Thursday, November 26, 2009

Arafah, Eid-Adha & Tasyrik

Arafah
Amat simbolik...mengingatkan kita tentang keadaan di padang Mahsyar...
Di sana pangkat, rupa & harta tiada yg istimewa..
Hanya amalan & taqwa yg dibawa...
Semoga kita tergolong di kalangan mereka yg dilindungi di bawah naungan Allah..

Eid-Adha
Hari Allah menguji antara kasih seorang bapa kepada anaknya & ketaatan kepada Tuhannya..
Berbahagialah kepada yg sentiasa patuh & taat kepada Allah
Mudah-mudahan Allah menguji kita dgn sesuatu yg kita sanggup..
Setiap ujian yg melanda, syaitan laknatullah akan sentiasa berbisik agar kite keluh kesah..berwaspadalah...

Hari2 Tasyrik
Ingatan buat kita, bahawa syaitan tidak akan sekali2 berputus asa utk menyesatkan kita...



********


Alhamdulillah..Allah masih kurniakan kita nafas utk terus mengabdikan diri padaNYA..
Semoga puasa kita dpt menghapuskan dosa2 kita setahun yg lalu & setahun yg akan datang..

Raya kali ini, utk pertama kalinya aku menyertai korban..
Cuma satu bahagian..semoga Allah kurniakan rezeki yg lebih tahun2 mendatang...
Kita cuma mampu berusaha, segala amalan, kualitinya Allah jua yg menentukan..
Memetik sebuah riwayat:

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Terkadang bila mengenangkan dosa2 lalu, hati ini bersyukur..
Tersedar bahawa masih jauh lagi diri ini utk menjadi seseorang yg akrab dgn Allah...
Semoga masih ada waktu....

1 comment:

kuizikel said...

slamat hari raya... kem slm org kampung yerk.. lama tak jumpa mierah...