PPSMIAkhirnya, Sains & M3 bakal diajar kembali dlm bahasa kebangsaan.
Sama ada ikhlas demi anak bangsa atau sekadar ingin meraih undi, sesungguhnya hanya Yang Maha Kuasa mengetahuinya..
Bukan kita yg menghukumnya.
Apapun, sekalung tahniah buat kerajaan yang prihatin...
Pernah juga aku mencoretkan sesuatu tentang
ini.
Setelah dibuat kajian ilmiah, ternyata hanya 8% guru yg mengajar SEPENUHNYA dlm bahasa Inggeris.
Pulak tu, lebih kurang 50%-60% penggunaan bahasa Inggeris dlm dua mata pelajaran terpenting ini. Dlm erti kata mudah, 'ROJAK'.
Walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku berkongsi rasa dgn adik2, makcik2 & kakak ipar..
Biarkan mereka menguasai 2 subjek penting ini sampai peringkat SPM.
Tiba peringkat lebih tinggi, biar mereka tentukan.
Jika ke universiti, wajibkan English kerana mereka2 yang terpilih tentunya 'capable' & mampu menguasainya tanpa banyak masalah.
Jangan sampai mereka2 yang memang targetnya (dan kemampuan akal) kerja kilang/teknikal & vokasional/pertanian etc pun tak mampu nak memohon kerja hanya kerana tidak lulus 2 subjek ini.
Bukanlah niatku memperkecilkan..
kerana tanpa ada orang yang di bawah, siapalah yang di atas tu!!!
dan kerana di 'sana', hanya Taqwa bekalan kita... Wallahua'lam...
~aku budak kilang~