Saturday, February 27, 2010

Masya-Allah

Seorang colleague aku berbangsa India mengadu anaknye 'kena mata'..
sekarang demam2, hilang selera makan..

Lantas aku yg terpinga2 tanya balik kat dia...apebenda tu?

Aku tak sure apa istilah paling tepat..
Yang aku penah dengar, 'panahan mata'...
Lebih kurang sama la kot..
Lagipun, anaknye seorang yg sangat chubby..
Membuatkan setiap org yg berjumpe akan mencubit pipinya...

Tapi aku agak pelik gak, tak sangka non-Muslim pun ade kepercayaan yg cam gitu..

Aku tak pasti sama ada isu ni penah disebut dlm hadith Rasulullah ataupun tidak.
Yang aku pasti, penah jugak aku dengar beberapa ustaz yg mengulas topik ni.
Terbaru, oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Tentang seorang bayi di supermarket yg dikerumuni lantaran muka ala2 Pan-Asian.
Dgn kudrat Ilahi, bayi itu menemui ajalnya tidak lama dari situ akibat tercekik gula2..
Itulah contoh panahan mata, kata Ustaz.
Sebelum ni pun ade sorang ustaz, namanya Rashid dari Filipina (mengajar di Matric UIA PJ,terkenal kerana soalan2 cepu emasnye..mengajar subject Akhlak), pun mention benda yg hampir serupa.
Tapi tak pulak die jelaskan consequences daripada panahan mata ni. Sekadar menghilangkan perasaan dengki, pesan beliau.

Masya-Allah, comelnye budak ini..
Sekadar gambar hiasan. Tiada kene mengena dgn kisah di atas..hehehe



Dipendekkan cerita, setiap kali kita melihat sesuatu yg indah, cantik, baik, bagus, marvellous & seumpama dengannya,
maka mulakanlah dengan berkata.. "Masya-Allah"..
Tak kira sama ada kite berjumpa dgn org yg kita kenal mahupun tidak.
Bile melihat die berkereta baru, berkerjaya hebat, berharta menimbun, berumah besar, mempunyai anak2 yg comel, berketrampilan cantik hatta beristeri cun ataupun bersuami hensem...maka ucapkanlah
"Masya-Allah...cantik kereta ko ni"..sebagai contohnya..
Mulakan setiap ucapan itu dgn Masya-Allah, barulah diikuti dgn pujian menggunung & setinggi langit...

Segala pujian seharusnya disandarkan kepada Allah. Lagipun, tak semua pujian itu ikhlas dari hati.
Kadang2 sekadar penyedap mulut. Maka, dgn bersandarkan kepada Allah, kite menyetujui bahawa kepunyaan Allah lah segala nikmat2 tersebut.
Malah, pengucapan Masya-Allah juga dapat mengelakkan hati kite dari perasaan cemburu, sakit hati, dengki, mahupun iri hati dgn nikmat yg org lain ada...

Kita takut2 nikmat org yg kite puji itu, akibat panahan mata, akan mengakibatkan kemudaratan padanya..
Mudarat dlm pelbagai bentuk, boleh jadi kehilangan, kecurian, kemalangan, kesakitan dan sebagainya..
Nauzubillahi min zaa'lik..

Aku renung2 sejenak, susah jugak nak make sure setiap orang akan buat perkara yg sama..
Elok juga rasanya kite mulakan dgn diri kita terhadap segala nikmat2 yg Allah dah bagi pada kita..
Moga2 terlepas dari setiap sesuatu yg buruk.. Amin...

Masya-Allah..
Ni Miyah punye helmet..Nak naik vroom..vroom (motosikal) :-)



P/S: Teringat cerita Ali Baba Bujang Lapuk..Masa Aziz Satar masuk gua ambik harta karun & pakai topi perang...
"Utk mempertahankan diri..."..hehehe....

Till then, wassalam....

Thursday, February 18, 2010

Nak ukur tahap iman kite??

Bagaimanakah perasaan kite tatkala berada di dalam majlis ilmu, atau ketika di dalam masjid..
mahupun majlis2 bermanfaat yg seumpamanya???

seperti burung di langit inikah??



atau ikan2 di air ini?



namun andai hati gelisah bak burung di sangkar



maka haruslah kite merenung..
mungkin hati ini sudah gelap & hitam dek hambatan dosa & nafsu..
sesuatu perlu dilakukan...kerana hidup ini sgt singkat,jika kite sedar hakikat sebenarnya..

aduh hati...bangunlah...basuhlah dgn air mata insaf & taubat...
harap2 masih belum terlambat....

Wednesday, February 17, 2010

Which Are We?

Kata2 seorang ustaz tatkala menonton rancangan Tanyalah Ustaz menyebabkan aku tersentak seketika...

Ungkap beliau,

"Anak2 boleh jadi penyebab umur ibu bapanya menjadi lebih panjang atau makin pendek"

Well said, no elaboration needed.

Sering aku tertanya2 bie aku sendirian..
Will I be the former or the latter???

Friday, February 5, 2010

Survivor

Mendengarkan pengalaman '1st hand' dari seorang mangsa tsunami 2004 amat menginsafkan..

Waktu kejadian 5 tahun lepas, aku di Labuan atas audit assignment ke sebuah kilang tepung, Interflour.
Melihatkan coverage di TV sudah cukup menggerunkan, bayangkan mereka2 yg dihempas ombak setinggi 10 meter..
Atas inayah Allah jua mereka2 ini masih hidup..
Berkongsi cerita agar dapat dijadikan iktibar buat yg masih hidup...
Buat generasi2 seterusnya agar jangan asyik keseronokan dunia hingga terabai Islam & Iman..



Terbayangkah kita andai tiba2 langit itu runtuh lalu menghempap segala penduduk bumi??
Segalanya mungkin, kerana Allah punye kuasa atas tiap2 sesuatu..

Begitu juga dgn nikmat yg kita ada.
Saban hari, kita asyik memikirkan apa org lain ada & kita tiada..

Hanya apabila nikmat yg kita ada telah hilang dari pandangan kita...
maka tika itulah baru kita sedar nikmat yg Allah bagi itu amat besar nilainya...hatta sesuap nasi...

Andai kamu merenung bintang di langit, usahlah lupa rumput & pasir yg di bumi....