Wednesday, June 25, 2008

Adab Tuan Rumah

Sejak dua menjak ni, alhamdulillah rumah tak putus2 dikunjungi kawan2 & sedara mara yg datang jenguk bertanya khabar..terima kasih buat semua & mintak maaf andai ade kekurangan di mana2.

Sebagai tuan rumah, Islam dah tunjukkan adab2 yg sempurna utk diamalkan. Namun, mungkin ada sebahagian adab2 yg kite tak perasan.

Mudah-mudahan dapat manfaat bersama..

Sejurus sahaja tetamu sampai, uruskanlah makanannya. Apa sahaja yang mudah di dapati dan disediakan uruskanlah segera, jika ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang lebih mewah, uruskanlah kemudian.

Apabila tetamu datang, ada baiknya jika terlebih dahulu ditunjukkan kepadanya di mana tandas supaya dia tidak gelisah kalau tiba-tiba dia ada qadha hajat.

Beramah-mesralah terhadap tetamu dan penuhilah keperluan dan keselesaannya. Jamulah dengan makanan yang agak mewah (mengikut kemampuan anda) sekurang-kurangnya pada sesuatu ketika. Tetamu mempunyai hak terhadap tuan rumah selama 3 hari.

Janganlah keluar ke pekan mencari-cari sesuatu untuk tetamu. Apa sahaja yang sesuai yang terdapat, hidangkanlah untuk mereka. Janganlah terlampau formal sangat.

Tuan rumah janganlah terlalu mendesak tetamu supaya makan. Ini bertentangan dengan kebajikan tetamu.

Tuan rumah janganlah hanya menghidangkan makanan kepada tetamu kemudian biarkan begitu sahaja. Dia hendaklah tinggal di situ dan lihatlah apa-apa keperluan tetamu. Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.

Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini.

Tuan rumah janganlah memberati dirinya dengan sentiasa berada dekat tetamu. Biarkan tetamu dalam keadaan bebas. Biarkanlah tetamu makan sekehendaknya.

Jika perlu untuk menghidang makanan lagi, janganlah mengalihkan bekas (yang masih ada makanan) yang berada dihadapan tetamu. Bawalah makanan tambahan dengan bekas yang lain.

Apabila ada dua orang tetamu, layanilah mereka dengan adil.

Apabila tetamu akan meninggalkan kita, ikutilah dia sehingga ke pintu. Ini adalah sunnah.


Wallahua'lam

~source Permata Hati~

7 comments:

wanrulez said...

Dah lama aku x jumpa ko ye ciki.
Dari hari ke hari aku dgn fara plan nak pegi.
tp x sampai2.

Anonymous said...

wan,adriana itu sudah besar n tombam.ko bagi mkn apakah?Amierah lak yg susut ni.Kirim cubit sama itu beby aa.

Anonymous said...

jgn lupa letak sign nak ke toilet kat ruang tamu :)

MizWaR_SuLHaFaT said...

"Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.

Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini. "

haha. kelakar.. jangan merenung tajam yer nad.. =p

Azimsardan said...

kalo kene tenung tu,sendiri mau ingat la..terlebih makan sudah!!hehehe..

hmm,next topik adab2 mkn plak.. ;-)

Anonymous said...

Don't worry ciki, you has done your best to entertain your guest, i'm very impress walau sakit2 layan jerr

Anonymous said...

weh mad bilo maso macik tenung ekau?Perasan pulok!ahak ahak siap ekau pasni.macik bg makan batu ngan kayu je!