Thursday, December 17, 2009

Salam Muharam

Sedar tidak sedar, tiba lagi kite di penghujung tahun hijrah & bakal pula menyambut 1 Muharam beberapa detik lagi..

Aku kire, cabaran utk Muslim Malaysia tahun ini agak 'getir'..

Masakan tidak, final bolasepak bakal berlangsung di kala 1430H bakal melabuhkan tirainya..
Di saat sebahagian berada di surau2 & masjid2 (perbahasan doa akhir/awal tahun ku letak ke tepi, sama ada bid'ah ataupun dibolehkan), maka sebahagian yg lain pula akan berada di hadapan TV bagi menyokong team Malaysia melawan Vietnam..

Secara peribadi, andai boleh ku pinta kepada RTM, mengapa tidak diadakan siaran tertunda (delayed telecast) , mungkin selepas selesai Isya'...
Itu lebih molek rasanya, tambahan pula malam Jumaat, penghulu segala hari di mana pahala melakukan ibadah akan digandakan..

Tapi,aku pun sedar, siapalah aku.
Tidak aku mengharapkan menteri penerangan mendengar pandangan aku ni..

Fitrah manusia gemar meraikan hari2 penting, hari lahir, ulangtahun itu & ini, malah Allah gantikan 2 hari raya bagi menggantikan hari keraian yg disambut oleh penduduk Madinah ketika itu...

Apa salahnya kite ambil 'mood' tahun baru Hijrah utk menanam azam melakukan lebih kebajikan & kebaikan utk diri sendiri & orang2 sekeliling...

Berkongsi sedikit amanat seorang syeikh dari Madinah di radio IKIM..

Orang yang tidak berzikir mati hatinya berbanding hati2 orang berzikir, yang mana akan sentiasa hidup di sisi Allah...
Perumpamaan seperti ikan di lautan...
Yang hidup akan terus berenang2 manakala yg mati akan terdampar di pantai lantas dimakan oleh segala macam binatang ataupun haiwan2 lainnya..

opss..ini bukan ikan...sekadar gambar hiasan


Zikir paling baik antaranya selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.
& kalimah Laailaaha illallah..maka perbanyakkanlah...

Akhirat itu pula sangat luas, tetapi amat malang kerana pandangan kite disempitkan oleh dunia yg sangat kecil & sementara ini..
Ibarat seperti dunia yg luas, tetapi mata kite ditutup penglihatan oleh jari yg kecil...


Ku coret ingatan ini buat mengubat jiwaku yg turut menggelodak ingin menonton final itu...
Bohonglah kaki bola seperti aku tiada niat nak menonton sama..

Namun aku tahu, andai menang...perasaan seronok itu akan hilang keesokkan harinya selepas menyelak halaman2 akhbar...
Paling menyedihkan, andai kalah....bukan sahaja kecewa, malah terlepas pula saat2 yg baik utk berdoa & beribadah...
Yang dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran pula...

Aku tetap mendoakan kejayaan Malaysia utk meraih emas...
Utk para pemain, kalaupun kalah, jagalah emosi, janganlah diserang referee itu..
Penyokong2 Malaysia pun harus malu dgn org Laos...
Walaupun kalah dgn Malaysia tempoh hari, rasa2nye tiada botol air mineral yg terbang...tiada jugak kerusi yg dibakar....

Berdoalah kita, janganlah terus-terusan kite dihambat keasyikan dunia hingga lupa akhirat yg kekal abadi itu..
Mudah-mudahan, Amin....

Salam Ma'al Hijrah...

No comments: