Tuesday, August 12, 2008

Adab Tetamu

Artikel dlm Berita Minggu 10 Ogos lalu agak menarik perhatian aku. Tajuknye
Penyamun Bermusim. Bukannye ape, aku ade pengalaman disamun gak oleh tetamu masa wedding aku. Mujurlah cuma RM50 yg dicilok dr wallet aku. Tgh dressing baju pengantin, aku letak le wallet dlm bilik. Tak sangka ade pemerhati bebas kat umah aku tu.. Wallahua'lam sape punye keje. Apapun, aku dah halalkan pun. :-)

Kebetulan pulak skrg ni berpusu2 kawan2 nak naik pelamin sempena cuti sekolah. Ada baiknye kite berjaga2 dgn 'tetamu2 yg tak diundang ni'. Sayugia diingat tetamu2 yg diundang pun bole gak buat keje ni.. Maka seeloknya pastikan jgn dibiarkan barang2 berharga dibiarkan unattended..

Nak dipanjangkan ceta, sejak bebas dari pengaruh dadah (chemotherapy daa..hehehe), aku semakin rajin kembali ke habit lama..berjalan2 & bersiar2..
Alhamdulilah, lepas blk dr Johor ziarah mak ayah, atuk nenek,
minggu seterusnya jelajah PC Fair kat KLCC, menjengah MacBook Apple yg menjadi idaman kalbu sekian lama..
Last week plak, start berziarah umah atuk sedara & auntie sedara (tp lg muda dr aku!!) buat house warming
(Thanks for the delicious bubur kacang durian, Tok Safi & Syadha, for those lovely foods..rugi tak tapau!!)

Next week onwards yg mencabar travelling skill aku, berderet2 wedding invitation..
Shifa/Zariman, Nurman/Adella, Dute/Asip (yg ni Aqiqah bukan kawen..hehe), Abg Padil..ni geng2 UIA, Anne/Rosli (ex-schoolmate Tun Perak), Has/Hakeem (ex-colleague PwC)..

Since dulu aku penah tulis tentang Adab Tuan Rumah, sebagai timbal balik, berikut sedikit sebanyak adab2 tetamu yg kadang2 kite terlepas pandang..
Mudah-mudahan jadik panduan bersama...

Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang menjemput.

Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan di rumah mereka.

Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.

Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah dapur atau ke bilik mereka.

Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.

Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika tuan rumah meminta kita berbuat demikian.

Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.

Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.

Makanlah makanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.

Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.

Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun. Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.

Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu makan dan doa sebagai tetamu.

Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.

Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.

(Source from Permata Kata)


Wallahua'lam..

No comments: