Friday, May 29, 2009

Tests of Life

Alhamdulillah, sudah 3 tahun kami bersama secara officialnya..
Kalo tahun lepas, kami ter'booking' di restoran yg sama, tahun ni tidak lagi berlaku perkara yg sama..hehehe..
Yang tersama hanyalah kami memposting lagu kat blog.. cuma lagunya tak le sama...

Buat mereka2 yg tak pasti lagu tu sape nyanyi, tu lagu Jay Jay ye...
Tidak kedengaran di radio IKIM mahupun Astro OASIS.. :-)
(Sinar.fm rajin bukak lagu ni)

Sesungguhnya, dlm kehidupan yg singkat ni, banyak sekali ujian2 yg menguji ketabahan & kesabaran..
Bukankah dlm Quran pun telah mengingatkan bahawa orang2 yg beriman itu akan sentiasa diuji??

Bagaimana kita menangani ujian2 itulah sebenarnya yang mengukur sejauh mana tahap keimanan & ketaqwaan seseorang..

Bile disebut tentang ujian, ramai beranggapan ianya berbentuk kesusahan, kesakitan, kepayahan, kedukaan et cetera...
Namun, ramai juga antara kite yg terlupa kekayaan, kenikmatan, keseronokan et cetera juga merupakan ujian..

Moga2 kita dipelihara & dipandu Allah sentiasa, agar selalu ingat tidak kira apa ujian yg menimpa..

Contoh2 besar baru2 ini tentang seorang ketua negeri yg diuji tentang perlembagaan yg mana baginda selalu menjadi bahan rujukan tentang perundangan. Mahupun kisah seorang pendakwah yg diuji dgn masalah rumahtangga.

Lagi hebat seseorang itu, maka hebat jugalah ujian yg dihadapkan..

Adakah wajar kite menempelak mereka2 yg diuji ini? Tidak..
Jangan sekali2, kerana mungkin ujian itu adaah kifarah Allah buat mereka.

Di kesempatan ini, ingin juga mengucapkan tahniah buat kawan2 yang bakal menempuh alam baru..
Shamsul Hadi@Balak, Najib Asri, Arif Izwan, Khairunnisa', Khairul Bariah, Chi, Farid@Penyu serta lain2 yg mungkin aku tertinggal..
Hope to see you all, insya-Allah..

Perkahwinan adalah suatu rahmat, setiap amalan bakal digandakan..
Namun, di dalamnya..penuh dgn segala macam ujian & dugaan.
Semoga sentiasa tabah menghadapinya...
Kepada Allah kita sandarkan segalanya. Insya-Allah, mudah-mudahan selamat dunia akhirat.

Till meet again. Wassalam...

5 comments:

MaMa NabIhAH said...

tahniah to ciki n nad

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
bertambah-tambah zuriat..
dimurahkan rezeki dan diberkati..

lamanya korang bercinta rupanya ek!
teruskanlah menyemai cinta hingga hujung nyawa...dan kekal hingga ke syurga, Insyaallah

mama n ayah nabihah

Langit Jiwa said...

yups2, lumrah kehidupan manusia, ada kalanya di atas, dan ada kalanya di bawah.

semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan dan berusaha mendapatkan keredhaan-Nya..

kejora said...

insaf dengan entry ini....kekkeke duduk tahyat akhir terus....

Anonymous said...

Yes, everyone ada up and down dalam rumah tangga, let set a good example of Keluarga Muslim to all of our friends and families

MizWaR_SuLHaFaT said...

heppy anniversary.. moga rahmat Allah mengiringi life kalian sekeluarga & diberkati hendaknya.. Ameen..