, org beli keta bukan mcm pakai handset, arini pakai bulan depan trade-in tukar lain..
Takpe la, buat la ape2 yang patut...Khamis ni nak main rebut kerusi lak...
Aduh, sedihnya rakyat yang menjadi mangsa...

Trivia:
Tahun 2007, ade lelongan Camry utk staff2 kat ofis aku. Harganya? RM85,000-RM95,000. Ade la dlm 20 bijik (rejected psl slight damage masa shipping from Thailand)
Beratus2 tender form yg HR dpt masa tu..
Tapi ramai yg patah hati...maklum le nak berebutkan 20 bijik aje..
Aku cadangkan Perak lelong le harga camtu..Baru le merebut org masuk tender..
Or else, pakai je le..

P/S: Dent, kalo ko masih majistret kat Ipoh, bole la ko rampas sebijik dua kan??

Saturday, May 2, 2009

Keep the Magic Secret ::Merlin::

Wow...5th entry in 2 days utk bulan May...
kire back-to-back episode le ni..hehehe..
(saje je nak highlight so that korang akan jengah archive aku tu...hehehehe)

Seronok rupanya long weekend duduk kat umah aje..
Kalo sblm2 nie, rase2nye pantang cuti 3 hari, sure kitorg dah melilau ntah ke mana2..

Ni pun aku baru abis revision nengok ceta Merlin...
Ya, inilah ketagihan aku yg terkini.. Mujurlah dah Grand Finale, tak le aku terkejar2 Ahad mlm Isnin nak nengok ceta ni.




Apapun, kat Hallmark channel masih berbaki 3-4 episod..Pastu asyik le ade ulangtayang...
Kalo episod2 yg best2 tu, aku layankan aje banyak kali (rase2nye semua episod aku layan byk kali)

Entah la ek..
Aku bukanlah hantu TV sgt.
Kadang2 je layan, tu pun kalo ade cerita2 yg menarik..

Antara siri2 yg mana aku penah & sedang jdk follower, Numbers, Chuck, Criminal Minds & Smallville..
Yg Smallville ni aku ade giler skt, psl tu aku siap ade collection DVD, bukan yg pirated or downloaded ye...
FYI, next week season 6 dah nak start..
Tapi aku dah khatam 2 tahun yg lepas daa....
Tapi rase2nya aku tetap akan layan kot...nengok le nanti camne..hehe..

Back to the topic, actually ceta Merlin ni aku missed 1st episode.
Tapi bile nengok yg 2nd, aku terasa mcm best plak kalo layan..
Sekali tu, kat Hallmark channel pun ade tayang ceta Merlin ni..
Maka, sempat le aku mentelaah balik 1st episode..

Namun, aku tunggu siri tu abis baru aku nak buat entry..
Tujuannye, aku nak nengok endingnye camne..
Hmm,overall bole le bagi 4 bintang..
1 bintang akibat terlalu sarat dengan dongengan psl magic yg ntah ape2...hehehe...

Minus those magical things...
sebenarnya ceta tu byk unsur2 persahabatan..
Pendek kata, sape nengok episod last..bole nangis la jugak melihatkan Gaius pergi utk selama-lamanya..
(hehe...aku tak nangis otey...somebody else..)

Kalo korang tak penah nengok, tak rugi pun..don't worry..

Bio aku buat sinopsis, menjadikan 13 episod menjadi satu perenggan yg ringkas..

Wilayah Camelot diperintah Uther Pendragon, dibantu anaknya Arthur (hero no.2) yg hensem, terer berperang & pendek kata semua ciri2 seorang putera raja..Si Merlin (hero no.1..psl tajuk ceta pun nama dia kan..) pulak ade kuasa magik yg tidak diketahui oleh sesiapa kecuali ibunya & Gaius (tabib istana).. Merlin ni jdk khadam Arthur & ibu Merlin mintak Gaius tolong nengok2 & nasihatkan Merlin supaya magiknya tidak disalah guna.. Uther si Raja ni amatlah anti kepada semua ahli2 sihir yg ade magik & akan dibunuh sesiapa sahaja yg ade kuasa magik.. (Cuma ade seekor naga yg ade magik dikurung di bawah tanah, entah kenapa tidak dibunuh..Itu kene tanya director..). Sebab tu Uther ramai musuh..Nasib le ade Merlin yg selalu jadi penyelamat Camelot utk setiap episod... Si Arthur ni pulak ade sikit lenient kerana die pun percaya tak semua magik itu jahat..Tapi oleh kerana Uther yg berkuasa, maka Arthur hanya mengikutkan sahaja arahana bapaknye...Si naga yg selalu jadi sumber rujukan ni berpesan kat Merlin, Arthur akan jadi raja yg adil & hebat, dgn syarat Merlin sentiasa membantu dari segala musuh2 durjana..Memetik kata2 naga itu "Both of you are different sides of a same coin"..

