Dear all.. just put it into this perspective..
Bilamana di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanyakan adakah berjaya atau tidak kempen ini..
tetapi apakah peranan/sumbangan/usaha kita utk menentang penindasan ini...
atau sebaliknya adakah kita pula yg memperlekehkan usaha2 sebegini?
Samalah ibarat perang Badar dulu
313 nak lawan 1000++ orang..
ikut akal yg waras, gile ke ape?!!!!
Boleh ke menang??
agaknye kalo kite di zaman itu, di mana pula pendirian kita?
yg yakin pada bantuan Allah & melakukan segala yg terdaya (walau sekecil mana)
atau yg duduk melihat, bila kemenangan tercapai baru terhegeh2 menyatakan sokongan??
boikotlah, mendermalah, berdoalah, apa2 sahaja yg dirasakan perlu..
lakukan segala apa yg terdaya oleh kita, kerana di akhirat kelak, itulah yg bakal ditanya..
Email from Pusat Zakat Selangor.
1948 peristiwa Nakbah terjadi. Masjidil Aqsa dicemari tangan-tangan
zionis. Sejak saat itu, peristiwa demi peristiwa mengiringi saban
tahun...tangisan kem pelarian Sabra dan Shatilla dan sebagainya.
Kita hanya mampu melihat, tanpa mampu berbuat apa-apa...
Kini, 2009 membuka tirainya dengan asap tebal di Semenanjung Gaza.
Darah merah membuak-buak membasahi bumi Palestin. Hentaman senjata
berat membelah dunia mereka. Maka, sekali lagi kita hanya mampu
melihat dan menyaksikan dari jauh...tanpa mampu berbuat apa-apa...
betulkah?!
Inilah masanya kita menafikan semua itu. Buktikan kita adalah ummah
yang bersatu. Buktikan bahawa kita mampu membantu dari jauh. Jauhkan
diri anda dari segala produk tajaan US-Yahudi. Padamkan api-api
rokok berjenama Yahudi. Hilangkan keinginan mengunjungi Mc-Donalds.
Tinggalkan panggung wayang yang menayangkan filem-filem buatan
mereka.
Kami di LZS (MAIS) mempunyai komitmen dalam menangani isu ini. Kami
akan laksanakan setakat terdaya, selagi kudrat diberikan oleh-Nya.
Takbir..Allah Akbar..
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid
40000 Shah Alam
Selangor
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Karya Zubir Ali
2 comments:
aku mmg dah lama 'boikot' brgn/produk yahudi nih sbb:
1. starbucks terlalu mahal dan selalu berada di luar kemampuan semasa utk diminum;
2. gigi aku lebih prefer darlie dpd colgate; dan
3. dah makan tahun gak aku tak minum coca cola sbb mmg tak suka sgt air berkarbonat nih..
cuma prosperity burger je yg mcm teringin nk mkn tp belum berkesempatan je lg.. tp demi menyahut seruan ini, maka aku akan cuba cancel kan keinginan tuh..eheh..
Masa aku di KSA,aku dpt rasa semangat masyrakat arab di sana isu palestin ni. di dlm khutbah2 jg sering diingtkan peri pentingnya Palestin pd umat Islam sejagat. Insyaallah,doa kita semua mengiringi pejuang2 semua,amin.. Takbir!!!
Post a Comment