Wednesday, December 31, 2008

Utara La Pulak!!

Well, seems like I had covered most parts of M'sia this year.
Really cuti2 Malaysia huh?
(Bole replace Tengku Maria jdk host Jom Jalan2 kot?!!!)

Actually, I'd been to Jitra, Kedah in Feb'08 (sblm kewujudan blog ni), attended Pojan's wedding.

This time, it was due to the wedding reception of Mohammad (salah seorang teman rapat) with 'Aiffah (adik kepada salah seorang teman rapat..haha) as well as Lin (my wife's officemate masa kat Othman Hashim & Co. muda2 dulu)

Ni le tuan umah homestay kat Jitra tu...
Merempit nak ke bendang..hehehe..



27 Dec, kitorang ke Kodiang (mlm sblm tu tumpang tido kat umah Amir & Pojan kat Jitra) utk majlis resepsi Lin.



Mlm 2nd plak tumpang tido kat umah Amir Amri. (ni bukan Pojan punye hubby ye..)

Menumpang saje..Terkenang zaman2 aku beraya umah kwn2 masa kat Maahad dulu!!!

28 Dec, proceed to Lahar Minyak, Kepala Batas for Mad's wedding..

Semoga perkahwinan diberkati dunia akhirat..blessed with many children..Amin...


Amierah? She's having a very sound sleep..hehehe..



Due to time constraint, plus additional baggage (maklum la, masing2 anak dah berderet)..we managed to go only to few places..
Chow Rasta Market (nutmeg @ buah pala etc...), Gurney Drive (seaside) & Padang Kota (Penang delicacies.. ie pasembur, char kuey teow bla..bla..)



Some candid photos (Amierah+Uzzam+Naim)


Few moments in Utara


Alhamdulillah...
See you in 2009 for more adventurous jalan2..insya-Allah..

Tuesday, December 30, 2008

New Year & Things Around

Alhamdulillah...tamat sudah tahun 1429H..

Semoga lembaran baru 1430H akan menjadikan kita lebih matang, berilmu, beriman & beramal dgn lebih baik lagi...mudah-mudahan...
insya-Allah..

Azam
Sama ada tahun baru hijrah ataupun masihi, masing2 pastinye ade memasang azam itu & ini..
Tak kira la dari segi kewangan, kesihatan, kehidupan etc..etc...

Berazam itu mmg digalakkan..
sebab w/p kite tak dpt 100% memenuhkan azam kite,
asalkan niat kite cukup ikhlas, pahalanya boleh jadi sama.
Jgn pula kite kecewa sbb gagal mencapai azam..
Mungkin jugak Allah nak uji supaya kite lebih kuat & tabah..

Zakat
Terlanjur bercerita tentang tahun baru...buku tahun lepas sudahpun ditutup
(kalo istilah org akaun, dah nak kene audit la)
Maka, cukup haul & nisab... berzakatlah kita..

Sekali lagi, aku bukan org terbaik nak bercerita A-Z tentang zakat.
Cukuplah sekadar berkongsi sedikit ilmu & pengalaman..

Kat tempat lahir ke, tempat keje??
Tak salah utk aku bayar zakat kat Johor..
Tapi lebih afdal kite membayar di tempat kite mencari rezeki (dlm kes aku, Selangor). Antara sebab musababnye, asnaf (org2 yg layak menerima zakat - 8 golongan) tinggal berhampiran kita & melihat kesenangan hidup kita.
Aku pun bukan la senang pun. Org kata cukup la mkn pakai berbanding asnaf2 yg tersebut..

Zakat fitrah dah bayo..cukup la tu!!
Ramai yg tersalah faham.. zakat fitrah tu sebahagian kecil je daripada zakat2 yg lain (pendapatan, pertanian, emas & perak, simpanan etc)

Utk org2 cam aku...emas tak byk
(pun takyah psl dipakai - *wife & anak aku daaa,aku pakai tembaga je..hehehe)
Org2 yg menimbun emasnye..asalkan genap setahun tak dipakai, maka wajib keluarkan zakat emas tu.

Simpanan pun takde la byk..in the event duit dlm bank kita ade RM1,000 yg mmg tak terusik (w/p akaun penah mencecah juta2 RM).. maka wajib bayar atas RM1,000 sahaja..
(Perhatian: contoh aje. jgn la buat spekulasi liar aku ni ade duit juta2 lak ek..hehehe..)

Harta karun pun aku tak penah jumpa (dlm konteks hari ini, hadiah hasil peraduan etc.. bukan 4-digit ye!!!!). Tgh tunggu MPV Proton..kot2 la sangkut..hehehe..

