Thursday, August 20, 2009

N - 2

ramadhan
satu nasib tak serupa
peluangnya sama
natijah berbeza

ramadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
ramadhan kami malang terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tapi malam kami muram bersabung dengkur

mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

1 comment:

hang_lipur said...

salam ramadhan juga utk family abu humairah! lama tak jmp korang... posa nnt bule laa org buka pose sama2 ek? tp acit pesan, taknak laa g makan kt hotel2@tpt mahal2... bazir jer bayo mahal2, tp makan sket jer... baik masing2 bwk potluck, kita makan 1tpt kan?