Tuesday, June 10, 2008

Bloggerkah Aku?

Ward 303
Damansara Specialist Hospital
22 Apr 08 @ 10.05am
(One day after operation)


"Ciki,tulislah blog..Share pengalaman ko tu. Bukan semua org ade experience mcm ni tau!" Sapa seorang teman rapat. Kalau bukan kerana cadangannya itu, tiadalah wujud blog ni. Experience aku ni, kalau boleh semua orang tak nak tau...hehehe..Apapun, tempoh rehat 2 minggu sebelum memulakan rawatan kimoterapi membuatkan aku mempertimbangkan semula cadangan tu. Bosan. Itulah perkataan terbaik menggambarkan keadaan aku masa tu.

Menulis bukanlah speciality aku sejak dulu. Sebab tu agaknye aku amik accounting. Even kat UIA dulu, aku tak pernah guna 2 booklet utk sebarang exam. Tak larat mengarang panjang2!!Figures,figures & figures. That's how I described myself. Kene tulis minit mesyuarat utk monthly meeting dept aku tu pun cukup menyiksakan..hahaha..

Blog? Aku berkenalan dgn perkataan ni sejak kempen pilihanraya umum Mar'08 lepas. Maklumlah, media perdana berat sebelah sangat masa tu. (Opss...boleh kene ISA wooo..) Apapun,blog2 ni pun ade yg betul & tak.Pepandai la timbang & tolak mana2 yg tak berapa betul tu.Kat blog aku ni pun,kalau agak2 ade yg temberang tu,just ignore la ye..

Selain dari tak minat menulis, ketiadaan access internet di rumah & office (cuma bole access thestar.com & toyota.com) turut menyumbang ketinggalanzamannya aku dgn alam siber ni..

Ok,itu cerita sebelum..Masa nak start tulis blog ni plak,aku tanya wife.."Umi,nak tulis BM ke English?" Wife aku direct je sound..tulis bahasa Melayu je la..ngada2 plak!!Tulis punye tulis,mcm byk mengarut la pulak..Panjang bukan main berjela!!

Hmmm,aku try plak tulis dlm English..Disebabkan English yg tak berapa nak terer ni, bole pulak aku tulis pendek2..So,kalo nak tau sebab utama aku byk tulis in English, korang tau la ye sebabnye skrg..hehehe..

Masa SPM,English aku dulu cuma C5, English Placement test kat UIA pulak CCU (average je la kire..). Mungkin dek kerana masuk UIA & keje plak join MNC (multi-national corporation),so English aku tu sedikit sebanyak dah la dipolish skt2..still, antara niat aku tulis blog ni pun sebab nak improve skt2 English aku ni,di samping share sedikit sebanyak pengalaman aku yg tak seberapa ni..agak2 dah boring cerita psl sakit aku,aku ngarut la ape2 yg patut..

La ni pulak, aku dapati tulis blog antara terapi yg baik selain kimoterapi yg menyakitkan tu..Maklum la,seharian di umah.Selain aktiviti2 wajib (rehat+tido, baca Quran & nengok tv), menulis pun sedikit sebanyak mengisi kelapangan masa. Tapi kesian kat wife & anak aku, kadang2 syok mengarang & mengedit blog sampai waktu malam pun aku langgar..sorry ye sayang2ku...

Masa mula2 nak create blog ni, terfikir gak aku..ade ke org nak baca??Hmm,takpe la..at least aku tau wife aku & aku akan baca..wakaka..

Setiap blogger ada alasan tersendiri mengapa mereka menulis. Ade yg berniat berkongsi ilmu, ade yg nak menjatuhkan atau menaikkan individu tertentu, ade yg ingin berkongsi rasa & pengalaman dan seribu satu sebab2 yg lain. Meminjam kata2 Ogy Ahmad Daud, setiap pergerakan kene ade matlamat..Ahaks..

Mengambil pesan Rasulullah s.a.w. "org yg paling baik antara kamu ialah org yg paling byk memberi manfaat kepada org lain"..
Semoga blogku ini dpt memberi sedikit manfaat buat pembacanya..

Yg baik datangnya dari Allah, yg buruk semestinya dari diri yg lemah & dhaif ini..
Wallahua'alam..

P/S: Terima kasih atas sokongan semua. Kimoterapi (2nd cycle) aku yg seterusnya dijadualkan 12-14 Jun '08 ini. Andai keadaan mengizinkan Insya-Allah. (Tak mau postpone lagi,nak gi keje..huwaaaaa)

9 comments:

Anonymous said...

salam ciki, ada dpt x sms dr johan psl dr hawariah?

Anonymous said...

wohoo.. keep on bloggin'.. ramai nak bc ni.. peminat2 gelap ko ramai woo ;)

Abu Humairah said...

yup..dah dpt phone no doc tu.i'll call asap to get the details.TQ Asma.

peminat gelap?ekekeke.ko jgn ckp kuat2 pojan.ade org marah kang..hihihi

Anonymous said...

peminat gelap xpe bang..kekasih gelap xde kan ahak ahak...hehehe

Anonymous said...

lupa nak letak dlm kurungan 'peminat'(read:kekasih)

hahhaa...

lariiii

Anonymous said...

hahaha jaga kau pojan ekeke:D

Anonymous said...

dulu kan ko selalu tulis surat kat nad masa dlm kelas.. berjela² panjangnye... tak pandai tulis konon. huh!! :P

Abu Humairah said...

aaa..errrr...hehehe..
yg berjela2 tu nad yg tulis..
aku reply pakai point form je...
:-)

Anonymous said...

betul tu pesot!
ko x baca lagi surat cinta dia..hahaha (sori le bang ahak ahak)..dasat woo...
tapi, lama x dapat surat cinta..(rinduu..hehehe)