Zaman Nabi, ade sebuah masjid yang Allah perintahkan supaya dirobohkan..
Sebabnya, ia dibina bukan berasaskan taqwa...
***********Berat hati aku...
sama ada mahu bercerita tentang kisah yg satu ini ataupun dipendamkan saja...
Namun, andai ada nasihat atau buah fikiran dari pembaca, mungkin ada yg berguna dan mampu memulihkan keadaan sedia ada..
***********Adik aku berkenalan dgn seorang warga Pakistan, sewaktu keje part-time di Muar...masa sem break seblm final semester, lebih kurang setahun yg lalu.
Dipendekkan cerita yg panjang, Ramadhan yg lepas, si lelaki dtg ke rumah propose adik aku...bernikah pada 17 October 2009.
Waktu tu aku tgh 'napping' masa tgh lunchtime. Ayah aku call bagitau hal tu. Aku yg masih terpinga2 baru bgn tido, agak terkedu & terperanjat. Aku tanya "Ayah macamana?"..
"Entah"...Ayah jawab.. "Ee macamana?"
Hmmm...panjang keluh aku.."Kalo Ayah rasa OK, then Ee pun takde halangan.."
Sepanjang pengetahuan aku, memang sejak bermula final sem sampai keje kat Putrajaya sekarang ni, memang diorang berkawan rapat.
Tapi, utk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat...memang tak dijangka..
Secara jujurnya, aku takde halangan utk mereka berkawan, malah mengikat ikatan pernikahan..
Namun, hampir semua ahli keluarga aku yg lain memujuk agar dibatalkan saja..
Malah, salah seorang drpdnya bergenang air mata merayu agar aku lakukan sesuatu..
Mak...aku paham kesihatan yg tidak menentu menyukarkan dia membuat pilihan..
Mak risau sesuatu yg lebih buruk akan berlaku andai kehendaknya tidak dipenuhi..
Ayah pun serba salah...
Mungkin dgn memberi kebenaran berkahwin, ia tanda sayang pada anak perempuan yg seorang ini..
Aku benar2 tersepit...
Antara membenarkan mahupun tidak..
Apapun keputusan mak ayah, aku tahu mereka mengharapkan itulah keputusan yg terbaik..
Sepanjang Ramadhan lps, antara doa yg tak lekang dr mulut aku adalah...
semoga Allah bukakan..tunjukkan jalan...
aku tak mampu nak berbuat apa2..aku takut tindakan aku tersalah langkah lantas membawa padah...
Aku kira...
pada Syawal lepas, satu demi satu 'signal' telah Allah tunjukkan pada aku..
Mujurlah ramai sedara mara & kenalan yg memberi pertolongan...
Mak & ayah akhirnya turut berat hati...
Segalanya terletak pada aku..
Dan aku pohon agar apa yg terjadi lepas ini...dipimpin Allah jua....
Minggu lepas..aku membuat perhitungan dgn adik aku..
Luahkan segala yg terbuku selama ni...
Ku harap dia mengerti...semuanya demi masa depan dia..
Bukan calon yg jdk persoalannya..tapi byk lagi faktor2 lain yg terpaksa aku timbangkan..
Seseorang itu boleh berubah tatkala keadaan menekan..Itulah kesimpulannya..
Isnin lepas, aku buat perhitungan pula dgn "warga Pakistan" itu..
face to face...
sungguhpun aku tak nafikan dia pada zahirnya tidaklah seburuk or sejahat mana..
tapi aku risau & curiga...apakah ada "hidden agenda" yg belum terzahir???
Kedua2 perjumpaan, aku keraskan hati walaupun kebiasaannya hati aku lembut & mudah pula mengalah...
Aku kira, ini antara keputusan terbesar dlm hidup aku..
Demi mak ayah, demi adik aku & demi seluruh ahli keluarga...
Aku yakin, mudah-mudahan inilah yg terbaik buat semua..Insya-Allah....
Andai percaturan aku tersilap, ku pohon keampunan Allah jua...
Banyak benar hikmah, pengalaman & ilmu yg aku timba..tatkala menghadapi ujian yg satu ini...
Engkau Maha Besar Ya-Allah..Engkau jualah Yang Maha Mengetahui...
End of Story
***********Sekalung tahniah buat Yan...
semoga sentiasa & selamanya menjadi permata hati mak & ayah, Amin
