Saturday, September 19, 2009

Kau Pergi Jua

Duhai Ramadhan...

Syukur kali ini dpt lagi kite bertemu

Mcm baru semalam kau dtg menjenguk kami..
Kenape sekejap benar masa berlalu



Rase blm puas utk kami bermesra & bermanja
Memenuhkan setiap masa bersama dgnmu

Jgnlah merajuk andai tindak tanduk kami mengguris hatimu
Kerana jiwa kami yg kotor ini terkadang terleka & alpa
Benar2 tidak bermaksud melukakan perasaanmu
Percayalah, dah kami cuba yg terbaik...
Maaf atas segalanya..

Pergimu akan kami rindui & tangisi
Semoga dpt lagi kite bertemu...
Insya-Allah..

Tuesday, September 15, 2009

Sprint!!

Mahu tidak mahu...Ramadhan hampir melabuhkan tirai..

Puaskah kite dgn amalan2 kite yg ciput ini???
Harap2nye tidak..
kerana ukuran iman itu adalah... semakin byk ibadah & ketaatan kite kepada Allah,
semakin kite akan tidak pernah merasa cukup & puas utk terus
mengabdikan diri kepadaNYA, Tuhan Pemilik Jiwa ini...

Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan syurga itu tatkala ditanya oleh Aisyah r.a, mengapakah baginda bersusah payah beribadah sehingga bengkak2 kaki baginda...baginda lantas menjawab
"Tidakkah patut aku menjadi hambaNYA yang bersyukur?"

Bayangkan kite seorang pekerja yang perlu menghantar report utk bos besar (MD, CEO etc) keesokkan harinya...
pasti tidak tidur malam bersengkang mata menyiapkannya..

Bayangkan seorang suri rumah yang sedang memasak utk open housenye yg hanya tinggal 2-3 jam sebelum tetamu datang...
Pasti berhempas pulas memastikan semua hidangan siap sebelum tibanya tetamu yg pertama..

Bayangkan kite seorang pelari 400m, tatkala tiba di 100m terakhir...
pastinye memecut selaju mungkin mengharapkan yg pertama sampai ke garisan penamat..

Ibaratkanlah hari2 terakhir Ramadhan ini sebagaimana situasi di atas...

Namun, jika tak kisah dimarah bos (mungkin dipecat)..maka abaikanlah report itu..
Kalau tak kisah tetamu datang tak berjamu (risiko dikutuk setahun lamanye)...tak perlulah siapkan masakan2 itu...
Andai ingin kalah dlm pertandingan larian & dimaki oleh para penyokong...perlahankanlah larian itu...

Peringatan buat diriku yang sering alpa...
Pecutlah sedaya mungkin...
Entah akan bertemu lagi dgn bulan penuh kemuliaan ini ataupun tidak....

Wallahua'lam...

Saturday, September 12, 2009

Be Prepared

Lama aku memikir...wajar atau tak berkongsi info yang satu ni...
Pertama kali aku diberitahu, masa darjah khas tahun 1996..Cikgu Taat kat Sek. Pt. Bunga.

Kali terakhir, hari Khamis lepas..tahun 2009...
Ustaz Wan Sohor Bani Leman yg bagitau kat radio KL.fm.

Ternyata, ianya dari sumber yang sama...
Namun, banyak kali orang bahaskan tentang hal ini...berdasarkan hujah & pendapat yg pelbagai...

Aku??
Tak salah utk percaya...Namun begitu, tak juga aku 100% beriktikad malam yg tersebut pasti pada hari2 yang disebut.

Kerana itu aku ragu2 utk berkongsi..
Bimbang 'bad effect', tapi oleh kerana aku yakin adanye 'good impact'..
Mudah-mudahan..

Mengikut teori Imam Al-Ghazali;

Andai Awal Ramadhan jatuh pada hari:-

Ahad / Rabu - Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
Selasa / Jumaat - Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan
Khamis - Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
Sabtu - Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan


Ade orang kata, kalo kat Malaysia malam ganjil, kat tpt lain malam genap...
Tapi,kan ke bumi tu bulat??? (got what I meant?)

Namun, formula kat atas tu mmg seakan 'too good to be true'..

Ade orang pulak sibuk nak tunggu pokok sujud baru nak percaya berlakunya Lailatul Qadar..
Sedangkan pokok itu mungkin memang sedang bersujud..bukan secara fizikal tetapi sebaliknya...

Apapun, ambillah pesanan nabi utk perbanyakkan iktikaf & amalan pada sepuluh malam yang terakhir ini...
Pohonlah keampunan...ianya 'priceless' berbanding perkara2 lainnya...

Appreciate Ramadhan while we still can..
Kerana tak pasti adakah kita akan berjumpa lagi dengannya selepas ini..

Wallahua'lam...



***************

Menurut seorang ustaz, pengikut Imam As-Syafie sekurang-kurangnya harus bersolat jemaah Isya' & Subuh di sepanjang 10 malam Ramadhan terakhir..
Kerana mengikut hadith, seseorang yang bersolat jemaah Isya' seolah-olah beribadah separuh malam
& solat Subuh berjemaah fadhilatnya seolah-olah beribadah sepanjang malam.

Namun, tambahlah ibadah kite mengikut kemampuan & azam kite..

Semoga setiap kite ade cita2 utk bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Semoga....

It's coming..very soon...


Monday, September 7, 2009

Post Mortem

Nuzul Quran - recap
Al-Quran itu diturunkan dlm 2 peringkat..
Yang pertamanya, dari sisi Allah ke langit dunia (Baitul Izzah) secara keseluruhannya (lengkap).
Waktunya hanya dalam pengetahuan Allah..
Peringkat kedua, itulah waktunya diturunkan sejak 17 Ramadhan tahun pertama kenabian Muhammad s.a.w.
sehinggalah kewafatan nabi melalui perantara Jibrail..

Wallahua'lam

Syukur, Allah masih kurniakan kita peluang utk terus bernafas dlm bln Ramadhan..

Utk warga2 Selangor, lebih bersyukur lagi kerana cuti pulak hari ini.
Sejak keje kat Selangor (dekat 4 tahun), tiap2 kali cuti Nuzul Quran, antara aktiviti rutin aku:
1) Shopping
Aku bukanlah dlm kategori 'shopacholics', lebih kerana pada firasat aku org2 KL sibuk keje, maka kurang sesak le skt tpt2 membeli belah..
How wrong I was!!(tapi masih tak serik2!!!)
Rase2nye, hari inilah jem yg lebih teruk berbanding hari2 biasa, even weekend!!!

2) Zakat fitrah
Ini jugak kelaziman aku. Namun harus diingatkan bahawa waktu paling afdal adalah antara terbenamnya matahari Ramadhan & sebelum solat sunat Hari Raya. Tapi oleh kerana aku selalu sibuk mengemas umah malam2 raya, maka aku bayo time ni bersempena tarikh yg agak significant.

Wow, dah bercerita tentang raya?!!!
hehe..maaf la ye...

Tahun ni, ade satu lagi dugaan utk aku..
Kepala ni asyik le pening, memikirkan hal2 rumah baru...
Ibarat kalo PC, hard-disk dah fully-loaded..Sebab tu kadang2 'hang'..
Jangan kene reformat udah la kan.. :-)


Post Mortem
Seharusnya, apa yg kite kene check saat ini, bagaimanakah tahap & kualiti Ramadhan kite?

Kalo di ofis, aku terlalu sibuk menyediakan trend/analisis utk untung rugi dsb..
Sampai kadang2 terlupa utk muhasabah diri sendiri...


*Notes:
1) Data di atas tiada kene mengena dgn yg hidup mahupun mati. Sekadar cover page
2) Semoga Nuzul Quran hari ini akan jdk titik tolak pada kite utk me'maintain'kan 100% graph kite...semoga ke akhir Ramadhan,insya-Allah.

Ternyata...hati ini masih terpaut pada dunia..
No reason for me to celebrate Aidilfitri, at all!!!

Antara tanda seseorang itu dimasukkan ke syurga Allah ialah apabila seseorang itu dimudahkan Allah untuk melakukan semua kebaikan. Dimudahkan bangun sahur & tahajjud, bersolat jemaah 5 kali sehari, berterawikh, bertadarus & membaca Quran, sedeqah serta amalan2 yang lain yang nampak remeh namun besar ganjarannya..

