Buat mereka2 yang tidak berapa pasti PPSMI tu ape, actually ianya bermaksud Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
Utk yg mengikuti perkembangan semasa, pastinya sedar hari ini akan diadakan perhimpunan 100,000 org utk menghantar memorandum kepada DYMM Agung bagi membantah PPSMI ini.
Harap2 tidak le byk road-block sepertimana Perhimpunan Bersih tahun yg sudah.
Aku & wife nyaris bergaduh dek tersekat dlm kesesakan kat Tmn Tun (nak pegi open house Shifa kat Bangi kalo tak silap)
Apapun, nasib baiklah aku kat kampung sekarang ni..
Sebagai pelajar yg bukan produk PPSMI, aku harus akui English aku memang agak 'haru' atau dlm bahasa slanganya 'hancus'..since UPSR, PMR hinggalah ke SPM.
Subject inilah yg membuatkan aku tak dpt straight A utk semua exam2 tersebut..
Pengalaman aku dlm pendidikan berteraskan English walaumacamanapun sedikit berubah tatkala memasuki UIA.
Apa taknya, masa minggu orientasi, selain kene berlari pegang tangan, kitorang pun kene amik Placement Test, utk menentukan tahap kepandaian (atau bahasa kasarnya tahap kebodohan) seseorang itu.
Maka dah sah2 la aku masuk antara kelas orang2 yg tak berapa pandai English.
Memanglah kecewa, pasal target nak buat express..hehehe..ambitious tu!!!
Tak sedar diri!!ekekeke...
Namun aku tetap bersyukur pada akhirnya.
Ibarat masuk kelas English darjah satu..akhirnya aku kembali paham sedikit sebanyak tentang English secara total.
Bukanlah bermaksud sekarang ni aku dah terer sepenuhnya..There is no best, always try to be better & better..
Masih lagi merangkak-rangkak meningkatkan penguasaan..
Maklumlah, tuntutan kerja yg memerlukan sedemikian..
Pendapat aku tentang hal ini...janganlah dipolitikkan,,,
Dibantah atau diteruskan, kedua-duanya ada baik buruknya.
Sebenarnya, selagi guru2 tidak menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris ini, PPSMI ini tidak akan berjaya..
Tujuan aku bukanlah merendahkan martabat guru2 Malaysia especially Sains & Matematik. Pendapat aku yg takleh pakai ni mengatakan guru2 ini masih belum bersedia sepenuhnya...
Maka, andai diteruskan PPSMI ini, ia akan mengambil masa yg agak lama. Selain tu, semua pihak harus bersungguh2 & fokus..
As simple as that..
Terus-terang aku katakan, tenaga pengajar memainkan peranan yang sangat2 penting. Aku agak kagum dgn pendekatan lecturer2 kat UIA tu. Kelihatan English itu tidaklah sesukar mana. Mungkin juga usia yg meningkat menyebabkan kite lebih mudah menerima pengajaran itu. Hmmm, entahlah ek..
Tapi bagi yg menolak PPSMI, ada desas desus mengatakan kerana pelajar2 luar bandar semakin jauh jurangnya.
Tidak dinafikan, org2 bandar kat umah 'spekong' sokmo..org2 pekan pulak kalo tak kerana dipaksa, jgn la harap..
Bayangkan budak2 nak buat keje sekolah, pastu nak tanya mak ayahnya yg tidak berapa terer Englishnya..maunye terkebil2..nak anto tusyen pulak duit tak berapa nak ada..
Jadi,eloklah belajar dlm bahasa ibunda yg lebih mudah difahami...
Selamat berdemo...dan utk abang2 FRU, takyah le pancut2 air..siram pokok2 bunga kat halaman istana tu lebih afdal...
hehehe....
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
yelah especially dok kg ni kan... balik rumah tanya mak bapak bukan semua pandai english.. nak tanya kakak abang sumer dah merantau.. last2 terkontang kanting sorang2..
sorang manager Petronas penah cakap ngan kiteorang yang English hanyalah bahasa. boleh dipelajari, yang penting pemikiran seseorang tu. macam masa interview tu, panel nak tengok idea dan cara berfikir seseorang, tak kira la dalam bahasa apa pon.. English tu boleh diperbaiki, yang penting pemahaman...
bukan membantah sepenuhnya, tapi jangan terlalu drastik... mcm ko ckp la, klu semua pendidik dan betul2 ready.. sebab cikgu ni memang sgt penting...
jepun pon belajar dalam bahasa ibunda, tak sebok2 pon nak belajar dalam english.. siap pergiatkan translate buku dalam bahasa ibunda.. maju gak kan?
ntahlah sampai bila masalah ini akan berlanjutan..
pada pendapat aku,
elok dibuat 2 option
bahasa inggeris dan bahasa melayu
untuk subject ini
mudah untuk ibu bapa buat pilihan...
ataupun
mulai bahasa inggeris ini pada ketika sek menengah...
jemput la ke Bangi lagi... kekeke..
Majulah sukan utk bahasa.. :p
aku nak teka ni, pendapat ko adalah 'no to PPSMI'? ... ke aku salah?
aku rs nak teruskan atau tak tu nnt KPM akan amik keputusan popular. byk sgt tekanan. xpe, kite tgg jela ;)
ko ni dah macam wakil rakyat je Adli?
hehe, maybe aku take it too seriously bab PPSMI ni..
aku mcm pernah jumpe je tempe ni, tp di mana ya?
Post a Comment