Maka yg terpakai atas aku cuma zakat pendapatan..
Actually, zakat pendapatan diqiaskan daripada zakat pertanian.
Zaman dulu, kebanyakkan org bercucuk tanam.
Tapi bila zaman sudah berubah, org lebih ramai yg makan gaji.
Jadi ulama' sepakat menqiaskan zakat pendapatan itu wajib.

Camne nak kira??
Sebenarnya, zakat ni pakai self-assessment mcm LHDN gak..
Ade 3 kaedah sebenarnye..
Kaedah A
Jumlah pendapatan setahun darab dgn 2.5%
contoh:
RM1,500 x 12 x 2.5% = RM450

Biasanye sape2 yg buat potongan gaji bulan2 akan pakai kaedah A ni.

Kaedah B
Sama dgn A, cuma pendapatan setahun sebelum didarab 2.5%, ada potongan2 yg dibenarkan (diri, isteri, anak, duit mak ayah, EPF & tabung haji)
contoh
RM1,500 x 12 - (RM8,000 - diri, RM3,000 - isteri, RM2,000 - EPF, RM2,000 - duit mak ayah) x 2.5%
Dalam kes ni, zakatnye cuma RM75 je setahun..

Kaedah C
Ini kaedah yg penggunaannya kerap dihujah & dibahas. Selain potongan2 mcm Kaedah B, komitmen2 lain turut dipotong (hutang rumah, kereta & hutang2 yg lain)
Takyah bagi contoh...
bottom line for sure negatif..
Tiba2 terasa termasuk golongan asnaf pulak ek?!!hehehe

Yg ni, antara dia & Allah..
Walaupun ade yg cakap ianya dibolehkan..jawabnye takde sape2 pun la yg layak bayar zakat le...

Kaedah A mmg yg paling baik..
Tapi utk majoriti Muslim (termasuk aku..hehehe), kaedah B yg digalakkan.
Ye la, kene la fikirkan jugak komitmen2 lain..jgn sampai terabai komitmen2 yg lain..

Selain dari tu, banyak2kan jugak bersedekah..
Manalah tahu ade hak2 asnaf yg kite terkurang bayar..
Kire buat tampal la..

Nak lari income tax ek?
Yg ni mmg kene tengok keikhlasan masing2 la kan.
Tak dpt dinafikan, bilamana kite membayar zakat, secara automatik layak dpt rebat sebanyak mana yg kita bayar. Kire imbuhan jugak la..Either cukai or zakat..
Tu je..
Ikut pengalaman aku, mmg cukai selalu terlebih bayar..
Ade la sumbangan buat jambatan & ada sikit utk org2 miskin..
Ciput je pun...gebang je lebih...hehehehe..

Utk info lebih lanjut..bole jengah website LZS ni.

Berdoalah agar Allah beri kite kekuatan utk beramal dgn ilmu yg kite ade.

Semoga hidup kite yg sementara ini lebih bermakna & diberkati Allah jua..
Wallahua'lam...

Wednesday, December 24, 2008

Chronicle of Predator

Kalo biasa kite nengok org pompuan suka shopping2 handbag, kasut etc..etc...,
actually laki2 pun ade dunia yg tersendiri..

In particular, sportman cam aku ni (takde la sport sgt pun..)
Bezanye, kami takde la buat collection cam org pompuan tu (hehehe..)
Bila kasut dah lunyai..tak pun kasut hilang ke...baru la beli yg lain...
Tapi ade gak (yg spesis kaya-raya) yg kejap2 tukar..kejap2 tukar..

Utk kasut bola, actually aku adalah peminat setia Adidas Predator..
Walaupun tak mampu nak beli, setiap kali terserempak dgn kedai sukan..mesti aku singgah & belek2 but Predator tu...
Aura die..perghh...dpt pegang pun kire lega dah...

Beza Predator dgn but2 yg lain cuma kat depan but tu ade salut getah..
Adidas claim bola bole bend / curve..lebih lengkung dari biasa...
Especially kalo amik free kick..tu yg Beckham asyik score je kot..
Secara teorinya, mmg aku percaya..
Tapi praktikalnye...kalo dah tak terer tu...pakai but emas pun tak power gak...kih 3x

Ni 1st edition yg diorg introduce...
Inilah jugak but yg aku beli pada thn 2002 (kat UIA masa tu)
Aku beli kat Pertama Complex..tak silap below RM100..psl masa tu but ni dah tak laku..

Predator - 1994


-----------------------------------------------------------


Pastu Adidas bawak keluo yg ni plak..
Predator Rapier - 1995


-----------------------------------------------------------


Ha, yg ni tak silap Katt bagi aku (ke aku terbuat harta ek??!!alamak, mtk halal ye...)
Time ni kat Matrik PJ, sekitar 1998-1999..
Mmg tgh gile bola masa ni..
Kalo takde league game, ptg2 mesti tak miss turun padang punye..

