Thursday, July 30, 2009

N - 23

Daripada Muaz bin Anas r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (At-Tarmidzi)

Wednesday, July 29, 2009

N - 24

"Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja"
- Imam Al-Ghazali

Monday, July 27, 2009

N - 26

Secara kebetulan, majlis perkahwinan Alang aka abang Kepel yg berlangsung di German Malaysia Institute (GMI), Bangi dihadiri oleh MB Selangor..Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...

Actually,masa kat UIA dulu, Kepel selalu gak angkut kami2 ni bermalam kat umah Tan Sri.
Aku penah gak join sekali...

Normally, masa bln Ramadhan Tan Sri rajin buat Qiamuallail & jemput kenalan2..
Oleh sebab bapak Kepel aka Kolonel Yusof masa tu sama2 otai kat Guthrie (Tan Sri as CEO),
makanye anak bongsunye ie Kepel serta rakan2 yg lain terbabit sama..
Masa tu pantang dengo bukak posa free...konfem la kan...hehehe....

Acara biasanye bermula dgn buka puasa (main agenda yg kami nanti2kan), pastu ade tazkirah & Terawikh..
Malam plak dikejutkan utk Qiam & Subuh...
Tazkirah pun ade, maybe aku terlupa kerana terlelap..mungkin...

Rugi aku tak amik gambo umah die.. Suraunye dibina berasingan & harga surau itu ternyata lebih mahal dr umah aku rasenye...

Oleh kerana aku bertugas ari itu, maka secara profesionalnye aku menemuramah die utk ucapan kepada pengantin.
Sekali tu aku terlupa nak interview Kepel daa...
Sori le Pel...sungguh tak profesional....hehehehe...



Utk mereka2 yg rindukan Kepel..ahaks...
Kepel & isteri bergambar kenangan


Memula malu2 nak bergambo..
Sekali aku pandang Taib, Taib pandang aku..sebelum MB cabut naik Lexusnye yg penah mencetuskan kontroversi itu, terus kami tahan nak bergambo...
Bukan selalu dpt 'interprem' beb...hahaha...

Dari kiri: Entah, Taib, MB, Ciki, Bapak Kepel


Nota: Taib merupakan official photographer pada hari tersebut...

Thursday, July 23, 2009

N - 30

Oh, it's already 1 Syaaban!!!
Just 30 days away...

I hope, I can be a better man..

Friday, July 17, 2009

N - 36

Jakarta hotel blasts kill 9, wound 50
Blasts At Ritz Carlton, Marriott Hotels In Jakarta, Kill At Least 4

Takziah buat keluarga mangsa...
Tak tau la motif sebenar, tapi sebagai tuan rumah tak elok la sambut tetamu camni, kan?!!

Tak sangka, sealergik2 aku ni, ade org lain yg lebih alergik kat Ferguson & the gangs sampai main bom2 lak...

Tapi, mungkin jugak protes sempena Anugerah Plant Muzik...
Macam2...Entahlah....


*********************


Pol-sec found dead near MACC office

Aku agak familiar la ngan Plaza Masalam, bangunan sebelah Concorde Hotel Shah Alam tu..
Office remisier kat atas tingkat 24..

Tak sangka pulak kat ofis pagi2 diorg riuh pasal ade kematian...rupa2nya kat situ jadinye....
Tak perasan ade ofis MACC. Jabatan Pendaftaran yg aku perasan ade kat situ..

Time lunch before Jumaat tadi, masing2 dah buat spekulasi yang macam2...
Dah mcm cite CSI or Bones pun ade...

Seeloknya, diamkan diri..takut kite memfitnah orang yg tak bersalah..

Yang kesiannye, orang dah tak berapa nak percaya kat polis pulak sekarang ni..

Entahlah........




Thursday, July 16, 2009

N - 37

"N" Thingy




Ramai telah pun menekanya dengan tepat.
Tak guna juga aku membuat orang ternanti2 maksud sebenar, kerana akan larilah maksudku yang sebenar..
iaitu 'countdown' utk bulan yang mana para Solihin & umat Islam secara amnya nantikan - Ramadhan...

Jadi, jangan pelik andai entry aku nanti 'melompat2' kerana sesungguhnya suka atau tidak, sibuk atau tidak, bersedia atau tidak...
Ramadhan tetap akan datang lagi menjenguk...jika dilanjutkan usia...

Maka, renung-renungkan....

bersediakah kita andai Ramadhan singgah lagi??
sudah terbayarkah hutang puasa yang lepas?
gembira & ternantikankah kita bulan yang amat mulia & sangat penuh hikmah di dalamnya??

