Saturday, January 31, 2009

CAKE ::behind the scene::

Ok..Ok...
I confess this is my latest addiction...
Nothing special in this video anyway..

Just trying to polish my skill...
from semi-amateur --> three-quarter amateur..

In addition, I felt lucky bumped into this girl while she's preparing the cake..
At least I will be more appreciative next time I eat a cake..

Oh, I don't feel like sleeping..
It's almost 2am..
Argh...this 'Book' really drives me crazy!!!

Thursday, January 29, 2009

My Mom's Birthday

Alhamdulillah, bersempena cuti CNY..dpt le celebrate besday mak aku yg jatuh pada 26 Jan aritu..

Sabtu kitorg plan nak makan nasi beriani Mat Shah kat Batu Pahat, depan Putra Specialist Hospital tu (org BP panggil Benteng)
Sampai2 pkl 1.30 gitu, sekali dah abis da...
Padahal ramai lagi yg beratur tu..

Kempunan le nak makan beriani kegilaan ramai tu..
Makan beriani kedai sebelahnye aje..
Ade la tempias skt, w/p rasanye tetap tak sama..

Aku penah terjumpa dgn org KL yg dtg ke BP semata2 nak mkn lunch beriani ni..
Ape mandrem Mat Shah letak aku pun tak tau..

Ade satu kisah..
Masa tu kitorang gi wedding Abg Din & Sarah.
Pastu tak semena2 wife aku suruh mkn cepat2 (aku tgh amik gambo masa tu)..
Dlm hati aku, apahal la pulak kan. Wife aku ckp nasik beriani die sedap giler...
Bayangkan wife aku yg tak begitu minat beriani pun bole ckp camtu..

Pastu aku tanya le anak tuan umah si Shaza (adik ipar Sarah), nasik ni masak sendiri ke??
Dia bagitau la, pakcik dia Mat Shah yg masak..
Pakcik ko ke Mat Shah tu??
Oooooo, terlopong la kami berdua..
Patut la....

So,pasni sape2 yg nak buat majlis bole le panggil Mat Shah utk catering ek..
(ayat ni ditujukan khas buat Taib aka Kejora (dua2 bukan nama sebenar)..andai beliau membaca posting ini...ekekeke)

"ah tu stand for Amierah Humairah..aku suruh die tulis huruf beso,minah tu tulis small letter lak.."


Yg specialnye kek ni,masa aku sampai kedai tu..kek ni masih lagi togel tak ber'icing' & ber'chocolate rice'.
Sempat la aku nengok proses2 buat kek. Sblm ni tau mkn aje..
Siap bole request mtk icing nipis2..

sebelum "disolek"


Ahad plak, ade wedding cousin Nad kat Ayer Hitam.
Lps abis majlis kitorang menyinggah le BP Mall..

Terserempak plak kedai ni...

Mesti org2 Rengit spt Ajim bangga giler!!hahaha
Bapak aku pun lahir kat Rengit tau!!(terus je ngaku..ekekeke)

Maka saya menyeru warga2 Johor & Malaysia, especially org2 Rengit supaya menyokong kopitiam2 tempatan...hehehe..

Note: Gadis ini bukanlah model Rengit Coffee mahupun Beriani Mat Shah.
Sekadar gambar hiasan. Harap Maklum.

Sunday, January 25, 2009

Santau

Salam...
Jgn le over-enthusiatic bile baca title tu ek..
hehehe..aku mmg suka buat gempak...

Actually aku ni takde la fanat (read: fanatik) sgt psl politik2 mahupun ilmu2 hitam ni.
(la..ni nak ceta pasal santau ke politik ek??hehehe)
Politik?
Hmm, aku akan amik tau jugak la apa2 perkembangan terkini..
Aku prefer utk bersifat neutral w/p masa election aku takde la pangkah semua kotak2 tu..

Ade yg menggelar golongan seperti aku ni atas pagar..
Whatever it is, stance aku adalah semua org ade kebaikan & setiap org jugak ade kelemahan..
Maka aku juga ade hak memilih yg mana lebih byk kebaikannya & kurang pula kelemahannya..

Impian aku cuma satu, setiap org dpt jumpe titik equilibrium & hanya org2 yg betul2 layak
(read as bukan mengejar pangkat, harta & kuasa) dilantik memimpin.
Mustahilkah itu berlaku?
Agaknya selagi bernama manusia, kita akan tetap berpecah-belah??

If you wonder, posting ini diilhamkan ketika berborak ngan pak mertua aku,
Dia adalah salah seorang yg menyumbang kepada kesesakan lalulintas KT pada 17 Jan aritu..hehehe..
Terlanjur dia bercerita pengalaman di sana, maka aku pun dgn hati terbuka ingin berkongsi artikel
yg tanpa izin dicopy-paste dari HarakahDaily.

Sebelum anda teruskan pembacaan, pendapat aku tentang point artikel ini cuma satu:-
kalo buat dgn ikhlas, apapun org cakap tetap akan dibalas sebaiknya oleh Allah..
kalo tak ikhlas (mengharapkan sesuatu), makanya pahala pun tak dpt, kerusi pun tidak..hehehe..
"Setiap amalan itu dihitung berdasarkan niat" - (1st hadith of 40 hadiths)
Wallahua'lam...

Umpan BN gagal santau pengundi Kuala Terengganu
Mat Zain Mat Isa
Fri | Jan 23, 09 | 4:18:18 pm MYT

"Pemberian ini bukan bertujuan memancing undi. Ia telah lama diluluskan, cuma kebetulan diumumkan ketika ini (sewaktu kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu)," begitulah lebih kurang hujah 'loyar buruk' beberapa pemimpin BN.

Jika anda seorang yang mengikuti dan mengamati perkembangan kempen pilihan raya kecil itu yang baru berakhir Sabtu lalu, tidak munasabah anda terlepas dari mendengar atau membaca ungkapan itu. Ia pertama kali disebut calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, lebih seminggu sebelum proses penamaan calon. Beliau mengulas pengumuman peruntukan RM6.1 juta untuk kaum Cina Kuala Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.

Peruntukan itu tidak termasuk sejumlah lagi untuk beberapa persatuan agama, persatuan ibu bapa dan guru sekolah Cina serta bantuan dana khas sempena Tahun Baru Cina. Meskipun menganggap bantuan itu tanggungjawab kerajaan untuk rakyat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, menilainya ada tujuan politik.

Ekoran kenyataan itulah Wan Farid, yang sebelumnya telah diisytiharkan bakal calon BN, menafikan pemberian itu bermotif politik. Beliau malah mendakwa peruntukan tersebut telahpun diluluskan sewaktu Allahyarham Dato' Razali Ismail masih hidup. Ia hanya "kebetulan" tidak sempat disempurnakan Razali. Hujah serupa dipinjam Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketika mengulas bidasan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyifatkan beberapa projek segera dilaksanakan BN dalam kawasan pilihan raya adalah rasuah politik.

Di antara projek segera dimaksudkan ialah pembinaan jalan raya dan jambatan di beberapa kampung di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Seperti Wan Farid, Muhammad selaku menteri berkenaan juga mendakwa peruntukan bagi projek-projek tersebut telah lama diluluskan kementeriannya. Cuma "kebetulan" ia dilaksanakan ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Bertolak dari situ, "kebetulan" demi "kebetulan" datang silih berganti ke Kuala Terengganu. Hampir tiada kementerian, jabatan kerajaan, agensi mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang condong kepada BN yang tidak terlibat sepanjang lebih sepuluh hari kempen itu. Secara "kebetulan" semua mereka sudah lama merancang program masing-masing di Kuala Terengganu barangkali?

Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ketua Puteri Umno turun ke Kuala Terengganu menyampaikan cek Socso. Muhammad membahagikan beg dan pakaian sekolah untuk kanak-kanak Tadika Kemas. Menteri Pengajian Tinggi buat program kerjaya di sebuah politeknik di pusat bandaraya itu. Peletakan batu asas Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah bernilai RM115 juta juga "kebetulan" berlaku di saat itu.

Begitu juga pelancaran Tabung Kecemasan dan Kebajikan Nelayan dengan peruntukan RM1 juta. Pengumuman pakej RM900 juta untuk kontraktor kelas F dan pengundian projek infrastruktur juga dibuat di Kuala Terengganu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 rumah kos rendah di Padang Hiliran. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pun saat itu jugalah bermurah hati menyampaikan set tenunan kepada lebih 200 penenun songket di Terengganu.

Waktu itulah juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyampaikan cek bantuan modal ratusan ribu ringgit untuk pengusaha industri batek, keropok lekor dan tembaga. Jadual lawatan Menteri Pertanian membahagikan bungkusan kueh kepada pengunjung Pasar Tani Padang Hiliran pun "kebetulan" jatuh pada minggu itu. Apa lagi? Nak tukar nama sekolah menengah dan institut pendidikan guru kepada nama Datuk Razali, nak rasmikan UDM Kampus Kota juga ketika itulah. Nak bertemu pelanggan TNB pun Ketua Pegawai Eksekutif turut hadir.

Gotong royong RELA cuci sampah juga melibatkan kehadiran Ketua Pengarahnya. Ahh!! Boleh termuntah rasanya jika disenaraikan kesemua puluhan program "kebetulan" sebegitu. Apa BN ingat rakyat Kuala Terengganu bodoh sangat sehingga tidak dapat memikirkan itu semua? Akhirnya, terbukti hujah 'loyar buruk' BN itu tidak lagi dapat menipu rakyat.