Pergh, agak jauh aku terbawa2 oleh cerita yg ntah ape2 ni...
Tapi episod favourite aku adalah The Moment of Truth bilamana Merlin yg terpaksa blk kampung akibat diserang org jahat, rupa2nya diekori Arthur yg tidak kisah akan pangkatnya seorang putera raja, turun padang membantu khadamnya menewaskan orang2 jahat itu...

Ok,lebih baik aku berenti sebelum aku buat sinopsis semua episod..
Ko baca la sendiri kat website dia ni. [+]

Hopefully akan ade le Merlin 2..
Bilakah rahsia magik akan terbongkar? Tunggu.....

She is Special

Setelah kurang lebih 8 tahun berkenalan, akhirnya kami mengikat pertunangan...

Yes, 2 May is our engagement day...
2th May 2005 to be exact..

Maknanya hari ini hampir 12 tahun aku dah mengenali dirinya..
Sungguhpun begitu, semakin kita rasa kita mengenali pasangan kita. semakin itu jugalah kita akan merasakan masih banyak yg kita belum kenal...

Hakikat hidup manusia, ada buruk & baiknya...
Hanya Rasul jua yang ma'sum, terpelihara dari segala dosa.

Hakikat berumahtangga jua, saling lengkap-melengkapi...

Aku akui, terlalu banyak kelemahan diri aku ini..

Syukurlah Allah temukan seseorang yg begitu memahami..

Dialah, Nadiah yg akan kucintai sampai mati...

Insya-Allah....

Jumaat @ DC

Alhamdulillah...
Entah angin apa yg membawa aku ke situ..
Mungkin panel2 tetamu yg sgt aku 'dekat' di hati menggerakkan aku ke sana..

Sampai2 dlm pkl 1pm. Masa tu ahli majlis Kuala Selangor tgh membebel, sambil menyampaikan watikah kebenaran menggunakan surau Al-Hidayah sebagai tempat solat Jumaat. Alamak, dah abis le tazkirah Ustaz Ismail Kamus??
Terlambat le ni!!

Surau 2 tingkat yg tak berapa besar tu penuh sesak..
Siap bukak khemah.. Cuti umum agaknye, tu yg ramai..
Pastu org2 tak berkenaan cam aku ni pun tumpang sekaki..hehehe...

Tatkala azan Zuhur berkumandang, kelihatan YB Dr.Dzulkifli (MP Kuala Selangor) dtg dgn Harriernya..
Tak disangka2, beliau yg sampaikan khutbah Jumaat..
Tanpa berpandukan teks, pointnya agak ke sana & ke sini. Tapi selaku Head of Research PAS, aku bole nampak keilmuan yg ada padanya.
Syukurlah ada pemimpin2 seperti ini yg Allah angkat...

Topiknya berkisar tentang keruntuhan nilai moral, ekonomi, sosial dll...
Puncanya, Islam tidak dijadikan way of life..
Renung2kanlah di mana kurangnya kita..
Hmm, mmg kurang sangat...
Cukupkah solat jemaah 5 kali sehari?
Kalau tidak, tak perlu soalan2 seterusnya...
Jauh sgt dah kita ni...
Belum masuk soalan mengaji Quran dll...
Astagfirullah...

Aku toleh kiri kanan, jemaah semua khusyuk mendengar..
Mmg la lain kalo nak dibandingkan dgn khutbah yg berpandukan teks..
Kene pulak khatib baca sebutir-sebutir...Sure semua tangkap lentok..zzz..
Tetiba aku teringatkan khatib masjid jamek Muar yg mudah tersentuh & menangis..
Org yg tidur pun bole terjaga..
Begitulah psikologi seorang pemidato..Tak mudah mencelikkan para pendengar..

Kemudian selepas solat, rupa2nya barulah ustaz Ismail Kamus bagi tazkirah..
Alhamdulillah, termakbul hajat...

Terakhir kali aku dengar ceramah dia masa tu kat Bomba Muar...ade la hampir 10 tahun!!
Time tu dia tgh 'panas'...

Apapun. seperti biasa tazkirahnya penuh makna & menghiburkan.. Maklumlah, die ni suka buat lawak yg terkena batang hidung kita..
aku masih ingat salah satu quotation die yg famous; "kambing pun tak buat cam gitu..tahu dek kambing, malu kita!!!"

