Saturday, May 16, 2009

Kelahiran Yang Dinanti

Salam..

Akhir2 ini, ramai kenalan2 yg dianugerahkan cahayamata... Alhamdulillah..
Tahniah buat Adella & Nurman, Nori & Yassin, Asma' & John, serta yg agak belated, Sarah & Din, Imah & Ocha..
Maaf andai ada antara kalian yang tidak dapat kami kunjungi lantaran masa yang tidak mengizinkan.

Secara peribadi, aku tumpang gembira..
Nabi Muhammad turut gembira atas umatnya yang ramai...

Sebenarnya, kite selalu terlupa (termasuk diri ini) bahawa di samping perlunya kite bersyukur atas kurniaanNYA, seharusnya juga kita menginsafi & menyedari betapa anak itu juga adalah amanah & tanggungjawab yang amat besar.

Sering kita membeza2 aspek fizikal antara anak2, tetapi sebaiknya juga kite renung kembali, cukupkah didikan rohani yang telah kita berikan kepada anak2 kita?

Tulisan ini sebenarnya khusus buat diri ini yang kadangkala alpa..namun andai ada pengajarannya, moga dapat jadi panduan bersama.

Selain itu, ingin juga mengingatkan diri ini, di kala kite bergembira di samping anak2 yang sedang membesar, hormatilah juga mereka2 yang belum Allah kurniakan cahayamata. Hargailah & hormatilah perasaan mereka..

Buat mereka, ingin dikongsi sedikit ilmu buat amalan, mudah-mudahan Allah memakbulkan atas segala usaha..

Amalkan ayat2 di bawah.. Insya-Allah..

Surah Ibrahim 14:39, Surah Maryam 19:9, Surah Al-Anbiya' 21:90.

Tanpa kita sedari, persoalan cahayamata telahpun wujud sejak zaman para anbiya' lagi.
Sememangnya fitrah manusia berkehendakkan zuriat, hatta para nabi ada yang mengeluh.
Namun kita kene ingat, sesungguhnya perancangan Allah itu sempurna.. Ada banyak sebab & hikmah Allah tidak memberikan kita itu tetapi sebaliknya ini & begitulah sebaliknya.

Seandainya dengan adanya anak semakin menjauhkan kita dari rahmat & syurga Allah, bukankah di akhirat kelak kita akan mengharapkan pula sebaliknya??

Sekadar renungan bersama..

Wallahua'lam...

5 comments:

Unknown said...

Memang totally change my perspective towards women and my life as individual..byk tul household chores

kuizikel said...

baru aku tau imah dah slamat bersalin.. terus sms, nama baby adzuan nur khalis..

Langit Jiwa said...

tahniah buat semua yg baru dapat baby.. semoga berbahagia dan bergembira selalu hendaknya.

Encik Lubalang said...

Tahniah tahniah...
Anak anugerah Ilahi. Didiklah mereka dgn sempurna :-)

~tuah.rimbun~ said...

Thank you, thank you...
tapi sekarang belum boleh main2 dgn baby... dia byk tido siang...
mlm pulak tamau pulak...