Segala 'umpan' ditabur gagal menyantau pengundi Kuala Terengganu. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut merampas kerusi dari tangan BN dengan kemenangan bergaya 2,631 undi majoriti, 17 Januari lalu.

P/S: GONG XI FA CHAI pada semua rakan2 yg berbangsa Tionghua..lama dah tak beraya umah jiran sebelah..hopefully esok smpt le singgah...

Friday, January 23, 2009

Auf Wiedersehen

Makin ramai aku wish selamat jalan..
tetiba makin panjang plak list yg nak berhijrah ni rupa2nye...

Latest finding, Shaiful aka Cipul..
(actually dah tau lama, terlupa psl asyik delay coz visa tak approve..hehehe)
Sebelum dia merajuk, aku pun nak le dedicatekan entry ni utk die pulak..



Dia keje kat MISC..rase2 mcm dah lebih 4 thn, since graduated...
Rezeki anak, dpt plak join exchange program..pegi Germany utk 6 bln (26 Jan'09 ni berangkat)..
Aku dah kirim Volkswagen Bettle sebijik...
sape2 nak order bole le kirim skrg...hahahaha..


Rewind..

Aku berkenalan dgn si Cipul ni masa kat Matric UIA..

Masa orientation (kat UIA panggil Taaruf Week), kitorg asyik le kene paksa jln pimpin tgn ngan orang sebelah..
takde sivik punye committee..
kalo lintas jalan ok le pimpin tgn..
dah tua bangka berjanggut, jln pegi dewan pun kene pimpin gak!!!

So, salah seorg yg aku 'terpimpin' tangannya (auw..tak rela you...) adalah Cipul..
tup2 rupa2nye bilik aku sebelah je ngan bilik die..
aku blk 328..die 327
(pergh...w/p aku ade sindrom memory loss akibat chemo,ade gak memory2 yg masih tertinggal)

Tapi aku segan skt ngan die ni psl die ni ex-KISAS..geng ngan budak2 baik..
Aku plak masa kat matric hantu bola, so masa2 aku lebih byk bersama rakan2 seperhantuan aku gak la..

Alhamdulillah...
Ukhwah berkekalan sampai ari ini.

Sampai sekarang, mak aku selalu quote "kawan budak Klang yg rajin basuh pinggan" merujuk pada si Cipul!!!
Padahal ade la sekeping dua yg die basuh masa dtg beraya umah aku dulu tu...
Ceh....

Fast forward

Dah,cukup le aku membebel tak tentu pasal..

Jgn risaukan Azie & Aisya ye Cipul..
ade ape2 kitorg tengok2kan..insya-Allah..

Just wanna wish you BON VOYAGE...
have a safe journey, have fun & wonderful life over there..
treasure every moment...

Semoga semakin jauh perjalanan kita, semakin dekat pula kita dgn Pencipta kita..
Adios..

Note:
Auf Wiedersehen = goodbye (bahasa Jerman)
ni pun aku tanya Cipul..
kalo maksud die pisang goreng,
maknanye aku & korang2 semua telah ditipu oleh Cipul gak la..hehehe..

Thursday, January 22, 2009

Bon Voyage - Extended Version

Masa dinner mlm td, sambil mengadap siakap 3 rasa yg dibelanja wife aku (psl gaji baru masuk..hehehe), baru teringat aku terlupa nak wish farewell kat sorang lagi kawan kami..

Agaknye siakap yg bentuk ala2 keli tu membuatkan aku tetiba teringatkan Amir & sekaligus Pojan yg bakal berhijrah ke negeri jelapang padi Feb'09 ini.

Mungkin jugak posting2 die yg dah byk bercerita tentang penghijrahannye mahupun
lelongan2 amalnya membuatkan aku terlepas pandang.

Actually aku kenal si Pojan ni pun oleh kerana Nad, wifeku sgt rapat dgn insan ini.
Sekampung, sesekolah, seasrama dan se2 yg sewaktu dgnnya..
Hmm,kalo tak silap ade gak pertalian darah...bau2 tempe gitu..

If I can recall correctly, selain Mad yg tak jemu2 menziarahi aku masa aku sakit,
si Pojan ni pun antara yg aku tak bisa lupakan budi & jasa2nya..
(pergh,ayat ni nak kene rephrase ni,mau jeles baca dek Nad ni..hehe)

Momento paling diingati adalah kerusi malas yg diimport khas dari Bangi..

Kepada Pojan, semoga hidup akan lebih ceria (definitely la kan) bersama suami yg tercinta..insya-Allah..

Anyway, bebile dtg KL tu jgn le buat2 lupa lak singgah umah kitorg..
Lagi satu...er, kontrak as O.P. masih valid kan??hehehe...

Cukup2 la sengih sampai telinga tu..
Pegi hand-over keje2 ko tu!!!



