Ward 303
Damansara Specialist Hospital
22 Apr 08 @ 10.05am
(One day after operation)"Ciki,tulislah blog..
Share pengalaman ko tu. Bukan semua org ade experience mcm ni tau!" Sapa seorang teman rapat. Kalau bukan kerana cadangannya itu, tiadalah wujud blog ni.
Experience aku ni, kalau boleh semua orang tak nak tau...hehehe..Apapun, tempoh rehat 2 minggu sebelum memulakan rawatan
kimoterapi membuatkan aku mempertimbangkan semula cadangan tu.
Bosan. Itulah perkataan terbaik menggambarkan keadaan aku masa tu.
Menulis bukanlah speciality aku sejak dulu. Sebab tu agaknye aku amik accounting. Even kat UIA dulu, aku tak pernah guna 2 booklet utk sebarang exam. Tak larat mengarang panjang2!!
Figures,figures & figures. That's how I described myself. Kene tulis minit mesyuarat utk monthly meeting dept aku tu pun cukup menyiksakan..hahaha..
Blog? Aku berkenalan dgn perkataan ni sejak kempen pilihanraya umum Mar'08 lepas. Maklumlah, media perdana berat sebelah sangat masa tu. (Opss...boleh kene ISA wooo..) Apapun,blog2 ni pun ade yg
betul & tak.Pepandai la timbang & tolak mana2 yg tak berapa betul tu.Kat blog aku ni pun,kalau agak2 ade yg
temberang tu,just
ignore la ye..
Selain dari tak minat menulis, ketiadaan
access internet di rumah & office (cuma bole access thestar.com & toyota.com) turut menyumbang
ketinggalanzamannya aku dgn alam siber ni..
Ok,itu cerita sebelum..Masa nak start tulis blog ni plak,aku tanya wife.."Umi,nak tulis BM ke English?" Wife aku direct je sound..tulis
bahasa Melayu je la..
ngada2 plak!!Tulis punye tulis,mcm byk
mengarut la pulak..Panjang bukan main berjela!!
Hmmm,aku try plak tulis dlm English..Disebabkan English yg tak berapa nak
terer ni, bole pulak aku tulis
pendek2..So,kalo nak tau sebab utama aku
byk tulis in English, korang tau la ye sebabnye skrg..hehehe..
Masa SPM,English aku dulu cuma C5, English Placement test kat UIA pulak CCU (
average je la kire..). Mungkin dek kerana masuk UIA & keje plak join MNC (multi-national corporation),so English aku tu sedikit sebanyak dah la dipolish skt2..still, antara niat aku tulis blog ni pun sebab nak
improve skt2 English aku ni,di samping share sedikit sebanyak
pengalaman aku yg tak seberapa ni..agak2 dah boring cerita psl sakit aku,aku
ngarut la ape2 yg patut..
La ni pulak, aku dapati tulis blog antara
terapi yg baik selain kimoterapi yg menyakitkan tu..Maklum la,seharian di umah.Selain
aktiviti2 wajib (rehat+tido, baca Quran & nengok tv), menulis pun sedikit sebanyak mengisi
kelapangan masa. Tapi
kesian kat wife & anak aku, kadang2
syok mengarang & mengedit blog sampai waktu
malam pun aku langgar..sorry ye sayang2ku...
Masa mula2 nak create blog ni, terfikir gak aku..ade ke org
nak baca??Hmm,takpe la..at least aku tau
wife aku &
aku akan baca..wakaka..
Setiap blogger ada
alasan tersendiri mengapa mereka menulis. Ade yg berniat berkongsi ilmu, ade yg nak menjatuhkan atau menaikkan
individu tertentu, ade yg ingin berkongsi
rasa &
pengalaman dan seribu satu sebab2 yg lain. Meminjam kata2 Ogy Ahmad Daud, setiap pergerakan kene ade
matlamat..Ahaks..
Mengambil pesan Rasulullah s.a.w.
"org yg paling baik antara kamu ialah org yg paling byk memberi manfaat kepada org lain"..Semoga blogku ini dpt memberi sedikit
manfaat buat pembacanya..
Yg baik datangnya dari Allah, yg buruk semestinya dari diri yg
lemah &
dhaif ini..
Wallahua'alam..
P/S: Terima kasih atas sokongan semua. Kimoterapi (2nd cycle) aku yg seterusnya dijadualkan
12-14 Jun '08 ini. Andai keadaan mengizinkan Insya-Allah. (Tak mau postpone lagi,nak gi keje..huwaaaaa)