Hanya kita yang mampu menjawabnya...

Moga dengan 'countdown' ini, Ramadhan yang bakal datang akan kita lalui dengan lebih baik dari yang sebelumnya...

Insya-Allah...

Tuesday, July 14, 2009

N - 39


Thanks Auntie Kui for the lovely birthday card...last week dpt, Abi lupa update...
Same goes to Uncle Yasin for the card, together with RM10 KFC/Pizza Hut Voucher...
Love you all...muaaahhhhhhh..... :-*

Sunday, July 12, 2009

N - 41

Friendships Remain And Never Can End
12th July '09 @ Sate Kajang Hj.Samuri, Taman Melati Utama


Best wishes to my friend,Myzwar (as he wishes to be known), although many would know him by the name of Mad..hehe..

Hijrah, is always noble as long as your intention is good.
And that's what he is doing right now..

Semoga Allah bersama setiap langkahmu dan dipermudahkan segala urusan, my friend...

Ma'as-Salamah wa Illalliqa'

Bon Voyage..

Saturday, July 11, 2009

N - 42

Terkadang apabila melihat burung2 di udara...aku tertanya sendiri..
apakah hikmah dijadikan manusia di muka bumi..

alangkah beruntungnya jadi burung, hidupnya sentiasa berzikir pada Allah..

sedang manusia...hidup penuh cabaran & liku2 hidup yang pelbagai..
berkonflik, sengketa sesama manusia..
bergelut pula dgn musuh yang nyata tapi tidak kelihatan i.e. nafsu & syaitan...

berat & besar sungguh ujian menjadi hamba Allah yang taat..
tapi lantaran ujian2 inilah yang meningkatkan martabatnya di sisiNYA..

mungkin, itulah hikmahnya...

semoga jadilah kita Muslimin yang diredhai Allah, Amin...

trivia:
i.e.
abbreviation
that is to say (used to add explanatory information or to state something in different words)

ORIGIN from Latin id est ‘that is.’

Friday, July 10, 2009

N - 43

"Ada satu saat pada hari Jumaat di mana doa akan dimakbulkan"
-maksud hadith

It can be now, while you are reading this..

Let us istigfar, zikir, selawat, sadaqah, doa & any good deeds, even just a smile..

Thursday, July 9, 2009

N - 44

PPSMI
Akhirnya, Sains & M3 bakal diajar kembali dlm bahasa kebangsaan.
Sama ada ikhlas demi anak bangsa atau sekadar ingin meraih undi, sesungguhnya hanya Yang Maha Kuasa mengetahuinya..
Bukan kita yg menghukumnya.
Apapun, sekalung tahniah buat kerajaan yang prihatin...

Pernah juga aku mencoretkan sesuatu tentang ini.

Setelah dibuat kajian ilmiah, ternyata hanya 8% guru yg mengajar SEPENUHNYA dlm bahasa Inggeris.
Pulak tu, lebih kurang 50%-60% penggunaan bahasa Inggeris dlm dua mata pelajaran terpenting ini. Dlm erti kata mudah, 'ROJAK'.

Walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku berkongsi rasa dgn adik2, makcik2 & kakak ipar..

Biarkan mereka menguasai 2 subjek penting ini sampai peringkat SPM.
Tiba peringkat lebih tinggi, biar mereka tentukan.
Jika ke universiti, wajibkan English kerana mereka2 yang terpilih tentunya 'capable' & mampu menguasainya tanpa banyak masalah.

Jangan sampai mereka2 yang memang targetnya (dan kemampuan akal) kerja kilang/teknikal & vokasional/pertanian etc pun tak mampu nak memohon kerja hanya kerana tidak lulus 2 subjek ini.

Bukanlah niatku memperkecilkan..
kerana tanpa ada orang yang di bawah, siapalah yang di atas tu!!!

dan kerana di 'sana', hanya Taqwa bekalan kita... Wallahua'lam...

~aku budak kilang~

Wednesday, July 8, 2009

N - 45

"Berkatalah benar walaupun pahit"

"Always tell the truth. That way, you don't have to remember what you said" - Mark Twain

Tuesday, July 7, 2009

N - 46

Malam tadi bulan hampir penuh...
Malam ini, purnama mungkin lebih terang, cerah dan indah..



Subhanallah...

Sunday, July 5, 2009

Things Around

28 June '09: Birthday Eve
Chicken Hartz @ Sunway Pyramid


29th June '09: 2nd Birthday
2nd Birthday: Amierah Humairah


Kay Classic Kopitiam @ Danga Bay


Zoo Johor