Caught in action: Woit,curik gambo tak mtk permission!!
Lokasi: Gurney Drive, Penang


P/S: Bole le belek2 hasil karya minah ni..
(ni promote kire ade komisen tak ni Pojan?!!)

Tuesday, January 20, 2009

Bon Voyage

There was a couple of events that triggered me to write this entry..

Firstly, my sis & bro in-laws left Segamat to migrate to Kota Kinabalu last Saturday.
Although Amierah was still in the hospital, I asked her Doc to excuse us for 3-4 hours, just to say goodbye to them.

What a hard decision to make. We were also surprised when got to know that they're moving there.
However, along with doa & hope..I do believe that their lives will be better over there.
Insya-Allah, we will be visiting you once in a while..hopefully..

KLIA - 17 Jan '09


Syahdu...Saat melangkah ke departure hall...


Secondly, my regular futsal & football teammates, Musa & Reilis are joining LOFSA (Labuan Off-Shore Financial Service Authority).
Yes, both of them are Borneons..
So, I guess they prefer living their lives over there..hehehe..
Anyway, should any of you wanna play futsal in-future, just give me a call, okay?!!
I wonder if there is any futsal court in Labuan..kih 3x

Samba PJ - So-called 'farewell futsal'
Musa (in black - front row) & Reilis (in red)
**5 of us are still 'available'..Can you spot them?hehe


All the best buddies!!
Any vacancy available, do not forget to inform me, okay?!!

Thirdly, one of our friends, Mir is due to fly to UK in March'09.
She is currently working with B.A.T. and selected to join a special assignment for 2-3 months.
So Omzy, have you make-up your mind whether to take 2-mth unpaid leave or not??hehehe..

Omzy & Mir, at their new lovely home at Bdr Seri Putra


Finally, Amierah last Sunday also bid her farewell to DSH.
Alhamdulillah, after 4 days 3 nights stay, we checked-out from the hospital. Another valuable lesson picked from what has happened.
Syukur Alhamdulillah ala-kulli hal...

Friday, January 16, 2009

déjà vu

Dah 3 hari Amierah demam, dgn suhu yg kadang-kala mencecah 39°C..

Mula2 aku sangkakan cuma demam yg biasa,
since mmg dah jdk trend kalo kat nursery tu ade sorang bdk demam,
maka yg lain2 pun terjangkit sama..
ala2 cubit paha kanan, paha kiri terasa jugak...ceh, mcm kait!!!

tapi smlm lps blk keje, Nad bwk lagi Amierah ke klinik panel kat blkg umah & doc suggest utk refer ke specialist..
Doc bagi 2 pilihan, either Pusrawi or Damansara Specialist Hospital (DSH)..

Bile Nad tanya aku, "nak gi mane ni??"

Tiba2 perasaan fobia yg lama dtg kembali..
Kalo la bole, aku mmg tanak nengok lagi building DSH tu..
Nengok signboard pun bole membuatkan aku sayu & syahdu, inikan pulak masuk ke dalam tu!!
Kenangan lalu terimbau kembali..

Tapi, bile difikirkan balik...servis pun bagus, lagipun dah familiar dgn procedures etc2..
Lalu aku tepis segala sentimental feeling yg bersarang di kalbu..ahaks..

Maka secara spontan gak aku jawab, "DSH lah"
(ceh,spontan ke,mcm lambat je nak jawab??hehehe)

Sesampai je kat sana dlm pkl 9pm gitu, mcm biasa la..kene pusing2 crk parking..
Area situ mmg limited parking space..
Lepas turunkan Amierah & Nad kat lobi, crk le parking yg tak berapa nak dkt dr entrance tu..

Sampai kat lobi, receptionist yg sambut aku dulu jugak la yg tercegat kat situ
(teringat tatkala dia baca referral letter aku & buat2 lawak ngan aku dulu..)
Tak resign lagi mamat India ni, mesti KPJ bayar elaun byk ni..hehehe..
Nasib baik dia serius mlm tadi, kalo tak aku karate die!!!

Dipendekkan cerita, lps sejam sampel darah Amierah diambil
(kalo la bole aku gambarkan suaranye yg mengegar satu hospital bile nak pasang drip tu!!),
doc pun panggil aku & bagi explain lebih kurang camni..

"Her white blood cell's reading higher that normal..13.3 (supposed dlm 10 kot),
from physical checking, no major illness..antibiotic will do coz if treated late,
it can affect respiratory system..lung bla..bla..."

Aku pun dah blur gak pada mulanye...
Mane la nak paham term2 yg 1st time dengo tu kan..
Dgn badan yg keletihan & kerisauan yg melampau, lagi la aku tak amik port doc tu ckp ape..

In short, ade jangkitan kuman yg biasanye mengganggu sistem pernafasan..
Paling kurang, doc ckp kene stay kat ward 3 hari utk abiskan semua antibiotik tu..