Wajar sangatlah kite menangis andai masih tak dimudahkan utk melakukan semua itu pada Ramadhan kali ini..
Merayu & merintihlah pada Allah..


Ya-Allah....permudahkanlah diriku & keluargaku serta seluruh umat Islam untuk dipermudahkan dalam urusan akhirat kami..
dijauhkan dari disibukkan dengan keasyikan dunia..AMIN....

Tuesday, September 1, 2009

End of Chapter 1

Subhanallah...
sekejap benar masa berlalu...
ibadah masih belum mantap, belum sempurna untuk merebut ganjaran2 yg Allah bentangkan...

Berakhirnya 1/3 Ramadhan, hari2 yg terdapat padanya "Rahmah"...
Kini kite berada di fasa ke-2, moga2 beroleh keampunan atas segala dosa2 lalu...
Amin..


Alhamdulillah...
kunci rumah yang ditunggu2 dapat jugak akhirnya...
berakhirnya satu penantian,
bermulanya satu 'penderaan' fizikal, mental & ekonomi....hehehe...
Mudah-mudahan lancar semua urusan..


Berbuka di Cheng Ho, meraikan staf2 wife aku yg bakal berpisah dgn bosnye yg cun, tegas & baik hati...hehehe
bukan kene transfer, bertukar portfolio aje..ntah, aku pun tak paham sgt..
tapi suruh makan memang aku reti



Fewwwiitttt
5th time lucky..Kali ke lima dtg sini baru dpt jumpe tokey restoran ni

Friday, August 28, 2009

Ramadhan So Far (part 2)

Antara ujian utama Muslim bilamana masuknya Ramadhan..Bazaar Ramadhan!
Sape yg tak sukakan bazaar, ye tak?!!
Sungguhpun terpaksa parking jauh, mahupun double-parking (lantas membuat dosa kering mengganggu laluan orang lain)...namun tetap, bazaar antara destinasi utama menjelang maghrib..

Aku tak terkecuali...
Hari pertama, aku dah redah bazaar kat Tanjung Agas (depan Sek Sains Muar)...
bayangkan naik moto pun susah nak crk parking..

Pusing punye pusing...akhirnya tiada apa yg aku beli..
Entah kenapa...mungkin sebab aku penah bagitau wife yg Ramadhan tahun ni nak cuba kurangkan berbelanja (jimat nak masuk umah baru pun ye jugak..hehe)

Hari ketiga, balik dari keje pun, aku & wife ke bazaar Ramadhan kat Sri Damansara (area Meranti)..
Hajat di hati nak carik tepung pelita (ade orang panggil kuih tako)..
yang si Qaseh jual tu (kalo korang penah nengok ceta Seputih Kasih Ramadhan le)

Sekali tu takde...last2 beli je popiah seringgit...

Kurang feel pulak tahun ni nak membeli especially lauk-pauk.
Mungkin pengalaman tahun2 lepas....rasa tak seindah rupa...

Makanye, semakin rajin le aku tolong wife aku kupas2 bawang utk memasak setiap hari...
(back up je pun...gebang je lebih...hehehe..)

Apapun, hayatilah pesanan Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya-Ulumuddin
(dikongsi oleh ustaz masa tazkirah Terawikh). Beliau penah sebut antara maksudnya,
"andai seseorang berpuasa, di siang harinya memikirkan apakah juadah untuk waktu berbuka, telah rosaklah puasa orang itu".

Kite ni jangan kata lauk ape nak makan petang karang...
Silap2 kuih raya & baju raya berapa pasang pun dah ade dalam kepala!!

Semoga masih ada waktu bagi kite perbaiki apa yang kurang..
Insya-Allah...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan So Far (part 1)

Duhai hati..

Sedarlah bahawa dirimu kelam & hitam dek dosa & noda lalu
Maka rebutlah peluang mencucinya dengan Nur Ramadhan..

Agar kembali bersinar & terus bersinar..
Andai terkandas di perjalanan, utk bertemu Tuhanmu yang Maha Esa
Moga tetap di dalam keampunan & keredhaanNya jua, Amin...