Ini antara persoalan yang pernah muncul dlm hidup aku tatkala ditahan di wad lebih kurang setahun yang lepas.
Ada sorang nurse kat Damansara Specialist yang berkongsi cerita ni kat aku..
Entah la, masa tu aku tak amik 'pot'..
Masa tu aku suffer & lebih fokus pada recovery.
Pada aku, akak tu nak pujuk & sedapkan hati aku je masa tu...
Entah la..
Biarkan persoalan itu tanpa jawapan..
Kalo ikut sejarah & kisah nabi2, ada yang wafatnye tika lanjut usia & ada juga yg mati muda..
Sebagai umat Nabi Muhammad, usia 70++ dah dikire 'subsidi'..
Apapun, berita kematian Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) cukup mengejutkan..
Banyak sekali sumbangan arwah sejak dari Nadamurni. Wife aku sampaikan tak bole tido terkenangkan arwah.
Sungguhpun tak pernah mengenali secara dekat, lagu2 dendangannya cukup menusuk kalbu..
Masa kat Maahad, masa kat UIA, selalu jugak nengok show..
Antara lagu yang sentiasa menyebabkan aku menitiskan air mata...
Semoga arwah Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah yang Maha Esa..
Setiap nasihat & pesanan yg kite ikut, meningkatkan amalannya di sana..insya-Allah...
Sempena Ramadhan yang bakal datang, jangan lupa pohon ampun maaf dari mak ayah..
Bagi yg tiada, doakan mereka..
Semoga ia (ie Ramadhan) madrasah yang bakal menjernihkan hati & menghapuskan semua dosa2 kite...
Insya-Allah...
3 comments:
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beramal saleh, insyaallah..
al-Fatihah..
Ad jugak face to face masa universiti dulu masa organize konsert kat UIA...very humble :(. Al fatihah
'mati' tu tak mengenal sapa.yang sehat cergas, muda belia, cantik jelita,sakit biasa2, sakit luarbiasa.. takde bezanya kalau dah tiba 'masa'...
bila berderet2 orang 'pergi' meninggalkan kita..lebih2 lg org tu kita kenal..terasa sgt 'mati' tu mendekati kita..
sapalah kita ni sebenarnya..
pinjaman semata2..
Post a Comment