Maka, terpaksalah kami 3 beranak check-in kat blk 288, DSH Resort & Spa mlm td jugak..hehehe..

Mudah-mudahan Allah sembuhkan segala penyakit..
setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati..

Banyak2 bersabar sayangku Nadiah & Amierah...
Setiap kesusahan & kesulitan adalah tanda sama ada
Allah nak tinggikan darjat kita
ataupun
menghapuskan dosa2 lalu..
(dan aku percaya yg terkemudian adalah lebih sesuai utk aku..)
Astagfirullah..
syukur Tuhan Kau masih sudi mengingatkan aku yg leka & lalai ini
Alhamdulillah...

Sape yg melalak kuat2 sampai nak pecah gegendang telinga nurse angkat tangan!!!


Berapa hari kene duduk sini ni Ummi??


Abi, apasal ceta "Move It" takde ni??Remote ni rosak ke??


ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz


Thursday, January 15, 2009

Meow

Dihasilkan oleh cameraman & director yg semi-amatur..
baru nak belajo2 masuk effect apekebende tu semua..
visual kurang memuaskan coz menggunakan digicam bukannye videocam..

* susah gak nak jdk director mcm Ahmad Nisfu ni rupanye...hehehe..
** aku akan lebih menghargai karya2 tempatan spt Cicakman, Zombi Kg. Pisang, Mami Jarum dll...

Wednesday, January 14, 2009

::S::O::S::

Save Our Souls...


Monday January 12, 2009
Nationwide SOS sent out as blood supply runs low

GEORGE TOWN: A shortage of blood supply nationwide has caused the Health Ministry to raise the red flag for more donations.

Although the shortage has not reached critical stage, the ministry has come out with measures to alleviate the situation, including extending blood donation operating hours at government hospitals to between 7.30am and 8pm this month.

Minister Datuk Liow Tiong Lai said the ministry was working with the mass media to inform public of blood donation campaigns.

Read more here.

***********************************


1st time aku menderma, masa tu thn 2000 kat UIA Gombak.
Setiap 2-3 bln, mmg selalu la diorg buat blood donation drive.
In conjuction of festival itu la, ini la..

Pendek kata, asal ade je society buat event, mesti le kat masjid UIA tu pun van PDN dah direservekan parkingnye..

Nak diikutkan fizikal aku yg kurus kedengkeng ni, tak payah pun rase2nye org tak komplen..hehehe...

Selain niat nak tolong org yg perlukan darah, melihatkan bebudak yg lepas menderma je dijamu dgn muffin, biskut Munchy's & air kotak Yeo's..semangat aku membuak2...

Utk yg pertama kalinya, perasaan berdebar2 & takut mmg ade..
1st time tu, lps doktor dah check darah, timbang berat etc.etc.., aku siap bole nak kansel..
hahaha..tapi mengenangkan biskut munchy's tu, aku kuatkan jugak semangat..

Tapi once dah derma, every time van Pusat Darah Negara dtg je sure aku dah plan nak pegi..

Pulak tu, Toyota pun every year ade buat blood donation drive..
Yg ni lagi best, selain muffin & air kotak, Company pulak bagi biskut Famous Amos (ngan mug die yg comel lote tu), last year pulak dpt Ferrero Roche..
Kire upgrade le daripada Munchy's tu...

Byk peristiwa suspen & kelako sepanjang aku jdk penderma tetap ni..

Yg kelakonye, ade sekali tu masa bwk awek aku, si Nad
(skrg dah jdk wife le..) punye le semangat nak menderma,
sekali timbang berat tak cukup...
Takpe, kire ade niat tu dah kire dpt pahala la..
Cume tak dpt le join mkn biskut & muffin...hehehe..

FYI, berat minimum utk derma darah kalo tak silap 45kg..
Sape2 yg dah double dari tu, sendiri mau ingat la...ekekeke...
Opss..no offence...sindir skt aje..

Ade sekali yg suspen, masa tu ari jumaat pagi..

Aku plak terlupa nak breakfast, tapi psl last day kempen tu..
aku tipu doktor tu ckp dah mkn..
Masa solat Jumaat, kene plak Pak Arab jdk imam..
Paham2 la berapa panjang surah die baca..
Tiba2 pandangan aku kelam & hampir2 pitam...
Dgn fikiran yg nyaris nak black-out tu, aku terus duduk nak elak pengsan.
Kalo aku stay, mau rebah & dimaki hamun oleh jemaah sebelah menyebelah agaknye...

Antara tips sblm menderma, pastikan berat bdn yg unggul..hehe..
Tido mesti cukup (kalo menguap2 mesti kene halau ngan nurse2 tu!!) & alas perut 2-3 jam sblm menderma..

