Friday, August 21, 2009

N - 1

From the bottom of my heart..

"Ampun maaf atas segala kesalahan dari kami sekeluarga, 
Mohd Zairy / EE / Ciki & isteri Nadiah / Diah / Nad"

Semoga diri kita ada sifat2 yang di bawah tatkala terbenamnya matahari 30 Syaaban petang nanti..insya-Allah....




(dipetik dari laman Usrah Rasa Hati)


1. Gembira. Gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan dan anugerah yang disediakan.

وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار

Maksudnya; Bulan Ramadan ialah bulan di awalnya kerahmatan Allah, dipertengahannya keampunan Allah dan akhirnya pelepasan dari api neraka.

للصائم فرحتان : فرحة عند فطره ، وفرحة عند لقاء ربه

Maksudnya; Orang yang berpuasa mengecapi dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu tuhannya.

إن للجنة بابا يقال له الريان يقال يوم القيامة: أين الصائمون فإذا دخلوا أغلق ذلك الباب"

Maksudnya; Sesungguhnya di Syurga ada pintu bernama Rayyan. Diseru pada hari qiamat, mana orang-orang yang berpuasa? Apabila mereka masuk, pintu tersebut ditutup.


2. Mengharap keampunan Allah kerana bulan Ramadhan adalah bulan keampunan

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya; Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.


3. Sabar

كل عمل ابن آدم يضاعف : الحسنة بعشر أمثالها ، إلى سبع مائة ضعف إلا الصوم , فإنه لي وأنا أجزي به , يدع شهوته وطعامه من أجلي "

Maksudnya; Setiap amalan manusia digandakan hingga sepuluh kali ganda, sehingga tujuh ratus kali ganda melainkan puasa, Allah berkata; ia untukKu dan Aku yang membalasnya kerana ia meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Aku.


4. Tamak dan haloba dalam melakukan ibadah kerana pahala amalan berlipat ganda dan adanya malam lailatul qadar..

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Maksudnya; Carilah malam lailatul qadar di sepuluh yang akhir di bulan Ramadhan.


5. Pemurah dan Pemaaf

كان النبي رضي الله أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في رمضان

Maksudnya; Nabi adalah manusia yang paling pemurah dan lebih pemurah di bulan Ramadhan.

من فطَّر صائماً كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئاً

Maksudnya; Sesiapa yang memberikan makanan untuk berbuka orang yang puasa, ia akan memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, tidak kurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa.


6. Takut tidak dapat meraih berbagai anugerah tuhan di bulan Ramadhan.

خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له

Maksudnya; Rugilah orang yang berada di bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan dari Allah swt.


Wallahua'lam..

2 comments:

Langit Jiwa said...

Insyaallah..

kuizikel said...

slamat mnyambut ramadhan.. apa menu si nad masak hari ni? :D