Predator Touch - Euro 1996


-----------------------------------------------------------


Ni all-time favourite Predator aku..tapi takde rezeki nak pakai..
Tak silap aku, member aku si Pon budak Perlis pakai ni..

Teringat masa World Cup 1998, Beckham kene kad merah masa pakai but ni le..
Pastu TV kene rampas ngan warden..mane taknye, sampai ke subuh game tak abis2..
(wife aku sure tersengih ni, antara watak2 penting dlm drama yg tersebut..hehehe)

Yg penting, aku paling suka yg ni psl nampak sungguh garang, ganas & Predator..
(ape yg aku melalut ni??!!)
Predator Accelerator - World Cup 1998


-----------------------------------------------------------


Buat duit betul Adidas ni, asal Euro or World Cup je..sure introduce yg baru..

Predator Precision - Euro 2000


-----------------------------------------------------------


Claimed as the best Predator ever by many critics..
Japan & Korea jadik host masa ni..

Predator Mania - World Cup 2002


-----------------------------------------------------------


Agaknye engineer & designer diorg dah pening ape lagi improvement nak dibuat..
Lebih kurang sama je ngan Mania..dah sampai 'peak' la ni kot..

Predator Pulse - Euro 2004


-----------------------------------------------------------


This is mine...hehehe..

Predator Absolute - World Cup 2006


-----------------------------------------------------------


Latest edition of Predator..
Current price as at 21 Dec'08 is RM759..
WOW!!!!

Predator PowerSwerve - Euro 2008


-----------------------------------------------------------


Awal Disember aritu, Adidas buat warehouse sales kat Tmn Tun..
Blk keje, aku terus menyinggah..nak survey2 kot2 ade ape2 yg berkenan..
Kebetulan but last week baru koyak lps main friendly ngan budak2 ex-Matrik UIA..

Sampai2 situ..mak datuk!!!
Panjang giler beratur...
Pendekkan ceta aku pun beratur la..start pkl 6.05pm..pkl 7.30pm baru dpt masuk dlm..

Oleh sebab Maghrib pun dah nak ujung2..aku cuma aim benda yg mmg aku crk...
PREDATOR...

Kebetulan terjumpe menatang ni..size 9..aku try2..agak besar..
tapi aku dah tak peduli apa masa tu..janji dpt Predator!!!hehehe
Lagipun penat beratur sejam lebih..takkan nak beli stokin RM5 aje kan?!!!



Alhamdulillah...berjaya aku mendapatkan Predator Absolute kaler merah dgn harga RM120. Berbaloi la kan.. Mula2 aku expect but aku tu gred B, maknanye original price dlm RM300-400 gitu..

Last Saturday masa aku ronda2 Pertama Complex...jumpe kasut yg sebijik...tebal gak habuk die..kes lelong tak laku la ni, diorg letak price tag RM450...

Aku tanya taukey tu, yg ni harga asal berapa??
"RM700++" - jawab apek tu.
Kulit kangaroo ke? Aku tanya lagi..
(Setahu aku, Predator ade 3 gred..Kalo A, pakai kulit kangaroo..kalo B, pakai sintetik + kulit, kalo C, PVC & takde getah kat depan..org panggil replika)
"Ya lor..Ni yg Beckham pakai la. Tapi Beckham punya ade tulis nama maa"
Ceh, bole caya ke apek ni???!!!

Aku pun tak caya but aku tu sebenonye gred A @ bernilai RM700++ 2 tahun lps..

Apapun, moral of the story....
Berbelanjalah di warehouse sales..
You never know, sometimes you'll be lucky...


p/s: at press time, but tu masih belum menyentuh rumput..
sape2 yg berminat nak main sepak2 bola..tolonglah hubungi aku, please... :-)

Tuesday, December 23, 2008

Kantoi?

Salam semua...

Bukanlah niat aku membuat gimik atau sebarang muslihat2 yg lain..
Jauh di sudut hati, ade sesuatu yg menyebabkan aku bertindak sedemikian rupa..
Perlukah aku bercerita?
Maybe some other days..

Jauh sekali kantoi kerana meng'online' di ofis..
Ataupun kene serangan virus?? (tapi mane nak tau kan kot2 bole jadi ke..)
mahupun resolusi sempena awal Muharram or New Year...
Kelako gak bila ade spekulasi2 yg sedemikian rupa...hehehe

Namun, terima kasih atas concern semua pihak..
Really appreciate it very2 much..

Niat aku cuma satu, memohon keampunan atas segala kesalahan & kesilapan lalu..

Alangkah indahnya andai dosa2 kita diampunkan, suci dari segala noda ibarat bayi yg baru lahir..
Beruntunglah kepada jemaah2 haji yg mabrur ibadahnya..

