Sunday, April 12, 2009

::Al-Fatihah:: In Memory of Atuk Encik

9 April @ 11.25am @ Hospital Batu Pahat

Innalillahiwainnailaihiraajiuun....

Hj Muhammad bin Yusuf @ Atuk Encik telah menghembuskan nafas yg terakhir, pergi untuk selama-lamanya...

6 Nov'31 ~ 9 Apr'09

Atuk Mok & Atuk Encik:
Celebrate besday Emak 26 Jan'09 lepas


*********

Encik?
Atuk Encik adalah ayah kepada emak aku.

Masa kecik2, aku selalu tertanya, kenapa pakcik2 & makcik2 aku panggil atuk dgn panggilan "Encik"?
Maka aku pun secara tidak langsung memanggilnya Atuk Encik..

Seingat aku, Atuk Encik memang tegas orangnya. Mungkin panggilan Encik menjadikan anak2nya lebih hormat & berdisiplin..

Dedicated teacher
Atuk Encik bersara setelah mengabdikan hampir seluruh usianya dlm dunia perguruan.
Atuk Encik mengajar di beberapa sekolah sekitar Batu Pahat, antaranya di Seri Medan, Pt. Yaani, Pt. Sulong, Pt. Separap, Pt.Yaani & beberapa lagi parit yg berderet2 kat BP tu.. (terakhir tak silap di Pt. Separap, pencen as guru besar)

Encik bukanlah nicknamenya yg glamer..Ia hanya di kalangan ahli keluarga terdekat..

Cikgu Mat Y
Beliau sebenarnya glamer dgn panggilan Cikgu Mat Y.. (Mat=Muhammad, Y=Yusuf)
Ya, memang Atuk Encik agak dikenali ramai.. Masa aku kecik2 dulu, kalo pegi masjid ke, kedai ke, beli roti canai ke pastu org tanya anak sape.. aku akan cakap cucu Cikgu Mat Y. Pasti org kenal..

Sekitar 1980an ~ 1990an, Atuk Encik jadi pengerusi Masjid Jamek Pt. Sulong..
Atuk jugak ada pangkat yg tinggi dlm Pergerakan Pengakap..Kalau ada Jambori Kebangsaan, memang Atuk Encik antara VIP2nya..
Atuk sgt aktif politik especially zaman lepas Merdeka..
Masuk keluar kampung berkempen naik Vespa..
Tapi dia pun dah tak suka since zaman2 orang2 politik ni mengejar kebendaan...

No. 77, Jalan Muar Pt. Sulong
Andai sesiapa pernah melalui pekan Pt Sulong, tak susah nak cari rumah Atuk Encik..

Depan Sekolah Cina, sebelah CIMB Bank (dulu Bank Bumiputera, kemudian BCB)..
Bayangkan Pak Ngah penah keje kat situ..
Pegi keje lalu pintu kecik tepi... Pergh, memang best.. Kalo ngantuk balik tido pun bole..

Sape dulu2 penah nengok iklan "BCB kan dekat"? Patutnya iklan tu buat kat umah Atuk Encik le aku rase!!

Rumah tu banyak kenangan..
P.Ramlee penah singgah masa datang Pt. Sulong...

Tun Musa Hitam pun penah makan malam situ, sekitar 80-an. Aku kecik lagi masa tu, takleh lupa pasal teringat ter'black out' malam tu..

Belum bercerita kenangan aku asyik bergayut masa time bercinta...
Sampai ke Subuh!!!Atuk Encik asyik geleng kepala...

Masa aku kecik dulu, kalo blk Pt. Sulong, aku & Atuk Encik akan tido depan tv.
Kitorang suka layan wrestling. Selalu Atuk Encik gelakkan aku pasal kaki aku asyik terangkat2 masa nengok gusti tu..
Atuk Encik suka Hulk Hogan. Aku pulak peminat Ultimate Warrior (yg conteng2 muka tu)

Bile pagi, Atuk Encik selalu komplen kaki aku selalu 'singgah' ke kepala die... Tido ganas aku ni, jgn tak tau..hehehe..

Aduh, indahnya saat itu...

Spoiled grandson
Emak anak sulong, dan aku pulak cucu sulong.
Oleh sebab adik2 & sepupu2 aku lambat menjengah dunia (sekarang dah berderet2, kopak Atuk Encik& Atuk Mok kalo time raya), aku dikire bernasib baik dapat bermanja dgn agak lama..

Masa kecik2, mak aku selalu bercerita.. Atuk Mok & Atuk Encik selalu 'bawak lari' aku blk Pt. Sulong..
Masa dah sekolah, kalo cuti seminggu memang le aku duduk umah Atuk..

Menceceh
Salah satu word yg pasti akan buat aku terkenang kepada Atuk Encik.. 'menceceh' (sama erti dgn merapu, merepek, meraban dll)
Selain suka ckp org menceceh, Atuk Encik pun suka menceceh..
Tapi 'cecehannya' penuh makna..

Memory loss
Sejak 3 tahun lepas, ingatan Atuk Encik beransur kurang, sedikit demi sedikit..
Walaupun aku cuma ziarah dia sebulan sekali, mujur juga die ingat lagi aku.
Tu pun kalo lama skt tak jumpa, die akan tanya siapa ni??
Wife aku & anak aku Amierah mmg everytime dtg die akan tanya sape....
Sedihnya, tak sempat nak bermanja dgn cicit yg sulong kan?

The day has come
Atuk Encik dimasukkan ke wad pada hari yg sama Emak buat chemotherapy (7 April).
Aku ikuti perkembangan Atuk Encik & berharap die cepat sembuh.

Apa boleh buat, bila tiba ajal..tiada siapa yg mampu menghalang..

Pagi itu, aku sempat telefon Mak Dah bertanya keadaan Atuk Encik.
Masa tu keadaannya masih stabil walaupun denyutan agak lemah..
Atuk Encik kene jangkitan paru2 atau bronchopneumonia..
Tiba2 pkl 11.30am Ayah call & bagitau Atuk Encik dah takde..
Oh, tak mampu aku gambarkan perasaan itu..

Selesai aku arrangekan transportation utk adik2 & sepupu2 aku, aku suruh Wan bawak balik dulu Yan, & anak2 Pak Ngah, Aida & Ayu naik Kancil..

Mujurlah wife aku batalkan hasrat utk hadir meeting di Putrajaya. Tapi kami kene tunggu Aty, sepupuku yg on the way dari Penang. Hati aku meronta2 nak balik. Sampaikan dalam hati aku berkata, "kenapalah tak suruh diorg je tunggu Aty & bio aku yg balik dulu". Tak dapat bayangkan kalau aku tak sempat nengok muka Atuk Encik buat kali terakhir..

Tunggu punye tunggu, akhirnya bas sampai ke R&R Sg Buloh pkl 3pm.
Mak Su baru sms ckp Atuk akan dibawa ke masjid pkl 4pm & kebumi sejurus selepas asar..

What??!!!
Aduh, nak aje aku ckp tolong tunggu kami..
Tapi aku pun tau tak elok dibiarkan jenazah lama2..
Aku pasrah..

Sejurus amik Aty, aku terus berdesup..pasang lampu, pasang fog lamp, pasang hazard lamp..kalo ade siren pun pasti aku dah pasang..
Wife aku & Aty kat belakang, bile aku jeling2 semua sedang melayan perasaan. Muka cuak pun ade bile speedometer aku tu dah cecah 180-190km/j.
Pertama kalinya wife aku tak bebel bile aku bawak laju...
Abis semua keta Brabus ke, BMW ke Merc ke semua aku high-beamkan!!

Ikutkan aku nak perah lagi tapi keselamatan semua aku kene ambil kira. Lagipun aku tak pernah bawak selaju itu, jadi kene juga berwaspada..

Satu je dalam fikiran masa tu, aku nak jumpa Atuk Encik...

Tetiba aku terkenangkan Atuk Encik. Dialah yang mula2 ajar aku bawak keta. Aku curik2 belajar psl ayah tak bagi, ye la tak cukup umur lagi..

Petang2 masa cuti sekolah, Atuk Encik ajak pegi Seri Medan, pastu tukar tempat duduk.. Masa tu naik keta Ford Escort..
Ingat lagi pesan Atuk Encik, lepas clutch tekan minyak..perlahan2 & serentak..
Masa mula2, asyik le termati enjin..
Sabar sungguh Atuk Encik mengajar aku... Layak sungguh jadi cikgu..

Disemadikan di Bkt. Senjata
Alhamdulillah kurang 10 minit pkl 5pm kami sampai. Alamak muntah pulak si Amierah.. 2 kali pulak tu!!Sori le, lain kali Abi tak bawak laju lagi.. Lepas turunkan Amierah kat umah Atuk, aku bergegas ke Bkt Senjata.. Ade org panggil gudang.. Sebabnye, masa zaman2 komunis dulu ade gudang senjata kat situ..

Sampai2 situ, keranda dah standby nak diturunkan...
Alhamdulillah sempat aku tatap wajah Atuk Encik buat terakhir kalinya..
Arwah senyum, sungguh berseri...
Aku juga orang terakhir menatap wajahnya sebelum keranda ditutup & diturunkan..
Sebak....

Behind the scene
Aku redha dgn pemergiannya..
Setelah mendengar kisah2 org2 yg bersamanya seminggu sebelum kematiannya, insya-Allah aku yakin kematiannya Husnul-Khatimah...Amin..
Atuk Encik sempat minta maaf pada bibik Wiwin, yg menjaganya tanpa jemu..
Mulutnya tak henti2 sebut Allah tatkala di wad...
2 kalimah syahadah mengakhiri hayatnya..mudah-mudahan Allah kurniakan sesuatu sepertinya utk aku kelak...

3 hari di Pt Sulong
Seperti biasa, bila semua berkumpul, maka depan tv la aku tido...
Bile aku bangun Subuh, kenangan lama mengusik kembali..
Terkenang suara Atuk Encik yg bersolat tahajud & mengaji mengejutkan aku Subuh..
naik motor ke masjid sama2 Atuk Encik...kantoi bergayut sambil menyorok tepi meja...
Oh, terlalu banyak kenangan kami bersama...

Pagi tadi sebelum pulang ke KL, aku ziarah lagi pusaranya..
Walaupun di alam yang berbeza, aku tahu dia mendengar...
Maafkan EE ye Atuk Encik..
Bersemadilah di sana bersama para solihin, Al-Fatihah..

Kenangan terakhir bersama Atuk Encik: 24 Jan'09


Everyone shall taste death. And only on the Day of Resurrection shall you be paid your wages in full. And whoever is removed away from the Fire and admitted to Paradise, he indeed is successful. The life of this world is only the enjoyment of deception (a deceiving thing). (Ali Imran 3:185)

"The rights of a Muslim on the Muslims are to follow the funeral processions, to accept invitation and to reply the sneezer. (Sahih Bukhari: Hadith No. 331)

8 comments:

kuizikel said...

banyak betul kenangan ngan atuk ko ni... ape2pon aku doakan semoga rohnya disemadikan bersama-sama orang yang soleh.. amin...al-fatihah...

~tuah.rimbun~ said...

Firstly, Salam Takziah...

ketentuan Ilahi, wajib kita redha..

Atuk Encik tu tua sikit 3 tahun dari bapak aku ya, agaknya kalau bapak aku ada lagi mcm mana rupanya...

Al fatihah..

Unknown said...

Sedih baca entry ko ni ciki, takziah dan Al-Fatihah buat atuk Encik

wanrulez said...

takziah yer ciki.
sedih baca kisah ko ni

Langit Jiwa said...

salam takziah.

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beramal soleh.. amin..

al-fatihah.

kejora said...

salam takziah....moga rohnya ditempat orang2 yg soleh...amin.

Abu Humairah said...

thanks everybody...

ibrahim said...

Takziah ciki, bertuah kamu pernah punye atuk. semoga memori kamu berdua akan kekal dalam diri kamu.