Tuesday, March 31, 2009

Guiding or Guided

Salam semua..

semingguku selepas sambutan kelahiran agak kelam-kabut...
dek kerja, kesihatan yg terganggu & faktor2 luaran yg lainnya..
tarbiyah & kifarah agaknye..

Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah nikmat Iman & Islam..
mudah-mudahan hingga akhirnya...

Tatkala pulang kampung minggu lepas, masih hangat dgn perhimpunan parti X..riuh & ribut tentang jawatan, jawatan & jawatan..
Oleh kerana ayahku 'prihatin', maka aku pun 'tertumpang' sekaki...
Tertumpang maksudnya di sini berkongsi dgn perasaan agak terpaksa namun dgn hati yg terbuka..hehehe...
ntah korang paham ke idak yerk??

Anyway, topik utama aku bukan siapa yg menang & siapa pula yg letak jawatan akibat kalah pertandingan..
(which I lauded him, in case you know whom I am talking about)

Sebenarnya, aku teringatkan satu peristiwa mesyuarat agung peringkat caw di taman kediaman aku..
Tentunya parti X..yg mana ayahku merupakan setiausaha di situ..

Ketika pencalonan utk penggal baru, ayahku jadi tukang kira (apasal bukan bendahari tukang kire ek?? entahla..hehehe)
satu persatu jawatan dicalonkan..

akhirnya ketika tiba pencalonan ketua & timbalannya, ayahku dicalonkan antara keduanya..
tatkala ahli2 mesyuarat mengangkat tangan mengundi, tetiba bila ayahku kire..ternyata undi2 memihak pada die & bakal menjadikkan die ketua cawangan..
Oleh kerana itu, ayahku menambah undi pihak yg satu lagi agar tidaklah dia menjadi ketua cawangan akan parti X itu..

After all, ayahku yg tukang kira time tu & nasib baik org pun tak perasan yg ayahku 'double-counting' utk org satu lagi bagi mengelakkan dirinya dicalonkan sebagai ketua...

Rahsia ini hanya dikongsi dgn aku & emakku...
Mungkin org2 taman masih tidak tahu & biarkanlah ia begitu...

Bukanlah tujuanku membangga2kan ayahku..
Sekadar berkongsi pengalaman yg ada..

Bayangkan pemimpin2 kita begitu, malu mencalonkan diri sendiri lantaran tanggungjawab yg bakal dipikul...
bukan berebut2 kerananya..

Oh, mungkinkah di sebalik jawatan itu terdapat bergunung2 emas & perak?

Ayah, tahun depan top-up balik le ye..kali ni kire yg ayah punye undi pulak double...
Sesekali try jadi perwakilan ke... dpt sekali pun jadik le..
Eh, tahun depan takde pemilihan yerk?? opss...sorry.....

extra note:
there are people who are born guiding & there are people who are born to be guided..
i wish those are looking for power is the former (while i believe i am the latter, in above story..my father)
how unfortunate if our leaders are the latter but due to greed...they are forcing themselves to be the one who is guiding...

semoga Allah datangkan Pembela Akhir Zaman...
akan adakah saat itu??
semoga aku dapat berjumpa saat itu...Amin..

2 comments:

~tuah.rimbun~ said...

politik ek...
sehingga hari ini aku tak pernah sembang pasal politik dgn bapak aku..
biarlah rahsia w/pun korang tau kenapa...
hahahha

Adli said...

penyelewengan pengiraan undi tuh. hehe.. tp kalo sorg calon lg tu rs2 takleh jd leader yg baik, why not ayah ko je amik jawatan tu for the sake of good. maybe next time la

kwn2 aku yg terlibat dgn projek bercerita juga psl gelagat politicians ni. politik skrg bukan lg cerita ttg leadership, tp concern psl 'the other agenda'.

so nak tgg dorg berubah ke atau kite yang cari alternatif lain?