Sehingga bertemu lagi...Wassalam

No Worries

"..dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan mungkin kamu menyenangi sesuatu akan tetapi ia tidak baik untuk kamu..
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
:: Al-Baqarah:216 ::

Friday, December 19, 2008

What's Life All About?

Ya-Allah wahai Tuhan Sekalian Alam..

Sesungguhnya aku bukanlah hambaMU yg taat.
Seringkali aku terleka...selalu juga lalai dlm mengingatiMU..
Ibadah yg wajib & sunat, pun sering aku abaikan..
Iman umpama buih di laut..barangkali ungkapan yg tepat menggambarkan
goyahnya imanku..

Namun KAU yg Maha Pemurah tidak pernah melupakan hambaMU ini..
Kau tetap memberi nikmat yg tidak terkira nilainya..
Tak terhingga banyaknya..

Alangkah hina andai aku tidak mampu mensyukurinya..


Duhai teman
Maafkan aku andai pernah mengasari kalian
Secara lisan, langsung mahupun tidak..
Sama ada sengaja mahupun tidak sengaja
Sedar atau tidak

Mungkin tulisan2 yg bersifat tinggi diri
Bermegah & berbangga dgn apa yg dimiliki

Sesungguhnya diri ini sgt kerdil
Mudah diperdaya musuh2 utama, syaitan & nafsu

Hingga terlupa, apa yg baik di sisiNYA & apa pula yg sebaliknya

Maka, ampunkan aku dunia & akhirat

Semoga hidup ini dpt dimanfaatkan sepenuhnya
Buat bekalan manghadap yg Maha ESA
Kerana di sana, hidup adalah abadi kekal selamanya..

Wassalam

Ikhlas,
Abu Humairah
Mohd Zairy Mohd Tamam
EE @ Ciki

Thursday, December 18, 2008

Cameron Highlands

Alhamdulillah, tercapai hajat wife aku nak bwk adik2 & mak ayah jalan2 mkn angin.
Sempena cuti sekolah ni, dpt la kumpulkan semua adik-beradik, except Kak Ngah & Abg Ngah yg tgh sibuk buat persiapan nak berhijrah ke KK..

Nampak mcm tahun ni aku berjalan sakan..
Tapi sebenarnya kalo pandai merancang & rajin pulak survey & compare, percutian yg nampak costly sebenarnya sgt ekonomi..

Not intended to write long..
Let the pictures speak itself..
Cheers..



Amaran kerajaan Malaysia


Kat atas sana, aku kene 'kencing' hidup2!!
Apek tu ckp buah ni kacuk jambu batu + epal. Ade yg panggil jambu epal, ade yg gelar jambu kristal. Rasanye mmg manis..
Sekali tu bile turun, singgah kat Tapah.. org2 kat situ ade jual gak. Tapi diorg secara jujurnya bagitau ni jambu jeruk!! Ceh...
Tobat tak mkn lagi..byk perasa & pewarna tiruan..

p/s: agaknye org2 utara dah tak heran kot..
aku ni je la yg malang..siap la apek tu kalo aku jumpa lagi!!!

Tuesday, December 16, 2008

Yes, it already came!!

Aku bukannye org yg layak bercakap tentang ekonomi..
subjek2 ekonomi masa kat UIA dulu aku main hafal je time nak periksa..
too theoretically..akibatnye..semua subject pun cukup2 mkn aje...
kat kelas,kalo ade calculation ke..baru la cerah bijik mata..

Mlm td,kebetulan bersembang2 dgn sorang jiran..
Tak disangka2, dia bukak ceta psl company dia yg tgh downsizing..
lebih memeranjatkan, dia mengaku baru seminggu lepas die berenti..opt for VSS..
(voluntary separation scheme)

"Huh, nama je volunteer..yg sebetulnya kitorang tu secara paksarela sign borang VSS tu.."

aku tak bercadang pergi lebih detail..brp offer,ape option yg ada etc...
cukup utk aku katakan,agak terkedu mendengarkan kisah abang ni..
melihat riak wajah & anak mata, aku tau dia tgh derita..

Tak sangka, era kegawatan sedang melanda..

1998 - Aku terlalu mentah utk mengerti apa itu gawat.. Alhamdulillah, ayah keje gomen. Mungkin jugak tak terasa sgt..

Berita semalam byk highlight psl persatuan2 peniaga yg mintak kerajaan jgn berdolak-dalih tentang hal ini.. "Kalau betul,just tell it off.. At least kita bole prepare mental & fizikal" - ntah Dato' mane yg komplen..tak ingat plak namanye..
Pun aku taknak komen ape2..They know better than me anyway..

Antara ungkapan dari jiran aku..
"Diorg tak highlight benda2 mcm ni kat TV..actual fact, ramai dah yg start takde keje Jan 09 nanti. Company abang je 1,200 orang!!"

Aku berharap & berdoa agar segera dia beroleh kerjaya baru, buat menampung anak2 & isteri..Itu je yg aku termampu..

Yes, recession is already here!!

Buat ingatan diri aku & semua, berjimat & berhemah dlm berbelanja..
Semoga Allah permudahkan urusan2 kita & memberkati setiap rezeki yg dikurniakanNYA..
Amin...

Mbek..

When a kid meets a goat..

Location : Bee Farm, Cameron Highland



Maaf la ye suara 'reporter' yg buat coverage ni agak menjengkelkan..
nanti dah terer edit, aku remove suara yg sumbang itu...

Thursday, December 11, 2008

Premium That Strangled

As Selangor citizens enjoy the off day due to celebration of Sultan's Birthday today, I took this opportunity to send my car for 30k service.

Although my wife is still not well, I got no choice because my Vios gonna have couple of long journeys in Dec..
After bought her porridge & prepare for her medicine, I left home as early as possible so that I will be back before she knew it..

While waiting in the customer lounge, I suddenly feel like writing but I don't know what..
hahaha..

OK, let's talk about the premium that normally came along with the brand..

To be honest, I was surprised when I attended one pricing meeting..that was a long time ago when I first joined Toyota.
During that meeting, I was told that besides cost & profit to derive at the selling price, premium also a part of it.
Meaning to say, for a branded item, equation should read as PRICE = COST + PROFIT + PREMIUM.
However, most of the time, premium will be put under profit.

Well, this is something common and generally accepted by people.

Just give Nike or Adidas as example. Why we are willing to pay 100% more for a Nike shoe compare with other brands?
Shoe is just a shoe by principle. You wear it by your foot, not hanging it around your neck!!

Or perhaps Coffee Bean or Starbucks Coffee which I heard can cost you RM10 per cup easily (correct me if I'm wrong coz I never been there..)..What's the difference with mamak stall coffee??How difference is the coffee taste?

That what we call PREMIUM. Due to the fact that we know the quality, style, reputation and everything on earth that came with tagline... price doesn't really matter, who care!! (but I do)

Well, my next question is..whether the premium we pay is really justified with the item we paid??

It is a never ending dispute anyway..

It's just came across my mind while sitting here waiting for my car. As you can see at my back, people enjoying their drinks & snacks while reading magazine, watching Astro and surfing the internet. It's not free, of course. All amenities already included in the bill. Pity you if you think otherwise. Just compare the rate with workshop under the tree. You won't be getting the same ambience.


I had an opportunity went to Lexus showroom in Mutiara Damansara recently. Not to test drive or what, just a discussion on Lexus costing.
What can I say is WOW!! Even if you just been there for a peek or test drive, they will serve you Donkin Donut or Pizza Hut.
Masya-Allah....
Now you know why the price of Lexus cars are sky-high!! Somebody is paying someone's donut!!! hehehe..

Luckily, in this world I live in, I have an option.
I don't have to pay for what I don't want. I will choose for what I pay.
If the premium is fairly justified, why not?!!

Let the people who don't know where to spend their money throw their money unnecessarily..
Opss, for the sake of style or reputation perhaps... Unless the quality is proven & worth spend it, I won't..
Your money, your own..

"Ok Zairy, your car is ready"..
Aikk, dah siap?? Tak smpt aku nak ngomel lagi panjang..hehehe..
Ok, sambung gebang lain kali, insya-Allah...

Wednesday, December 10, 2008

It's Bigger

Tak disangka, hari raya haji kali ini disambut dengan demam yg agak membimbangkan..
Utk org yg tak penah miss solat hari raya, terponteng solat raya utk pertama kalinye kire teruk gak la sakitnye..ye tak?!!

Tak semena2 pulak kene extend cuti 2 hari lps raya (w/p cuti raya cume sehari). Selasa dah naik keje, tapi member2 ofis suruh blk je rehat. Keje melambak tu,tapi nak buat camne kan..

Yg kesiannye, berjangkit plak ngan org rumah aku. Teruk gak batuk & demamnye..
Mudah-mudahan jdk kifarah la ek Ummi..

Nasib la si kenit Amierah tak terjangkit..
Kalo tak mau tambah lagi le cuti..hehehe..

Dah agak terlambat jugak utk diucapkan selamat hari raya Aidiladha..

Apapun, hari raya Aidiladha memberikan erti yg sangat mendalam bagi yg ingin menghayatinya..

Walaupun ramai yg lebih mengutamakan Aidilfitri (which is fair, selepas sebulan berpuasa), para jemaah haji di Mekah pula pastinye lebih merasakan keseronokan beribadah di waktu ini..