Topik tazkirah berpandukan satu hadith qudsi antara lain maksudnya
"Rahmat Aku (Allah) mendahului murkaNYA"

Kalo kite buat jahat, malaikat akan tangguhkan dahulu drpd menulisnya, manelah tahu kite bertaubat..
Tapi andai buat baik, malaikat akan terus tulis..malah berganda2...

Cth2 mudah, andai solat berjemaah..dah dpt 27 kali ganda..
Solat org yg bujang cuma satu, tapi andai dah berkahwin diganda 70.. Oh, yg ini aku baru tahu..
Oleh itu, saya menyeru rakan2 bujang saya..ehem..ehem...hehehe...

Kasih Allah terhadap hambaNYA melebihi kasihnya seorang ibu kepada anaknya..
Maka, seharusnya kite mentaati setiap perintahNYA.

Dan lagi, ustaz huraikan nikmat ni ade 3 jenis:
satu - nikmat Allah bagi sebagai balasan terhadap kebaikan yg kite dah buat..
dua - nikmat sebagai ujian utk kite, sama ada kite syukur atau kufur dgn nikmat itu
tiga - nikmat 'istidraj' yg mana nikmat ni sebenarnya menjauhkan diri kita dari rahmat Allah...

Satu & dua tu biasanya orang2 Muslim akan hadapi.. Oleh kerana tak banyak kebaikan yg kita buat, anggaplah semua nikmat2 kita itu jenis yg kedua..
Mudah-mudahan Allah tambah lagi seandainya kita bersyukur..
Tapi, jika kite kufur..semakin lalai dgn nikmat2 yg Allah bagi, awaslah...lama-kelamaan akan tertukar menjadi jenis yg ketiga!!

Berdoalah agar dijauhkan kita daripada nikmat yg ketiga. Nikmat2 ni la yg Allah bagi kat org2 kafir..
Selepas ini, jika kite terpandangkan kereta2 & rumah2 org bukan Islam yg mewah2 itu.. Tak usahlah kite keluh-kesah..
Sesungguhnya nikmat itu hanyalah berbentuk sementara & sekali2 tidak mampu utk membeli nikmat hidayah iaitu Iman & Islam...

Yang perlu dirisaukan, andai kata nikmat2 yg kita ada ini tergolong dlm jenis yg ketiga..

Nauzubillah....



:: Iklan penaja rancangan ::



No.3


Jalan DC 2/15


jemput masuk..tapi pintu masih berkunci..hehehehe


Keluar2 surau tadi, terus aku jenguk bakal rumah..
Nasib tong dram tu dah takde..Meter elektrik pun dah pasang... Alhamdulillah..

Mudah-mudahan Allah panjangkan umur aku...dapat kami teruskan hidup di desa yg permai ni. Insya-Allah...

Friday, May 1, 2009

Home Decor

I am not sure whether I am right by giving free-ads to certain people I don't even know..
But never mind..I lose nothing anyway..
Just to share what is up in town..

To people like me..
who is ringing developer every now & then, just to ask for the key (for my new house)..
this fair is really something to look forward..



Be a smart consumer..
Don't jump there & buy!!Do homework, do your research, survey, whatever you can..
After your gut feeling said that this is the one, only you go for it..

Actually I am bad in this, really. As usual, it is always easier said than done.
This so-called impulsive buying always caught me with my pant down..

I put 10 items on the list, came out realized than 15-20 items in the trolley!!!!

Hmm, this is the reason I'm writing this...
Perhaps if I want to buy 10, I should only write 5 instead?!! Will it works?? We see how...

***********


Allow me to write something related to the above..

Yesterday, back from office..
I overheard DJ from IKIM radio (Salam Masjid topic) announced that there will be 1st Friday prayer (solat Jumaat) in Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields today..
Tazkirah before sermon (khutbah) by Ustaz Ismail Kamus (oh, long time no see) & will be attended by MP Kuala Selangor (Dr. Dzulkifli), DO etc..

There are some friends I know, one of them is Pejal who wrote this in his blog, who are interested in buying the new project in Desa Coalfields.

Do your thorough study, make sure every aspect has been considered. Wish you all the best..

Regarding my own, actually the project supposed to complete in Nov'09.
However, based on info by the agent, it is now waiting for CF, which expected to be ready by May or latest June'09..

So, anybody else feel like joining the neighbourhood?? Check this out.

Salam...

Appreciative

It is just human's fitrah (nature), I guess..

We want more than what we have, simply bcoz others have more than what he have..

When others have car, we want even bigger...
Why don't we look into people who has not..
Not own even a bike?Shouldn't we happy with what we had?

We complained our job sucks, but do we realize that how many people are jobless??

Oh, we are just human..
We will never satisfy with what we have...

Every time we complain on things we have, please mind those who have nil.

Can we?