Salam semua..
Rindu nak menulis, namun oleh kerana kesihatan yg on & off ni, mood pun tak 'mari' utk menulis ape2..
Utk permulaannya, sejak memasang niat menulis blog..aku dah berazam tak mau sentuh ape2 pasal politik..cukuplah sekadar membaca blog2 yg sedia ada. Takut menambah dosa yg sedia banyak...Kifarah pun tak abis lagi ni :-)
Sebagai peringatan, janganlah diterima bulat2 segala tulisan2 yang dibaca. Bimbang menjadi prasangka & akibatnya kita sendiri yang akan tanggung.
Masing2 ada pendirian, kepercayaan, pegangan & ideologi tentang fahaman politik yg 'dianuti'..biar apapun ia, hanya Allah yang berhak mengadilinya, samada niat & jalan yg dipilih itu benar2 diredhaiNYA. Fullstop.
Sebenarnya terkeliru dgn suasana politik sekarang ni..
Bermula dgn pengakuan bersumpah Raja Petra. Muncul pula laporan polis Saiful Bukhari dan kemudiannya 2 pengakuan bersumpah yg sama sekali berbeza oleh Balasubramaniam.
Tentang kandungan2 akaun bersumpah & laporan polis tu, rasa2nya semua dah sedia maklum..
Segala yang di atas adalah realiti yang mesti dihadapi oleh semua rakyat Malaysia.
Realiti adalah sesuatu yang kita lihat di depan mata kita. Namun kebenaran adalah hakikat sesuatu kejadian itu..
Realiti yang berlaku sekarang tak semestinya benar.
Namun, takutilah mahkamah Mahsyar..kerana di sana kebenaran benar2 suatu realiti..
Fikirkanlah..Wallahua'lam..
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hmm...i sokong tu.
Post a Comment