Terkenang pesan cikgu sekolah agama masa kecik2 dulu..

Raya Haji kite diharamkan berpuasa 4 hari (10 Zulhijjah-Aidiladha, 11,12 & 13 Zulhijjah-Hari Tasyrik) berbanding hanya sehari tatkala Aidilfitri.

Selain tu, gema takbir juga bergema utk tempoh yg panjang (4 hari) berbanding setengah hari (Maghrib -> sblm solat sunat) ketika Aidilfitri.

Due to some reasons, it is bigger actually..

Wallahua'lam...

Thursday, December 4, 2008

Auto World

Normally I will start doing my analysis once the monthly account completed (it's called closing,for the benefit of non-accounting people)

Since today is 4th and account closed usually on 5th or 6th, so I got more time for myself..hehehe..

In my earlier posting, I did mention that never across in my mind... I will be in the automotive/automobile industry. Never ever..

Even when I first joined this company, I did not really perceived Toyota as a large car manufacturer. Before the interview, I can't even name more than 3 Toyota models. Yes, to that extent!!
But of course I did my homework & confidently listed down those models when asked during the interview. Sounds a silly question, right? But it may cost me the job!!Fuhhhh...

Once I joined, then only I knew how huge Toyota is. Toyota Motor Japan (TMC) currently 2nd largest car manufacturer after General Motor in term of production but in term of profitability, it is already No.1 for the past few years. Besides Toyota City & University of Toyota, another fact that impressed me is that its annual revenue is higher that Malaysia's GDP!!

As you might read recently, recession is coming & auto industry especially in US already in the bad shape. TMC is no escape, though. I just hope this 'cloud' is quickly to move & things gonna be back as normal.

Historically, Toyota is equivalent to Ford in US. We all know very well Henry Ford who was the first invented car. In Japan, Toyoda (founder of Toyota) modified his loom machine (mesin tenun) become a car engine.
One thing I realized, Japanese is very good in copying and make things better. This is what they called Kaizen.. (But I wonder when they will start giving a good fight with Ferrari & McLaren in F1..hehe)

Sorry if you are not so keen with this posting. Too 'Jappo' I guess..hehehe..
Perhaps there is one or two lessons we can learn.

I just tried to refresh some of my little knowledge, to occupy my free time. I consider this as part of my jobscope, to boost my working motivation, before I become busy tomorrow and weeks after...hehehe....

~Arigato Gozaimas~

Down Memory Lane: Things I've Done

Bila dikenang2 blk, sebenarnya aku tak penah terfikir akan terjebak dlm industri automotif ni..
"terjebak"?? Lain bebeno bunyiknye...hehehe..

Mana taknye, kebanyakkan yg keje kat kilang aku ni semuanye engineer..
Ade la 3-4 kerat grad accounting, definitely la kat Account Div.
Yg ramai kat HQ. Dulu aku kat situ gak, tp disebabkan oleh projek Vios aka dugong tu..aku tercampak ke sini..

Lps2 grad..konon2 kene keje ngan gomen,psl dah pakai JPA punye scholarship. Tunggu punya tunggu, setahun tak panggil2. Dah 2-3 kali apply SPA8..pun tak penah sangkut.. Ade sekali tu, informer aku kat Putrajaya, Pojan (org kuat puspanita ni tau!!) bagitau psl umur aku tak cukup setahun.. Masa tu diorg filter by age lak!!
Terasa bawah umur la pulak aku ni..

Agaknye bukan rezeki aku utk berkhidmat utk negara..
Tapi takpe la, asalkan dpt crk rezeki yg halal, ye tak...

Memula tu keje kat cafe kat UIA, Gallery Cafe..
(hari ni final paper,esok aku dah report duty.. tak smpt tanam anggur..hehehe)
selain jaga akaun kat situ, aku pun turun padang gak jdk waiter..
Maklum la,ade pengalaman 4 bln jdk waiter kat Sibu Island Resort..ehem..ehem..
Sape2 yg nak g honeymoon,elok la gi sini. Private island yg sungguh mendamaikan.. (tapi harga dia masya-Allah)


Lps convo, aku keje kat audit firm kat Setapak (Aizuddin & Co).
Si Acit yg recommendkan aku. Lps 2 bln, aku dpt offer
PriceWaterhouseCoopers (PwC) as an auditor.
Dia stay, aku yg blah dulu..hehehe..
(Takpe,dah keje LHDN dah mamat ni)

Masa kat PwC, puas jugak la merantau..
kene gi Port Klang, Kuching, Labuan & Lahad Datu..
Antara pengalaman yg takleh lupa, pagi2 raya haji aku mkn karipap je!kat Kuching masa tu..
Dah la kene keje psl manager dtg nak review..Tak aci betul!!!

