Friday, January 1, 2010

Holla 2010


Sumber dirujuk dari Angkasa.

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata:
"Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim (anak Rasulullah S.A.W),
maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim.
Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya (gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

******************


Tahun 2009 melabuhkan tirai.
Sesuatu yg istimewa utk tahun 2010 apabila sambutan countdown berkebetulan hampir serentak dgn kejadian gerhana bulan..
Sama ada kite melebihkan sambutan tahun baru, atau menuruti sunnah Rasulullah s.a.w.?

Kat desa aku ni, alhamdulillah org2 surau ade inisiatif anjurkan solat sunat gerhana bulan..
Tak silap Masjid Negara pun ade buat, tapi silap beso le kalo nak ke KL time2 camni..

Apapun, semoga tahun baru ini semakin mendekatkan kita pada Pencipta kita..
Mudah-mudahan semakin kite sedar hakikat kehidupan yg amat singkat & sementara ini..

Wallahua'lam...

No comments: