Sebabnya, ia dibina bukan berasaskan taqwa...
Berat hati aku...
sama ada mahu bercerita tentang kisah yg satu ini ataupun dipendamkan saja...
Namun, andai ada nasihat atau buah fikiran dari pembaca, mungkin ada yg berguna dan mampu memulihkan keadaan sedia ada..
Adik aku berkenalan dgn seorang warga Pakistan, sewaktu keje part-time di Muar...masa sem break seblm final semester, lebih kurang setahun yg lalu.
Dipendekkan cerita yg panjang, Ramadhan yg lepas, si lelaki dtg ke rumah propose adik aku...bernikah pada 17 October 2009.
Waktu tu aku tgh 'napping' masa tgh lunchtime. Ayah aku call bagitau hal tu. Aku yg masih terpinga2 baru bgn tido, agak terkedu & terperanjat. Aku tanya "Ayah macamana?"..
"Entah"...Ayah jawab.. "Ee macamana?"
Hmmm...panjang keluh aku.."Kalo Ayah rasa OK, then Ee pun takde halangan.."
Sepanjang pengetahuan aku, memang sejak bermula final sem sampai keje kat Putrajaya sekarang ni, memang diorang berkawan rapat.
Tapi, utk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat...memang tak dijangka..
Secara jujurnya, aku takde halangan utk mereka berkawan, malah mengikat ikatan pernikahan..
Namun, hampir semua ahli keluarga aku yg lain memujuk agar dibatalkan saja..
Malah, salah seorang drpdnya bergenang air mata merayu agar aku lakukan sesuatu..
Mak...aku paham kesihatan yg tidak menentu menyukarkan dia membuat pilihan..
Mak risau sesuatu yg lebih buruk akan berlaku andai kehendaknya tidak dipenuhi..
Ayah pun serba salah...
Mungkin dgn memberi kebenaran berkahwin, ia tanda sayang pada anak perempuan yg seorang ini..
Aku benar2 tersepit...
Antara membenarkan mahupun tidak..
Apapun keputusan mak ayah, aku tahu mereka mengharapkan itulah keputusan yg terbaik..
Sepanjang Ramadhan lps, antara doa yg tak lekang dr mulut aku adalah...
semoga Allah bukakan..tunjukkan jalan...
aku tak mampu nak berbuat apa2..aku takut tindakan aku tersalah langkah lantas membawa padah...
Aku kira...
pada Syawal lepas, satu demi satu 'signal' telah Allah tunjukkan pada aku..
Mujurlah ramai sedara mara & kenalan yg memberi pertolongan...
Mak & ayah akhirnya turut berat hati...
Segalanya terletak pada aku..
Dan aku pohon agar apa yg terjadi lepas ini...dipimpin Allah jua....
Minggu lepas..aku membuat perhitungan dgn adik aku..
Luahkan segala yg terbuku selama ni...
Ku harap dia mengerti...semuanya demi masa depan dia..
Bukan calon yg jdk persoalannya..tapi byk lagi faktor2 lain yg terpaksa aku timbangkan..
Seseorang itu boleh berubah tatkala keadaan menekan..Itulah kesimpulannya..
Isnin lepas, aku buat perhitungan pula dgn "warga Pakistan" itu..
face to face...
sungguhpun aku tak nafikan dia pada zahirnya tidaklah seburuk or sejahat mana..
tapi aku risau & curiga...apakah ada "hidden agenda" yg belum terzahir???
Kedua2 perjumpaan, aku keraskan hati walaupun kebiasaannya hati aku lembut & mudah pula mengalah...
Aku kira, ini antara keputusan terbesar dlm hidup aku..
Demi mak ayah, demi adik aku & demi seluruh ahli keluarga...
Aku yakin, mudah-mudahan inilah yg terbaik buat semua..Insya-Allah....
Andai percaturan aku tersilap, ku pohon keampunan Allah jua...
Banyak benar hikmah, pengalaman & ilmu yg aku timba..tatkala menghadapi ujian yg satu ini...
Engkau Maha Besar Ya-Allah..Engkau jualah Yang Maha Mengetahui...
End of Story
semoga sentiasa & selamanya menjadi permata hati mak & ayah, Amin
11 comments:
Ciki, pakistan tu kerja apa ?
Awak dah siasat latar belakang dia ke? latar belakang keluarga dia pula??
-Marry Anne-
bisnes tudung
tapi permit dah expired, now came on social visit basis..
family??
semua kat sana..kalo jdk nikah, takde yg nak dtg pun...
berat mata memandang berat mata memikul... insyaAllah akan ada petunjuk terbaik... tindakan yg ko dah ambil itu adalah yg terbaik.. insyaAllah, Allah akan bantu hambaNya yang meminta..
"...Allahuma yassir wala tu'assir.."
mudah-mudahan dipermudahkan & diberi petunjuk... sbg along ko dah buat yg terbaik kan... klu dah jodoh tak ke mana..
buat ayan yg tak berapa ku kenali..
terbaik buat mu..
buat zairy
ku tahu bahawa di kau semakin tabah..
semoga semua diberkati dan dirahmati selalu...
maaf, bagi ku tindakan ayan kau tu sememangnya aku tak bersetuju...
Mcm mana semalam, ciki?
-Marry Anne-
mudah2an semoga semuanya dipermudahkan dan sentiasa berada dlm keberkatan Allah, Insyaallah.
jangan teruskan...
i read from ur wife's blog yg pernikahan tu tak diteruskan ye?
Biarlah ayan tu sedih sekarang dan satu hari nanti dia akan menilai yg sebenarnya familynya sgt sayangkannya...
love always make people blind.. kita yg celik nie lah yang perlu menariknya keluar dari kegelapan..
-husni@ azmi's wife-
berat cabaran kau tu ciki.
tp sbg along, aku sokong ape yg kau buat tu. aku sekeluarga doa diberikan rezeki yg terbaik utk kau & Yan.
semoga itu yg terbaik utk yan! harap dia faham apa yg dah kita buat utk dia... love always make people blind!
Post a Comment