Aku penah kena maki "bloody hell" ngan Aussie, client kitorg kat Plaza Sentral.
Sebabnya? kerusi mamat ni ilang dari blk die,staff die pinjam tak letak blk.. Pastu aku yg tak bersalah masuk nak tanya something kene sembur dan2 kat situ gak.. Mentang2 director..suka-suki je marah2 aku...
Nasib la manager aku backing & terus report kat partner.. (bukan aku yg ngadu tau..hehehe)

Selain tak tahan travelling yg excessive (w/p aku kuat berjalan), financial reporting ni aku ade kureng skt..
Keje yg ala2 mcm CSI mencari bahan2 bukti... mane tak selalu kene bambu...hehehe..
Aku ni pulak jenis lembut hati.. sekali client tarik muka masam mula la aku tak sedap hati..
Pastu asyik la blk pkl 12 mlm hari2..Tensen kepala pakcik ni....

Last2 aku pikir nak try buat management accounting plak..
Sungguhpun dulu selalu blur masa subject ni, aku suka psl focus more on decision making..

Maka si Mohammad pun hantarkan resume aku kat Toyota..
Kebetulan division aku ni mmg tgh nak recruit org.
Maka terlekat la aku kat sini..ntah utk berapa lama..

Alhamdulillah, I am still standing here..


Yes, there are low & high points...
Semua tu adat dlm kehidupan kita..
Syukur Allah masih kurniakan aku kesihatan, w/p satu ketika semasa aku terbaring kat katil.. aku terfikirkan apakah jalan hidup aku yg akan datang..

Ade yg bertanya aku, seronok ke keje company besar??
Pada aku, keberkatan & keseronokan bekerja itu yg utama..

Aku masih ingat, masa aku tolak troli utk katering,buat banquet utk function hujung2 minggu masa kat Gallery Cafe dulu..
I did enjoy it very, very much..
Namun, disebabkan tuntutan hidup & komitmen2 yg aku cipta sendiri, aku tak bole lama2 sgt kat situ..

Alhamdulillah, for this moment, aku masih mampu bertahan & tetap positif, w/p ada tikanya terfikir jugak nak melompat lebih tinggi..hehehe..
Tapi tu la, risiko bila melompat ni.takut jatuh & keadaan jdk lebih buruk dari sebelumnya..

Soal gaji, benefit & lain2 mmg la menjadi ukuran. Namun, jgn jadikan itu matlamat utama. Kalo tidak, selamanya kita takkan merasa cukup & puas dgn apa yg ada.
Lain la persekitaran kerja yg tidak 'menyihatkan' atau sebab2 lain2 yg menekan utk kita fikirkan destinasi baru.

Mungkin selepas ini, fikir-fikirkan matlamat kita sebelum membuat sesuatu keputusan..

Always begin with the END in mind..

Wallahua'lam...

Tuesday, December 2, 2008

Desa Coalfields, Sg. Buloh

Memang menjadi impian semua org utk memiliki umah sendiri..
Tak kira la yg atas tanah ke,atas angin mahupun atas air..(mcm kat labuan or KK tu)
kecik or beso, semua tu rezeki Allah..
Bersyukurlah..
Kerana dlm Quran pun Allah dah ingatkan, andai kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat..mudah-mudahan..

Mengenangkan sewa bulan2 yg tak abis2 tu..aku pun decide nak crk umah..
baik la bayo utk umah sendiri,kan??

Utk mereka2 yg memasang cita2 murni nak membeli rumah..insya-Allah..
your time will come, sooner or later..

Mungkin perkongsian pengalaman aku ni bole jdk iktibar utk mereka2 yg berkenaan..

1st Sight Love
Somewhere in July, kitorg pegi la Property Fair kat Mid-Valley..konon2 nak survey kot2 ade projek2 yg menarik. Kebanyakkannye rumah2 kat Rawang..nak clearance stock la tu..(last week aku gi Bkt Beruntung..mak datuk..nasib baik tak terbeli umah kat situ..no offence ye..hehehe)
Maka tersinggah la kat booth KL Kepong ni. Lokasi, harga & rekabentuk yg agak menepati citarasa, membuatkan kami terus melulu ke show unit immediately lepas tu jugak..rakus tak rakus la...
hehehe...

About 30km dari KL,20km ke Shah Alam..nampak gayanya blk keje aku la sampai dulu lps ni...hehehe

Belek punye belek show unit tu, mmg dah rambang la mata kami ni..
Satu lagi pesanan aku, awas dgn ilusi optik!!


Diorg akan decorate show unit tu se'marvellous2'nye...Mau tak terliur!!

KLK, what?
Antara kriteria nak beli rumah, kene check ke'establish'an developer tu. Lps consult ngan Balak yg agak familiar ngan construction company, maka lepas satu lagi yardstick kitorg. Ye la, takut gak kalo amik projek2 ngan developer2 yg suspicious ni. Buatnye projek abandoned, tak ke naya..Tapi tu la, bile gah nama developer, makin gah jugak la harganye..ye tak??!!
Namun,elok jugak amik dgn developer2 yg low-profile ni. Sometimes diorg mmg ade potential & akan perform..
Apa2pun,semua tu mmg rezeki & ujian masing2 la kan kalo dpt projek2 yg bermasalah tu..

To be frank, developer kitorg ni aku pun tak penah dengo sblm ni.
Tapi bile investigate skt2..rupa2nye listed kat main board..
ok la tu (ala2 saida..hehehe)

Think Twice!!No Turning Back
Utk org2 mcm Azizi Ali, mungkin 100-200k tak byk ertinya..
Tapi utk aku ni,mcm2 nak kene consider sblm decide nak proceed ke tak..
monthly payment la terutamanye..
Buat la projection utk thn2 yg mendatang..within budget.passed!!
Pastu survey amenities & logistic penempatan kitorg yg akan dtg ni..
Nak kata maju giler tu tak la,tapi takde la solok sgt..hehehe...


Oleh kerana niat kami mencari tpt yg mendamaikan, jauh dari hiruk-pikuk kota (perghh,ayat buku teks tu!!)..maka lps satu lagi yardstick kitorg (berapa byk yardsticks daa!!)
Selain tu,aku masuk website persatuan penduduk diorg, DECOREAS ..hmm,bole tahan celik IT gak org2 kat situ..ok la kot..
85% orang Melayu..surau pun beso..padang bola pun banyak..
FYI, projek yg ni fasa ke-8 camtu..ade lagi 3-4 unit blm terjual. Sape berminat bole la book..hehehe

The following week..dgn doa & tawakal..aku pun pegi ke show unit & terus bayo deposit RM2k.

Loan Hassle
Utk loan, alhamdulillah Toyota bagi subsidi 50% of the interest. Contohnye kalo harga umah RM200k,interest RM300k..total loan RM350k..maka roughly save RM150k (given that sampai pencen duduk sini..hehehe)

Lagi mahal umah, lagi untung..tapi nengok pulak entitlement..
Beso pangkat,beso la pulak entitlementnye..
Balaci cam aku ni,kecik je la entitlement..

Utk support industri perbankan Islam (ye la,dulu asyik la sibuk buat assignment comparison between conventional vs Islamic) serta sebab musabab yg lain, maka aku pun amik BIMB loan..
Tak sangka pulak, dek kerana penyakit aku ni..byk skt procedure tambahan yg membuatkan aku pening kepala.
Ye la,sape nak bagi hutang kat org yg berisiko mcm aku ni kan...
Walaupun alhamdulillah dah OK, history still counts..ape nak buat,dah nasib badan..

Pendek ceta, akhirnya loan pun approved hasil bantuan rakan UIA, Balqis (untung jugak ade kroni bersepah2 seluruh Malaya ni). Tengkiu bebanyak!!

Progress
Expected completion sepatutnya Nov'09.
Tapi latest progress billing stated dah 75% siap. Rumah dah 100% completed.
Tinggal longkang blm siap & jalan je yg blm tar..

Dengan penuh keterujaan aku pun menjengah la bakal rumah tu..mane tau kot2 kene kelentong ke...

Alhamdulillah, benar bak dikata..Agen aku pun bagitau, kalo CF takde problem, silap2 2-3 bln awal bole dpt kunci. Alamak!!aku la pulak tak ready lagi..
mane nak cekau duit...byk gak nak pakai bile masuk umah baru..
pasang lampu kipas je RM2-3k at least..

Tu blm consider angan2 mat jenin lagi..nak buat itu,nak buat ini...(dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..hehehe)

Cadang2 nak masuk rumah Jan 2010, insya-Allah..
maka kepada sesape yg bertanya bile nak buat house warming tu, jawapan aku cuma
"not so soon la ek.." :-)
tapi andai sesape teringin nak tolong angkat barang, sgt2lah dialu-alukan...hehehe..

Wassalam

Monday, December 1, 2008

Celosia

To turn this..

into this..

all I need is money, money & money.. :-)

"money can't buy happiness..but money can make you happy"
"money is not everything..but you need money for every single thing"
- Abu Humairah

Ya-Allah, jadikanlah kami hamba yg mendahulukan akhirat lebih dari dunianya..
Kami pohon keberkatan atas rezeki2 kami, agar sentiasa merasa cukup atas apa yang telah Engkau kurniakan, Amin..