Ade mitos yg ckp, kalo derma darah nanti berat bdn akan naik..
Jgn le percaya dakyah songsang tu, tak caya nengok le berat badan aku yg tak naik2 ni...
Aku rase org yg buat dakyah tu mesti jenis bakhil, takut terkurang 450ml darah dari badan die...ahahaha

Ok la, kalo tak rajin nak pegi Pusat Darah Negara kat Jln Tun Razak tu, bile2 korang bershopping tu, kalo ade kempen derma darah tu jgn la malu2 & was2 nak join..
Mane la tau, diorg bagi voucher RM100 ke...

At this moment, aku blm dpt membantu psl ditakuti sel2 aku yg di'kimoterapi'kan masih blm normal sepenuhnya..

Utk org2 yg semangatnye berkobar2 selepas membaca tulisan ini, pastikan tidak menderma tiap2 bulan...(3-4 bulan sekali gap die)..
Kang tak memasal pulak org lain plak kene derma darah utk anda!!!

Selamat menderma...

Saturday, January 10, 2009

We're With You

Yes, ramai yg bersikap 'cynical' tentang kempen boikot yg sibuk diperkatakan kini..

Dear all.. just put it into this perspective..

Bilamana di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanyakan adakah berjaya atau tidak kempen ini..
tetapi apakah peranan/sumbangan/usaha kita utk menentang penindasan ini...
atau sebaliknya adakah kita pula yg memperlekehkan usaha2 sebegini?

Samalah ibarat perang Badar dulu
313 nak lawan 1000++ orang..
ikut akal yg waras, gile ke ape?!!!!
Boleh ke menang??

agaknye kalo kite di zaman itu, di mana pula pendirian kita?
yg yakin pada bantuan Allah & melakukan segala yg terdaya (walau sekecil mana)
atau yg duduk melihat, bila kemenangan tercapai baru terhegeh2 menyatakan sokongan??

boikotlah, mendermalah, berdoalah, apa2 sahaja yg dirasakan perlu..
lakukan segala apa yg terdaya oleh kita, kerana di akhirat kelak, itulah yg bakal ditanya..


************************************




************************************


Email from Pusat Zakat Selangor.

1948 peristiwa Nakbah terjadi. Masjidil Aqsa dicemari tangan-tangan
zionis. Sejak saat itu, peristiwa demi peristiwa mengiringi saban
tahun...tangisan kem pelarian Sabra dan Shatilla dan sebagainya.
Kita hanya mampu melihat, tanpa mampu berbuat apa-apa...

Kini, 2009 membuka tirainya dengan asap tebal di Semenanjung Gaza.
Darah merah membuak-buak membasahi bumi Palestin. Hentaman senjata
berat membelah dunia mereka. Maka, sekali lagi kita hanya mampu
melihat dan menyaksikan dari jauh...tanpa mampu berbuat apa-apa...
betulkah?!

Inilah masanya kita menafikan semua itu. Buktikan kita adalah ummah
yang bersatu. Buktikan bahawa kita mampu membantu dari jauh. Jauhkan
diri anda dari segala produk tajaan US-Yahudi. Padamkan api-api
rokok berjenama Yahudi. Hilangkan keinginan mengunjungi Mc-Donalds.
Tinggalkan panggung wayang yang menayangkan filem-filem buatan
mereka.

Kami di LZS (MAIS) mempunyai komitmen dalam menangani isu ini. Kami
akan laksanakan setakat terdaya, selagi kudrat diberikan oleh-Nya.

Takbir..Allah Akbar..

Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid
40000 Shah Alam
Selangor

************************************

Untukmu Palestin



************************************


Kempen Boikot Produk Israel - PPIM.




************************************

Kisah Syatila



Gadis kecil itu telah bertahun

Dicengkam derita

Di khemah pelarian

Yang menjanjikan duka cita


Munir tak mengenal erti cinta

Telah kering airmata

Menangisi kematian

Ayahbonda dan saudara


Pada suatu senja

Langit Syatila

Menyaksikan pembunuhan

Anak kecil dan wanita


Munir ditembak

Penuh luka

Tapi ajalnya belum tiba

Kerna Tuhan mengasihi dia


Peristiwa hitam 17 September

Telah menjadi bukti

Sempurnalah kekejaman

Suatu bangsa yang sombong dan hina


Karya Zubir Ali

Thursday, January 8, 2009

Zoo Negara

Actually masa on the way blk dr Penang aritu, kitorang nak singgah Zoo Taiping..
Dengo2nye lagi best dr Zoo Negara.

Oleh kerana cuaca renyai2 bahasa, ditambah pulak penumpang2 sedang tido lena.. terpaksalah ditangguhkan hajat yg suci murni itu.

Ade cerita di sebalik hasrat nak pegi zoo tu sebenonye..

Semenjak belikan DVD Madagascar 2:Escape 2 Africa, si Amierah asyik la mtk pasang & berjoget sakan bile tiba part "I like to move it, move it" tu...



So, last Sunday kitorang pun bwk le Amierah ke zoo yg berhampiran ie: Zoo Negara.
Tujuannye bagi mengenalkan Amierah dgn watak2 Alex & rakan2nye tu..

Ingatkan dah nak naik sekolah org dah tak ramai..
Sampai2 penuh gak parking die...

Tapi ramai org ckp Zoo Negara dah tak best..

Aku rase antara sebab utama org ckp camtu psl haiwan2 kat situ byk yg dah veteran2 (bahasa sopan utk tua & kerepot)
Visitor punye la melambai bukan main, diorg buat donno je..
Tak cukup zat & vitamin agaknye...

Selain tiket yg makin mahal (RM15 / adult), nak naik tram pun kene bayo sorang RM3.
Dulu free je...
Nasib video cam ade org pinjam, kalo bwk kene charge lagi RM15..
Bukankah hampeh lagi menghampehkan yg lain???
(meminjam kata2 dlm kitab 'Mutaal-Badrin' kat sek agama dulu..hehehe)



Apapun, tercapai hajat nak bwk Amierah jln2 kat zoo..
Rase2nye, zirafah adalah favourite animal dia...



Agaknye die musykil apasal la menatang ni leher panjang sgt...
nasib die tak tanye apsl leher zirafah tu takleh terbelit2 mcm Melman dlm Madagascar tu..

Next zoo..Central Park of New York...hehehe..

p/s: 2nd visit akan diarrangekan dlm jangka masa terdekat, subject to availability of our Official Photographer..hehehehe...

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharam 1430H

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sila baca lebih lanjut di sini.

English version - 10th Muharam
Mu’awiyah ibn Abu Sufyan (Radiyallahu 'anh) relates: I heard the Messenger of Allah (Subhanahu wa Ta'ala) say: "It is the day of ‘Ashura. Allah (Subhanahu wa Ta'ala) has not made fasting obligatory for you. But I am fasting. He who likes to observe fast among you should do so, and he who likes not to observe it (does not have to) observe it." [Sahih Muslim]

Abu Qatada (Radiyallahu 'anh) relates that the Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) said that the fast on the 10th of Muharram atones for the sins of the preceding year. [Sahih Muslim]

Abu Huraira (Radiyallahu 'anh) reports that the Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) said that after Ramadan, the fasts of Muharram have the greatest excellence. [Sahih Muslim]

Alhamdulillah, Allah (Subhanahu wa Ta'ala) has blessed us to see another year. The first month of this year is Muharram. In this month is an excellent day—the day of ‘Ashura—which falls on the 10th of Muharram. The Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) recommended that we fast on this day, by his Sunnah. He also indicated how we should observe the fast of ‘Ashura.

Hakam ibn Al-Arat (Radiyallahu 'anh) relates: I went to Ibn Abbas (Radiyallahu 'anh)… I said to him: Tell me about fasting on ‘Ashura. He said, "When you seen the new moon of Muharram count the (days) and (begin to) observe fast on the 9th." I said to him: "Is it how the Holy Messenger of Allah (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) observed the fast?" He said, "Yes." [Sahih Muslim]

Hazrat Ibn Abbas (Radiyallahu 'anh) relates that when the Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) said: "If I survive till next year, I will definitely observe fast on the 9th of Muharram (as well)." [Sahih Muslim]

(Note: What the Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) meant was that he would also fast on the 9th as well as the 10th to which he was accustomed. We also should try fasting on the 9th and the 10th of Muharram.)

The Historical Significance of ‘Ashura

Hazrat Ibn Abbas (Radiyallahu 'anh) reports that the Holy Nabi (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) arrived in Madinah and found the Jews observing fast on the day of ‘Ashura… They said: "It is the day of great (significance) when Allah delivered Hazrat Musa ('Alaihis-Salaam) and his people and drowned Pharoah and his people, and Sayyidina Musa ('Alaihis-Salaam) observed fast out of gratitude. And we also observe it." The Holy Messenger of Allah (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) responded: "We have more right, and we have closer connection with Sayyidina Musa ('Alaihis-Salaam) than you have"; so Allah’s Messenger (Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim) observed fast (on the day of ‘Ashura) and gave us orders to observe it. [Sahih Bukhari and Muslim]

‘Ashura is a day of great historical significance. On this day: Allah (Subhanahu wa Ta'ala) accepted the repentance of Sayyidina Adam ('Alaihis-Salaam) after his exile from Paradise; Allah (Subhanahu wa Ta'ala) saved Sayyidina Nuh ('Alaihis-Salaam) and his companions in the ark; Allah extinguished the fire in which Sayyidina Ibrahim ('Alaihis-Salaam) was thrown by Nimrod; And Allah (Subhanahu wa Ta'ala) spoke directly to Sayyidina Musa ('Alaihis-Salaam) and gave him the Commandments. On this same 10th of Muharram, Sayyidina Ayyub ('Alaihis-Salaam) was restored to health (from leprosy); Sayyidina Yusuf ('Alaihis-Salaam) was reunited with his father Ya’qub ('Alaihis-Salaam); Sayyidina Yunus ('Alaihis-Salaam) was taken out from the belly of the fish; and the sea was divided as the nation of israel was delivered from captivity and Pharoah’s army was destroyed. ‘Ashura is also the day when the kingdom of Sulaiman ('Alaihis-Salaam) was restored; Sayyidina Isa ('Alaihis-Salaam) was raised to Jannah; and Sayyidina al- Imam Husayn (Radiyallahu 'anh) (the Holy Nabi’s, Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallim, grandson) achieved the honor of Martyrdom.

Worship Allah (Subhanahu wa Ta'ala) as much as you can on ‘Ashura. Whoever fasts on this day is like one who fasts all his life. Whoever clothes a naked person Allah (Subhanahu wa Ta'ala) will release him from a painful punishment. He who visits a sick person, Allah (Subhanahu wa Ta'ala) will grant him a reward that will not be decreased. Whoever places his hand on an orphan’s head, or feeds a hungry person or gives water to a thirsty man, Allah will feed him a feast from Paradise and will quench his thirst with Salsabil (a wine that does not intoxicate). And who ever takes a Ghusl on this day will enjoy excellent health and freedom from sickness and indolence. Whoever provides generously for his family on this day, Allah (Subhanahu wa Ta'ala) will be generous to him throughout this year. And whoever applies Kuhl to his eyes will never suffer from eye-sore again, Insha’Allah al-Aziz

O’ Allah! Bless us to perform good deeds and gain their reward on ‘Ashura. Make the new year one of unity, cooperation and success for Muslims in this city and around the world. Ameen.

Reproduced from www.ummah.net

P/S: 10th Muharam also the birthday of my wife (in Islamic calender). Happy Birthday Sayang..

Sape2 blm sarapan tu, smpt la nak niat puasa sunat. (*puasa sunat boleh niat as long as tak masuk Zuhur lagi) :-)

Monday, January 5, 2009

I Feel Bad

Scene 1
Pagi semalam on the way nak g main badminton singgah 7-11..
Kat depan pintu, ade sorang pakcik India, die hulur tgn, semua org buat tak paham..
Kelihatan die kelaparan,aku pun hulur RM1 buat die beli roti..
Moga cergas utk memulakan pagi Ahad yg hening itu...

Pagi tadi nak gi keje, bile singgah lagi 7-11 nak amik The Sun, die ade lagi.
Tersenyum dia nengok aku parking keta..
Agaknye mengharapkan sekeping bun lagi..
Kat kaunter, bdk2 cashier tu bising.. Pakcik tu minum beer tido terbongkang kat dpn tu mlm tadi, diorang mengadu...
Oh, RM1 tu buat die beli setin Carlsberg atau Tiger gamaknye??
Lantas bile nak masuk keta,aku pun buat tak paham gak...
Tapi sebelum aku beredar,die sempat tunjuk isyarat nak makan.

Oh, tetiba aku rasa sungguh bersalah...
Makan ape pakcik tu agaknye hari ini...

Scene 2
Berita kezaliman Israel betul2 menyentuh hati..
Nengok berita mlm tadi membuatkan aku terfikir...
Apa yg mampu aku buat??
Sekadar mengaminkan doa masa solat Jumaat & doa qunut?
Ingatan aku terbawa2 dlm mimpi mlm td...
Bayangkan Malaysia mengalami nasib sepertimana Palestin..
Mampukah kita berdiri teguh mempertahankan negara & agama??

Semoga Allah selamatkan saudara2ku yg ditindas..Amin
(sesungguhnya doa adalah senjata kaum Muslimin...yakinilah...)

Saturday, January 3, 2009

Jom Gi Mengail @ D'Muara


Teringat masa aku darjah khas ('darjah 7' utk sekolah agama kat Johor), cikgu aku penah bagitau...
antara perkara2 yg kalau kite lihat dpt pahala:-
- Mak Ayah
- Al-Quran
- Kaabah
- Laut

Aku sambut hari pertama 2009 kat Pt.Hj.Dorani, area Sabak Bernam.
Lebih spesifik lagi, kat D'Muara Marine Park..

Dah lama tak memancing, last dulu ngan ayah aku kat Sg. Muar yg byk ikan duri & belut itu..

It was a great feeling..w/p cuma dpt ikan gelama yg setiap sekor beratnye kalo timbang, jarum tu tak bergerak...hehehe...

Lantas dilepaskan semua ikan2 tersebut agar tahun dpn bile aku dtg lagi, ikan2 tu dah beso & berat2 belaka... :-)

P/S: Utk cerita & aksi2 yg lebih panas..sila layari yg di sini dan yg di sana.